Jejakku,ku jejakmu

Saturday, September 6, 2014

Mungkin ini dinamakan cinta



Masih mami ingat saat ini.
Tak mungkin pernah terpadam sebuah memori.
Mami menunggu awak di katil.
Walid pandang mami tersenyum.
Betapa indah saat ini.
Hanya airmata mengalir betapa kami bersyukur dengan kehadiran awak.
Dan hari ini awak cukup setahun.
Mami masih lagi menangis kegembiraan.
Kerana allah izinkan mami menjadi seorang ibu.
Allah,banyak benda mami belajar dari awak.
Sungguh awak anugerah yg sempurna AISY NIFAIL BIN ANUAR.

Cepat sungguh masa berlalu.
Mami rasa mami perlu lakukan sesuatu untuk kita.
Mami jeles dengan ibu2 yang lain membesarkan anak di depan  mata.
Bukan mami kolot tapi mami puas kalo awak sentiasa ada depan mami.

Mami tak akan janjikan kemewahan sepanjang pembesaran awak.
Bukan mami berkira.
Mami takut andai mami tak mampu untuk bagi "sesuatu" yang awak dambakan nanti.
Cukuplah mami bagi sebuah kebahagiaan.
Mami taknak andai satu masa awak terbiasa mendongak.
Sebab mami takut jika awak tersungkur mami tiada disisi.

Mami taktaw nak cakap betapa mami sayang awak.
Yang mami taw kalo mami berkedip mata walaupun sesaat awak yang mami bayangkan.
Mami boleh bau awak kadang2 kat opis.
See betapa hebatnya aura awak dekat mami.
Mami tak kisah haih walaupun perut mami masih ada parut.
Melihat sebuah senyuman dari awak membuat mami agau okay.

Doa mami,
semoga allah mampu hadap segala liku hidup.
mampu menjaga bakal adik2 awak dengan baik.
menjadi anak yang bijak pandai dari semua aspek.
mengikut amalan sunnah rasulluah.
terhindar dari anasir2 jahat.
diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.


#yang buat mami terharu,membesar awak sangat mudah#tak banyak ragam#



Thursday, September 4, 2014

Ceritaraya 2014.

Tengok uols,kemain lagi.
Orang dah habis raya ai is terhegeh2 update.
Lantaklah ai is punye belog.
Ai is nak cerita pasal tahun lepas pown padahal.
Tak nak baca uols scroll je lelaju tak pown unfollow.
Gitew ingat ramai ke nak baca belog kau hyattghapa hoooi.
Jangan dok perasaan.
NIe ai is nak buat summary raya.
Kalo ai is ingat panjanglah cerita.
Kalo pendek nampak sangat ai is jenis short term memories.
Tahun nie raya turn ai is.

Makanya ai is amik cuti 1 week curlas taks.

Dalam masa seminggu duduk kg.
Kami memang cenggini.
If turn ai is raya pertama harus uma mentua atau sebaliknya kat uma ak yg lain raya dgn fam mr.darl.
(paham ke idoq??)
Muka mr.darl xcited.
P pekan bahau semata2 nak cari pelita.
Nampak nau awak jakun mr.darl.
Bagi dia if xde pelita bukan raya namanya.
Aisy tido time nie.
Makanya gambar dia adalah xde.

Nie raya ke 2 kami.
Belah ai is raya ke 2 harus jalan sakan.
Kalau boleh tak nampak2 jalan balik rumah.
Aisy pulak asal masuk uma org cari mkn naik kete tido.
Good job sayunk sambil mami bela tudung.
Tema adalah carca merba.
Lagi carca merba lagi mami suka.
Sebenarnya raya ke 2 nie nak pakai baju putih semua.
Tapi mengenangkan aisy makan dengan gelojoh walaupun mami dia dah ajar makan sopan2(mami dia penuh tatatertib sila muntah disitu)
Makanya mami decide aisy pkai baju biru sama ngan tudung mami(nak jugak.
Gambar uma yg lain nan ado.
Koz mami dah tak fikir mana handphone yg mami taw makan makan daaaan makan lagi.
Nie gambar raya ke berapa ai is tak ingat.
Tapi nie kali ke 2 kami p uma min tok beraya.
Min dok beria suruh mai.
Ai is dipaksa rela oleh mek nie.
Rindu aisy nifail katanya.
Aisy panggil min mami min.
Takpelah nak ko p layan mami min yg mereng nie.
Yang sorang tu bulan sepuluh meletops.
Gender????
taks taw.
Masih sorok dengan kemas.
Takpelah kasi umi ngan abi awak pening nak pilih barang naty :)
Nie tak cukup geng later kita kumpul ye mami2 sekalian....oh yea sorang lagi bride to be...siapa????later ai is cite.

