Jejakku,ku jejakmu

Saturday, May 25, 2013

Island trip,ok bah kalau kau!!



Pepagi muka semua ceria okay.
Untuk last trip weols nak g Island.
Lama dah iols tak ke Pulau so Iols pown balas dendam lah ye.

Time naik bots tu mr.darl dah jeling2 kat iols.
Tapi iols buat xtaw je.
Memang la cuak koz "little love" time dah 6 month.
Dalam hati nie memang berdoalah.
Rasa-rasanya semua surah pendek iols baca.

Mr.darl dok sakat budak kecik nie.
Muka jambu tapi penakut habis.
Sampai Pulau still panggil mama ajak main dekat gigi air je.
Tension jerk mama dia.
Hahahah.
Balik dari Pulau dia buat akal tidur.
Sumpah iols nak gelak tengo0k gelagat dia.
Penakut yang hampun.


Actually,xnak masuk pulau dalam keadaan iols preggy.
Tapi dah xtaw nak buat apa,weols masuklah.
Lagipun my ayah nie sangat lemah dengan laut2 nie.
Kepala cepat pusing.
Tapi kalu p hutan uols bagilah dah macam org asli :)
Alhamdullilah,iols jenis boleh masuk ke hutan ke laut semua.
Kira lasak la jugak.
Tu yang mr.darl terpikat kans..(batuk ngada2)

So marilah kita masuk ke Pulau sapi dulu.
Fyi,Sabah memang kaya dengan Pulau yang cantik.
Tapi sayang coral banyak yang mati.
So jadilah untuk berendam dengan tengo0k ikan2.
Air dia sangat sejuk wey.
Pasir pulak sangat bersih dan halus mulus gitew.
\
Maaf gambar tak berapa nak cantik.
Tangan iols shacking time nie.
Teruja lebih la kans.
so uols layan jer la gambar mandi weols nie yer...
(my ayah bdok lepak dekat gadis2 cina,khelas sangat)
(ini budak dah nak balik baru terhegeh2 nak mandi)
(bukti iols still tenggelamkan  perut sampai ke tengahari panas bawak sampai ke petang selamat tisya nak layan taw)
(see dah bertukar orang iols mantain dalam air jugak.Good anak mummy tak buat perangai :D )

(my ayah dah start pening pale,dekat pulau sapi nie dah 2 biji pil killer dia telans)
(bajet romantika sangat)

(Pown give up sebab panas)

Disebabkan panas inilah aktiviti mr.darl.
Huish,siapa punya suami la nie.
See u walid buat apa.
Nanti main dengan walid buat style camni biar mummy swimming ke sana kemari.
Pukul 5 lebih kira last trip weols pulang.
My ayah sangat teruja koz new experience for her.
Gpown my sis and my bro in law pown kurang sikit aktiviti laut.
Koz memasing adalah tak pandai berenang.
Tak pe next trip Pulau make sure uols pandai berenang baru syo0k.
Gambar last2 nie tengo0klah kami gewdik habis di Pulau Manukan yerk.
Banyak syo0k.

(we together with smile)
(aucak,world war)
(sister family)
(ayah sila tutup perut,malulah)

Finally habis trip p sabah jugak.
Keesokan hari weols pegi ke Pasar Filipina.
Cari barang2 yang boleh dibawa balik.
Maaf gambar dekat situ memang tak ambil la.
Ruang adalah sempit dan weols kejar flight.
So next trip after deliver our "little love"












Monday, May 20, 2013

Dinner seafood time!

Uols layan je la dulu gambar my family dekat Kundasang War.
Iols confirmlah dekat dalam kereta koz kemalasan.
So iols duduk je lah dalam kereta sambil mentelaah peta sabah.
Macam profesional.
Setakat sabah je sap sap soi la..
Tutup mata je taw.(sebab tido pastu bangun makan)
Taw2 sampai je destinasi yg dituju.
Boleh cenggitu.




