Jejakku,ku jejakmu

Tuesday, January 25, 2011

Bila bintang tidak bersinar



Emak,kau bagaikan bintang bersinar diawan kini malap tanpa serinya.Emak,kau pergi meninggalkan semua serta membawa semangat saya bersama.Dimana setiap pagi dan petang saya bangun sediakan makanan serta suapkan emak.Sekelip mata ianya pergi.Tidak pernah terfikir emak pergi secepat ini.Bukan saya tidak meredhai pemergianmu emak,cuma saya terkilan tidak sempat untuk menyambut hari ulangtahun ke 56 emak untuk kali ini dengan duit hasil titik peluh saya. 

Emak,baru seminggu yang lepas saya menyatakan hasrat untuk berkahwin dan berhasrat emak ada bersama-sama meraikan hari perkahwinan saya nanti tapi saya hanya merancang allah lebih mengetahui.Saya redha bila tibanya hari perkahwinan saya emak tiada disisi meraikannya bersama-sama saudara mara.Paling saya akan berasa kehilangan apabila tiada tangan untuk dicium dan dipeluk selepas sah dijadikan sebagai isteri.

 

Emak,mungkin tiba hari tersebut tiada lagi dengar suara orang marah cucu-cucu kerana bermain di tangga.Tiada siapa yang mengingatkan saya tanggungjawab sebagai isteri dan menantu.Sungguh saya tidak dapat merasa semua itu kerana ianya hanya khyalan.Saya tak tahu macammana perasaan saya bila tibanya hari itu.Kuatkah saya hadapi semua ini.


Emak,saya sangat terharu apabila emak sempat berpesan kepada ayah untuk menguruskan perkahwinan saya.Walaupun di saat terakhir pemergianmu,emak masih memikirkan tanggungjawab emak untuk melepaskan saya.Insyallah saya akan turuti segala permintaanmu untuk kali terakhir tapi saya akan berasa kehilangan apabila tiba harinya emak tiada disisi.Hati saya sebak perit pedih mahu saja saya menjerit tapi saya masih ingat allah.
 

Mungkin setiap apa yang dirancang pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Saya tahu walau banyak mana pun airmata mengalir jasad emak pasti takkan bersama saya bila tiba harinya.Cuma roh dan doa emak mengiringi saya pada hari bahagia saya.Cuma saya perlu kuatkan semngat serta tabah menghadapi dugaan ini dan redha pemergianmu.Pada saya,setiap malam ada bintang bezanya bintang itu tidak bersinar seperti selalu kerana bintang itu membawa semangat saya pergi bersama untuk selama-lamanya.Dan tiada lagi panggilan emak untuk saya memanggil..

Al-fatehah untukmu emak.

2 comments:

  1. Kak su, Takziah ye, sabar ya kak su, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Alfatihah buat arwah.
    Sayang kak su. :)

    ReplyDelete
  2. tqvm wafiey,
    i.allah doakan k.sue tabah hadapi dugaan ini..
    al-fatehah..
    sayang kamo jugak adikku

    ReplyDelete