Nie pown tak ingat raya ke berapa.
Yang pasti  p jalan sakan sambil memborong segala jenis barang kat sana.
Mr.darl tepuk dahi tapi semua barang aisy.
Jangan ditanya senarai barang mami panjang tapi barang mami diketepikan.
Oh mr.darl xpe nanti mami repeat.
Tapi mami dok berkenan katil besi style english tu.
Oh syahdu sangat kalo awak buat suprise tok ai is.
Hak nie kelakar.
Mana taknya baru nak show off aisy dekat moyang dier.
Gile uols nak setahun anak ai is baru jumpe.
Itu namanya kg jauh walaupun sekangkang jamban je uols.
Matiklah statement ai is.
Mau kena jeling2 dengan mr.darl nie.
Gambar moyang xde ai is lupa nak snap2.
Masalah nyanyuk ketara.
Sempat jugak weols merasa beraya kesana kemari dengan moyang aisy nie ha.
Kemain dia beria ajak p uma sedara.
Terkejut weols.
Tapi oklah kans.
Rapatkan silaturrahim namanya.
Dari gadik ke bando melaka le kita.
Ai is sempatlah la p open hause puan niena uols.
Makanan super sedap tapi masin sikit rendang.
matiklah niena baca mau dia maki ai is.
Hampun niena papepown begedil ko terbaik!!



Pas balik dari uma niena terus p bandar melaka.
Yang tak tahan kami wave uols.
Namanya je lahir org melaka.
Tapi pakai wave.
Tepuk dahi lelaju hokay.
Selamatlah ai is nie steady.
Kalo tak lama dah caruts.
Ko muka feeling tourist hokay.
Semua nak naik.
Tapi ai is upload yg mn patut je r.
Anak ai is blur terus.
Mesti do pikir apalah nasib dapat makpak cenggini.
 Penutup raya weols p pekan bandar diraja.
Makan kenduri uols.
Lauk orang pahang sungguh la.
Ikan patin tempoyak,sambal daun kayu puding diraja.
Yang penting ai is makan sampai tak pndang dah org lain.
Tapi panas khemah xde kipas
Ai is  harus macam atlet taw.
Bpeluh sakan.
Anak bujang ai is tak yah cakap mcm dah mndi kat sana.

Pas balik dari kenduri weols check in resort gambang.
Berehat sambil berjalan2.
Malam kalo tak p tanjung lumpur tak sah.
So sebelum balik.
Sesi menghitamkan kulit
Aisy sampai tak naik asyik tunjuk tempat swim.
Yang mami nak jadi hulk bile aisy dok tahan mata takmo tido.
Nages omak cenggini wey.
Maka tamatlah cite kami secara pukal.
Kalo boring jangan baca hokay.
Koz ai is tak paksa.
Nyway besok  bufday aisy 6/september/2013.
Mami ada kelas.
Makanya kita celebrate small gathering three of us.
So nextweek kita buat mkn2 dengan sepupu sepapat sikit yea.
Menu dah ada dalam kepala.
Shortlisted guest sahaja yea.
Ampun yang ai is tak jemput.
Birthday anak je bukan nak nikahkan anak ai is.
sekian.

Thursday, August 21, 2014

Ini syurga mami.


Pejam celik bulan depan aisy nifail turn 1 year.
Mami bahagia allah kirimkan aisy dekat mami.
Mami enjoy sangat moment dengan aisy.
Kalau dibagi peluang mami nak duduk uma dengan aisy.
Kita main sama2 menjerit sama2.
Tapi mami tak boleh sayang.
I.allah ada rezeki itu.

Papepown awak syurga mami walid.
Bila awak tak de mami ngan walid sunyi.
Bila belum tidur mami boleh bertukar dari putih berseri ke hijau kedondong.
Papepown mami sayang awak.

Semoga awak makin bijak.
Makin kuat membebel.
Makin pandai ajak berjalan (tu mami suka)
Biar walid pitam.
Kalau boleh every month yea.

