Jejakku,ku jejakmu

Friday, March 29, 2013

Hati seorang wanita.

   Wah2,semenjak nie iols nie kena sampuk hantu ke apa yerk koz asyik fikirkan pasal perjuangan wanita2.
(wow wanita sangat okay)
Mungkin semenjak iols jadi isteri orang nie iols mula fikirkan pasal perasaan wanita.
(okay faktor umur meningkat la nie)
Kadang2 kita nie bila jadi isteri,anak,menantu,ibu dalam satu masa banyak membuatkan kita jadi lebih dewasa kans.
Mana taknye walaupun ada masalah still tersenyum sampai ke telinga dan pejamkan mata dengan apa yang berlaku.
Mungkin wanita nie takut nak kecilkan hati orang sekeliling sebab tulah dia suka pendamkan perasaan untuk mengelakkan pergaduhan betul tak??

Kalau uols perasan perempuan nie kalo bergaduh dia mesti diam je.
Malas nak melawan ke apa kans.
Nampak sopan tapi bertempat lah.
Tak kan uols dah kena sepak terajang still nak bersopan santun.
Itu penyakit namanya.

Entah kenapa iols emosional sangat pentang2 nie sebab arini iols baru terbaca 1 artikel pasal seorang isteri.
Kalau uols baca powns rasa sedih.
Bagi yang masih bujang silalah hargai bakal isteri anda.
Bagi para suami hargai isteri anda yang sanggup mengendong perut 9bulan 10 hari ke sana kemari.
Uols bayangkan kalau uols yang mengandung baru uols rasa camne perasaan itu kans.
Kalau wifey minta tolong or rasa nak makan itu ini xyah la nak ngamuk2 bukan dia yang minta tapi anak uols.
(ops,ini bukan situasi iols ini sebagai contoh ye uols)

so marilah kita baca cerita nie sebagai teladan ye uols :)

Kisah Teladan Suami Isteri - Sebelum Semuanya Terlambat...

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.



Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

Wednesday, March 27, 2013

System failure.


Dah lama iols tak update disebabkan iols pemalas sangat okay.Lagi2 dengan masalah sistem dekat tempat opis yang manjang je hilang buat iols jadi stress.Rasa nak bangun pitam bangun pitam jerk.Mana taknye dengan konvo dalam bulan julai nie Pastu ragam student lagi yang buat permintaan tak masuk akal semua boleh buat jadi gila okay.

Tapi disebabkan keje iols diamkan sajork okay.Rasa-rasa kalo iols tak bercakap tu jangan la sibuk nak tanya itu ini.Ada yang dapat maki.Disebabkan badan iols adalah kembang sana sini emosi pown jadi dah tak stabil.Rasa nak rehat seminggu koz badan rasa sakit2.

Cepatlah semua ini berlalu,iols perlukan rehat.Kesian anak mummy last2 dia pown terjebak dengan masalah tersebut.Hope anak mummy kuatkan dekat dalam hadapi stress setiap hari.Sebelum iols merepek sampai ke tengah laut kita out dulu.Pada yang sibuk nak tengok gambar my tummy later iols update okay.

Saturday, March 16, 2013

Bila soalan itu terjawab.

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan:

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan.

Sunday, March 3, 2013

warehouse makin menggila


Hari sabtu haritu,we as a parent to be mula menerjah warehouse2 barangan baby nie.Kebetulan brand MYDEAR ada buat la so weols decide nak pergilah.Ini first experience kitaorg terjah2 ke warehouse nie.Selalunya sale dekat mall2 jerk.Kali nie rasa super dupper saving uols.

Rasa semua benda nak amik tapi tahan diri antara satu sama lain.Nafsu memuncak tak ingat.Before nak p sana mr.darl dah merengus 2 3x koz xnmpk kat mana tempatnya.Last2 decide nak balik lah.Entah camne mr.darl gigih nampak lori MYDEAR terus cakap itu confirm warehouse.Terus muka memasing senyum.

Sampai je situ weols dah  meroyan situ sini.Sorang kesana sorang kat sini.Semua benda nampak cam best jerk.Ikutkan hati nak itu ini tapi memasing control supaya tak terjebak sangat.Weols pown dah decide nak terjah the next warehouse.Nie tengah dok usha2 mana2 warehouse.

So pada yang parent to be jomlah kita sharing is caring bab2 warehouse nie.Mana taw boley cut cost.So sesiapa yang belum ada masa nak terjah masih berkesempatan untuk pergi ke warehouse nie.Next entry iols akan show barang yang weols rembat.hehehhehe..

Friday, March 1, 2013

Gelisah.

Lately sakit kepala menyerang tak ingat tapi iols xde la pulak vomit.
Badan keletihan mungkin sebab perubahan hormon.
Kulit muka mengelupas macam tak minum air masak tapi xpe iols tetap maintain cun.Khelas!

Time2 cenggini xley nak merungut.
Bukan semua wanita dapat sweet moment camni.
So iols redha sajork.

Tapi tekak iols teringin nak makan itu ini.
Kalau uat senarai confirm pitams!
Bila dah dapat bukan nak banyak pown.
Setakat nak merasa itu ini je.

Papepown perut iols dah nampak :)
Rasa cam seronok jerk.
Tak sabar nak besar seperti balons!

Papepown hope kandungan iols dipermudahkan olehNYA.
Semoga tahun 2013 nie penuh makna bg weols!