So aisy nifail,next month kita potong kek okay.
Dah ada shortlisted guest.
Kita buat simple2 je yea.
Janji ada kek.
Kasih sayang mami ngan walid tak pernah berbelah bahagi.
Semoga kasih sayang dibina sehingga ke jannah.
Amin.

JASADMU DIKENANG MH17

Harini semua rakyat malaysia pasti bersedih.
Memberi penghormatan terakhir kepada jenazah MH17.
Perit pilu sayu semua bercampur menjadi 1 adunan.
Hati aku robek.
Cuba bertahan tetapi akhirnya juraian airmata ini mencurah.
Aku tak berdaya.
Manakan tidak melihat anak kecil ini.
Ye,anak kecil ini.

 

Hati aku robek bagaikan ditusuk dengan pisau berkali2.
Anak ini yang tidak tahu apa erti sebuah perpisahan.
Tapi aku kagum,seorang sahabat almarhum.
Iye,dia adalah sabahat bukan kawan.
Kenapa aku cakap begitu.
Dengan rela hati mendukung anak itu
untuk sembahyang jenazah bersama2.
Mampukah aku menjadi seperti dia????
Mungkin masih ada segelintir sahabat begini.
1 dalam seribu.
Anak ini terlalu naif dan keliru apa yang terjadi.
Tapi aku mendoakan dia akan membesar dan menjadi anak
yang bijak serta soleh yang akan faham situasi ini
satu hari nanti.
Berikan dia kekuatan yang hebat untuk isteri almarhum
agar beliau tenang hadapi hari yang mendatang.


Melihat dari gambar ini,terpacar sebuah kegembiraan.
Kebahagiaan yang diharapkan.
Tapi dugaan yang mendatang.
Semoga isteri almarhum tabah dan mampu mengalas tanggungjawab
untuk membesarkan anak yang diamanahkan olehNYA.
Sampaikan rindu beliau hadirlah mimpi sang suami.
Agar isteri ini serta anak mampu melepaskan rindu.



































Sunday, June 22, 2014

Sesi mengenal haiwan katanya.


Sekali tengok gambar nie kemain gewdik aisy mami nie
Gen sape lah awak ikut nie anak.

Mami sangatlah pemalukans.
(sambil tutup muka dengan shawl)
Setelah lama tak balik kg nie kali pertama aisy balik selepas kenduri aqiqah.
Mami kemain riso mana taknye kat kg xde buai.
Dalam hati berdoa semoga aisy tido dengan aman.
Alhmddlh aisy macam memahami sangat.
Mami bawak masuk bilik minum susu guling2 terus tido.
Awal pagi bangund engan senyuman dia.
melting mami pandang awak aisy.
Time aisy bangun ayam berkokok.
Kemain tercengang muka dia.
Mami nak gelak lelaju pown yea.
Mana taknya selalu bangun dengan dog menyalak kans.
(jiran sebelah hokey)
Nie bangun2 dengar bunyi ayam.
Siap buat muka.


Pas mkn2 lepak kat depan umah.
Ada pulak kerbau lalu.
Aisy senyum meleret wey.
Macam kenal sangatlah.
Siap melopong2 lagi.
BUkan melopong jer mulut kemain riuh.
Agaknye kemain teruja latew.
Kalo bawak aisy pergi zoo confirm seronok nie.
Koz dia dah explore surrounding.
I.allah nanti kita g ye sayunk.
Pastu kita p aquaria sekali.
Biar aisy kenal fish :)


Time abalik kampung tu belikan basikal.
Kemain bersilat mami dengan aisy kat dalam kereta.
Susah hati koz basikal dekat belakang.
Nak ajak main.
Sekarang pepetang aisy suka buli mami.
Dia ajak main luar.
Selagi tak kuar selagi tu mulut bising.
makanya mami ada alasan tak nak masak.
Baru mami perasan mana mata putih aisy????
Si mata sepet air liur meleleh senyum gigi 2 btg.
Anak siapalah nie.
Geram aih tengok awak nie.!!


Wednesday, June 11, 2014

#JANGAN TIRU AKSI SHAYE#


Mami boleh sakit jantung tengok aisy cenggini hokey!
Alahai anak kemain besar awak sekarang yerk.
#hari berturut2 nak duduk cenggini.
Omak dia bawak kete 20km/j la cenggini.
Sesak nafas.
Nafas mami aisy kalah orang beranak cenggini.
Dah2 nanti kita tukar seat recaro aisy yea.
Mami dah what apps walid style terbaru aisy.
Makanya walid kena ambil tindakan tatatertib.
Aisy kena denda lah cenggini.
Mami tak taw.
Jagan senyum ngan mami nanti mami cair macam aiskrim

with love
aisy mami

Friday, June 6, 2014

BIDADARA SYURGA ITU SEDANG TERSENYUM

Harini ari jumaat,
Dan aku scroll semula cerita tentang arwah izz,
mungkin kebetulan atau hanya khayalan aku,
Arwah izz dilahirkan pada hari jumaat,
Dan arini jugak aku ceritakan rentetan cerita arwah izz.


Ramai yang bertanya arwah izz sakit apa kans.
Ini iols #copy and paste dari laman mukabuku emak dia#

Salam Jumaat..

Ahad, 18 Mei 2014, 12.30am.
Kami bawa izz ke hospital lagi. Batuk izz makin teruk sejak hari jumaat. Nafas kencang. Kahak pun banyak. Tidur pun sekejap2. Kesian abang.. Doc kata abang kena jangkitan paru paru. Kesian abang kena xray ambil darah lagi. Yang entah ke berapa kali nya ambil darah. Oksigen abang turun naik tak stabil. Masa tidur saja ok bila abang bangun batuk2 bacaan tak menentu. Kesian ibu tengok abang batuk2. Ibu tau perit kan sayang. Menyusu pun dah semakin kurang. 5-10 minit saja tiap 3 jam sekali. Abang lemah sebab abang batuk banyak kahak. Abang menangis je bila nurse datang kat abang nak bagi ubat. Ibu tau abang marahkan asyik kene kacau je tidur.

Isnin, 19 Mei 2014
Batuk abang makin teruk. Abang kena pakai pum mcm orang asma tu. Kena pakai satu benda tu tekap kat muka abang untuk bagi gas tu. Kuat abang menangis. Nurse suruh ibu yang buat tapi ibu tak sanggup. Abang kena sedut kahak pun ibu tak sanggup nak tengok tube masuk dalam mulut abang. Ibu tau sakit kan..

Selasa,20 Mei 2014, 12.00pm
Abang kena pindah masuk ke wad PiCU. Jantung abang lemah. Bacaan semua turun naik. Menyusu pun dah semakin kurang. Abang kena menyusu melalui tube. ALLAH luluh hati ibu bila wayar berselirat satu badan abang. Ibu dah tak dapat nak dukung2 abang lagi lepas tu. Doc bagi oksigen yang lagi kuat untuk bantu abang.

Rabu, 21 Mei 2014
Abang terbaring je atas katil. Ibu tak boleh nak dukung2. Cuma boleh usap2 tepuk saja. Abang genggam jari ibu ayah. Kami rindu sangat nak dukung peluk abang.

Khamis, 22 Mei 2014, 4.00pm
Doc bagitahu ibu satu lagi berita buruk. Ada salur darah abang ke badan yang sempit. ALLAH.. ibu rasa nak ambil je abang peluk abang kuat2. Doc bagitahu lagi ada risiko untuk alami kegagalan jantung. Ibu rasa nak pitam waktu tu. Terkedu sorang2. Macam2 ubat doc bagi untuk bantu kawal jantung abang yang lemah. Jangan risau ye sayang. Ibu ayah pun akan bantu abang dengan doa kami. Ibu terpaksa bagi abang susu campur sekarang. Susu ibu semakin kurang. Mungkin ibu kurang rehat dan penat. Tapi ibu akan cuba juga bagi susu ibu supaya antibodi abang kuat untuk lawan sakit.

Jumaat, 23 Mei 2014, 10.00am
Pagi tadi ibu dapat dukung abang  ada nurse baik hati tengok abang nangis2 dia pun bagi ibu nak dukung abang. Rindunya ibu pada abang. Dah 2 hari ibu tak dapat dukung abang. Dah 3 malam juga kita tak dapat tidur sama. Ibu ayah rindu sangat. Tengahari tadi ibu tengok oksigen abang nurse buka sekejap untuk tengok sama ada dah stabil atau tak. Lega sikit ibu rasa bila oksigen buka sekejap. Batuk abang pun dah kurang. Isnin nanti kita akan jumpa doktor pakar jantung di ijn. Doctor akan cek abang dgn lagi teliti. Harapan ibu ayah kalau boleh tak nak abang dibedah. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk abang kami redha. Tentang kos perubatan dan pembedahan ibu ayah akan usaha minta bantuan mana yang mampu. Kita di uji bersebab sayang.. InsyaAllah ibu yakin Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita. Kita minta orang doa kan abang ya. Bertahan ya..

Maaf tak bagitahu saudara2 yg sekarang izz ada di ward PICU. Kami cuma tak nak merisaukan kalian.. doakan izz ya semua.. #prayforizz
 — feelingsad with Nizam Kasim and 2 others at Hospital Tunku Jaafar Seremban.




Dengan buku ini bermula segala-galanya.
Makanya ianya hanya menjadi kenangan terindah untuk ibubapa.
Hanya mampu untuk mengingati segala kenangan terindah 
tanpa ada tangisan untuk diesakkan.


Iols tak pernah kenal siapa ibunya,
Tapi hati ibu iols terdetik andai ini takdir jalan hidupku.
Bolehkah aku tempuhinya tanpa ada airmata???
Tapi ak yakin dia juga tidak tabah kalau tiada kata2 semangat2
dari kita semua.

Hilangnya si pelangi dalam sekelip mata yang belum puas untuk dikucup dan dibelai.
Dan hadirnya manusi bodoh ungkapkan "dah taw kecik kenapa oprate'
#ajal maut ditangan tuhan#parent arwah izz berusaha untuk mengubati sakit anaknya#jangan jadi bodoh sebab uols tak duduk di kaki mereka#

Bayangkan anak kecil uols sakit dan diberi pilihan.
Mesti kita akan harapkan sinaran pelangi menanti.
Tapi pelangi itu tidak hadir hanya ribut yang muncul.
Makanya kita harus tawakal dan berusaha untuk meniti hari mendatang tanpa ada sebuah sesalan.








See bukan mudah mereka melepaskan si kecil ini bersendirian di LR.
Tanpa mereka disisi ditemani wayar2 sambil menunggu di hadapan pintu masuk LR dengan ketabahan.
Setiap detik jarum jam diperhatikan.
Mengharap sebuah senyuman si doktor dan mengatakan "operation ini successful"
Me taw kalau boleh si ibu gantikan tempat si anak,confirm si ibu itu sanggup.
Asalkan si anak tidak diskaiti dengan jarum.

Setelah 4jam penantian,(tak salah saya)
Akhirnya si ibu dapat melihat tubuh si anak dengan sebuah senyuman.
Dan alhamdullilah operation itu berjaya.
Walaupun doktor mengatakan ini bukan operation terakhir untuk bidadara syurga itu.

Tapi allah sebaik-baik perancang.
Allah tak nak si kecil ini menderita dengan kesakitan dengan itu bidadara kecil ini dijemput mengahadap penciptaNYA.
Tepat pukul 10 lebih izz pergi meninggalkan cerita sedihnya.
Tamat sudah penderitaan yang ditanggung.
Tiada lagi wayar berselirat di badan oksigen untuk meneruskan kehidupan.
Maka itulah operation terakhir untuk arwah izz.
Allah bagi arwah izz berehat dengan tenang sambil menanti ibubapa mereka di sana.
Arwah izz boleh bermain tanpa ada keletihan tanpa ada sakitan.






Dan harini mereka menghadapi hari mendatang tanpa senyuman arwah izz.
Yang ada kenangan yang tersimpan di lubuk hati paling dalam.
Walaupun pahit untuk ditelan.
Tapi masih ada manisnya kerana allah bagi ibubapa ini sebuah dugaan yang hebat.
Bukan unntuk diratapi tapi untuk dihargai antara 1 sama lain.
Dan arwah izz juga merapatkan silaurrahim antara kita supaya kita mengingati sebuah kematian.


Tidurlah dengan tenang si bidadara syurga.
Doa kami sentiasa mengiringimu.
I.allah ibubapa pasti akan merasa nikmati yang diberi.
Kerana arwah izz adalah tiket mereka ke syurga.
I.allah.

#alfatihah#IZZrizzqi#senyuman manis#







Saturday, May 31, 2014

Arjuna Beta si pelangi.



Puas ak fikir kata2 apa yang harus aku susun.
Untuk mereka membaca  meniti dibibir mulut terpasak terus di otak.
Mungkin aku beremosi lalu ak terdiam seketika.
Dimana kekuatan seorang ibu ini melihat anak kecil ini
Dipenuhi wayar untuk menyabung nyawa yang ada.

Hati aku luruh,
Sesak.
Aku terkapai2 memikirkan kalo ini terjadi kepada aku.
2 3 arini hati aku terdetik.
Ingin berjumpa sang ibu tapi bolehkah aku yang menahan airmata???
Aku manusia cengeng mudah didekati mudah ketawa tapi kalo bab cenggini aku bukan manusia yang kuat untuk memberi kata2 semangat.

Aku memikirkan si ibu melihat anak kecil ini tanpa setitik air mata.
Sungguh kau tabah.
Kau hadapi hari2 yang indah bersama si kecil tanpa ada rasa rungutan.
Tapi hati kau pedih perit untuk meluahkan.
Aku mampu doakan allah bagi kekuatan berganda untuk selesaikan masalah ini.
Permudahkan urusan untuk operate si arjuna tanpa ada halangan.
Ya,itu sahaja yang aku mampu buat.


Entah kenapa aku merasakan baby izz terlalu dekat denganku.
Mungkin sebab aku seorang ibu.
Melihat baby izz tido alangkah aku ingin memeluknya.
Mengucup dahinya.
Tapi aku tiada daya tiada kekuatan.
Sebab aku takut menyakitinya.
Melihat mata ibunya membuktikan semangat si ibu ini kuat.
Cuma ak mampu berdoa si ibu diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga baby izz.
Hanya allah akan memberi keajaiban yang boleh  menyembuhkan penyakit sebab itu aku berdoa kerana DOA mampu ubah semua benda dalam sekelip mata.



Melihat senyuman ini.
Memberi seribu 1 sinar kepada si ibu.
Untuk meneruskan pembedahan demi kesihatan si anak.
Tidakkah uols terdetik andai senyuman ini
juga sedang berlari2 nikmati hari2 mendatang dengan penuh kegembiraan.
Cukuplah dengan huluran bantuan yang sedikit mampu memberi seribu impak kepada si ibu dan anak.
Anggaplah huluran ikhlas uols sebagai hadiah untuk baby izz menjalani pembedahan ini secepat mungkin.
Aku masih teringat kata status si ibu "mendoakan malaysia kalah di piala thomas sedang kita rakyat malaysia berdoa supaya menang"
untuk mendapatkan cuti pada hari isnin.
Tengok betapa bertuahnya izz allah permudahkan urusan beliau
untuk mendapatkan tarikh susulan seterusnya.
Kita sibuk dengan cuti sedangkan hati ibu ini gundah jika malaysia diberikan cuti peristiwa.
Rawatan susulan tarikh akan bertambah sukar jika memasing bercuti
sedang anak kecil ini perlu segera menjalani pembedahan.
Sesiapa yang ingin memberi "hadiah" kepada anak kecil ini.
Ini no akaun si ibu.
Anggap itu rezeki si anak.
Semoga pembedahan dapat dijalankan segera melalui dana ini.
Jika ada sesiapa yang mampu memberi lebihan me ucapkan terima kasih.
Kerana sanggup mengeluarkan sedikit lebihan itu dengan ikhlas.
Semoga allah memberkati uols.
Cuma i is minta uols dokan semoga penderitaan ini berlalu pergi.
Biarlah si kecil izz mampu senyum seperti pelangi.

#baca sambil dengar lagu arjuna beta#
#allah permudahkan urusan mereka#
#dokan si ibu ini kuat hadapi dugaan#







Wednesday, May 28, 2014

All in one 1 story.


Kasi up gambar ini budak dulu.
Muka baru lepas po0 po0 hokey.
Kemain riang mukanya setelah kuarkan segalanya.
Anak siapalah.
Jangan tenung lelama uols.
Anak teruna i is belum akil baligh lagi.
So kalo nak chop isi borang dulu ye.
Hemak dia nak tapis bakal menantu..hikhik..

Ampunlah kan me uols.
Lama dah tak update.
Nak kata nyanyuk tak.
Nak kata naik pangkat pown taks.
Apa yang busy sangat pown xtaw.
Rasanya minggu2 penuh dihabiskan dengan hal2 yang berkualiti sahaja.
yang tak berkualiti i is xnak hokey.

Aisy now memang dah pandai merangkak sampai ke dapur.
Dah pandai mengomel itu ikut baka i is.(sambil angkat tangan tinggi2)
Kalo ikut baka walid dia confirm pemalu.
Tapi i is dah nampak aisy nie pemalu ikut walid.
Bila orang panggil aisy mulalah buat muka tersipu2.
Tapi aisy nie yang bagus asal kol 6am kejut mami dia ajak mandi wey.(matiklah puji anak sendiri)
Harap2 sampai ke besarlah ye sayunk peratus untuk tinggal solat subuh adalah negatif kans.(amin)


Tetiba feeling muka cantik uols sedangkan nan ado okay.
Pedulik hapa kans beli mak hencik,me punya pasal la nak edit ke apa.
kalo rasa nak skip scroll lelaju yea.
Kang ada yang muntah hijau pulak tengok i is selfie.
Muka aisy sangat tak boleh bla.
Malas nak layan hemak dia latew.
Jangan cenggitu sayang nak test market harus pandai selfie.
(pitams ajar anak bukan2)
Walid baca harus geleng kepala lelaju.
Baru perasan gambar bertiga tak banyak sangat kans.
Takpe naty kita buat family photo yea.
Sape nak jadi camerawomen i is.
sila what apps lelaju.(perasan artis sangat)

Sebenarnya i is dah start bisnes uols.
Hamboi cite macam bisnes besar je kans.
Sebenarnya i is nie gila memborong tapi xde geng.
Bila dah jumpe geng every week p amik stock.
Anggaplah berjalan sekali walaupun muka sebenarnya amik stock.
Itu pown puncanya dari group2 hemak2.
Ada etra weols akan lanting2 

https://www.facebook.com/hemak.aisy
sesapa nak beli bagitaw je uols dari mana.
nanti hemak adjust harga.
Price memang below market ye uols.
Bukan mak hencik nak niaga kaya besok uols.

Ini masa untuk pengeposan uols.
Abaikan background.
Nak mai uma sila inform awal2.
Maklumlah uma dah tunggang langgang nie.
Baru anak sorang tapi ya rabbi uma i is kalah kapal karam uols.
(sila bayangkan yang indah2 sahaja)
So sesiapa rasa nak beli barang  baby secara borong ke apa sila pergi ke kedai hemak aisy ye.
Atau pown uols what apps 017-3395468.
I.allah iols akan layan :)


Dari cerita aisy.
Stock barang kedai hemak aisy
Now story little new fruit weols.
Anak angah i is yang ketiga.
Semua gegirl untung uols tunggu duit masuk je lah.
Letak hantaran tinggi ye.
senang cik su nak bodek uols nanti.
Dasar amk hencik mata duitan memang cenggini.
Muka sangat bulat.
P melawat safiya nia(entah betul ke idak ciksu taip nama awak nie sayunk redha jelah ye)aisy boleh rileks je.
Nampak aisy belum bersedia ada adik untuk tahun hadapan makanya kita saip lelaju aisy.
Kasi mami manja lebih sikit dengan awk ngan walid.
Bila dah manja lebih baru mami minta walid proses yang ke 2.
Apa kejilah blog nie kans.
Hal dalam selimut pown nak cerita.
(anggaplah uols baca blog ilmiah ye)



Sesapa area putrajaya jomlah kita berkumpul uols.
I is kenal baby nie dari dlm group.
Dia perlukan dana 50k untuk saluran jantung.
Kesian sangat.
Apa kata uols ringankan tangan hulur duit sebagai hadiah untuk anak kecil ini.
Tak salah pown berapa banyak nilai uols tapi atleast boleh ringankan sakit yang ditanggung.
dan i is akan berada di TAMAN SRI EMPANGAN PRESINT 5.
Jom kita berkumpul dengan group MOM TO BE malaysia.
Atleast kita boleh sharing pasal parenthood kans.
Bukan up benda nie nak tunjuk baik ke apa.
Tapi atas dasar tanggungjawab uols.
Andai bukan masa kita mungkin orang yang terdekat dengan kita kena.
Time tu baru ada akal uols.
Bukan nak doakan benda buruk deka uols tapi untuk ingatkan diri sendiri.
Kita hidup bukan untuk selama-lamanya.
Mana taw besok lusa kita tak de.
Apa amalan yang uols bawa bersama????
(betulkan tudung siap tarik2 smpai tutup bawah dada)
Se sesiapa nak jumpe jom tapi uols bawak potluck yea.......see u on sunday la hemak!!!!