*kundasang memorial park nie kira tempak bersejarah la...xkan uols xbelajar sejarah kans.

My side turun je turus bagi aiskrim.
Terasa sangat nikmat.
Macam setahun tak makan ais krim.





Otw balik ke KK,weols singgahlah p rumah terbalik.
So sesiapa yang p sini rasanya macam tak payah kowt.
Membazir sangat.
Tiket masuk RM10.
Sangat tak berbaloi tengo0k benda nie.
Tapi if kowank bawak budak2,budak2 pown tak excited nak masuk.
Aku rasa tak sampai 30minit weols kat situ.
Tapi situ dekat dengan jambatan tramparuli
(betul ke x aku eja nie)
Boleh la ko masuk kat kg tu untuk jalan2.
Tengo0k kawasan kampung kans.
Disebabkan hujan xdelah gambarnya.


Malam pulak weols p pasar FILIPINA.
So makan seafoodlah kita.
Semua pilih tak ingats.
Motif g Sabah koz nak makan seafood dia je sebenarnya.
Macam xde keje kans.
Kalau semua dah kaki makan jawapannya selera memasing adalah GAJAH.

Uols layan je la makanan dia yerk.
Majoriti kitaowg amik yang bakar.
Sambal dan air asam dia pown terbaik.
Sangat terangkat uols.


Muka walid sangat tak boleh bla.
Sabar ye mr.darl satg kita telan.




My ayah nie tak suka makan seafood.
Tapi sampai sabah sini,dia yang paling sakan.
Tak pandang kiri kanan dah.
Nampaknye kita boleh g lagi ye ayah untuk makan seafood je kans.
Semua benda my ayah boleh setelkan.
Katanya sini fresh tu yang ayah boleh licinkans.
Nie muka kekenyangan ye uols.
Sampai berpeluh-peluh weols.
So next entry kita p pulau la pulak.
Maklumlah my family tak pernah pergi.
So alang2 nie kita masuk sana ye ayah.
Kita tengo0k siapa yang kuat berendam.
Tu balik muka memasing ala2 jaclyn victor uols.






Tuesday, May 14, 2013

Sambungan hari ke 2 Mount kinabalu.


Awal pagi lagi weols dah bangun okay.
Kagum sangat,rasa nak lompat bintang.
Dah la sejuk ya amat2 air kat sana,rasa nak mandi ala P.Ramlee sajork.
Orang yang palinglambat and juara bab2 tido ofcos mr.darl.
My ayah kejut pown tak sedar okay.
(little love namo ikut macam walid yerk!)



*curi gambar dari mukabuku ahkak iols taws..maklumlah camera phone tak berapa nak canggih.

So bila mr.darl dah bangun and bekpes.
Weols decide nak jalan2 ke mount kinabalu dulu.
Tak dapat daki pown tak pe lah uols.
Atleast iols amik gambar dekat kaki bukit.
Kau ado???

Untuk masuk ke Kinabalu Park bayaran dalam RM3 untuk dewasa.
Kanak2 tak bayar.
So marilah kita bernature pada hari keduanya.
Jalan adalah sangat sempit uols.
Makesure uols hon di setiap selekoh tajam.
Maklumlah org sana dah biasa,so setiap selekoh diaorang rileks je bawak kereta laju2.


Dekat sini ada tempat rileks2.
Area nie memang dah nampak Mount Kinabalu.
Tapi berkabus la uols.
Tapi malam yang weols sampai tu memang rezeki sangat taw dapat tengo0k face to face.
Subhanallah,cantik sangat,macam lukisan 4D.
So uols silalah tengok gambar gewdik weols 1 family.
Kalau tak suke silah baca secara laju taw.





Sampai je dekat kaki bukit.
Weols nampak orang angkat barang.
Itulah adalah orang tempatan yang bekerja dan setiap hari kerja dia angkat barang.
Diaorang hantar makanan untuk pendaki tu taw.
Yang paling amazing seorang pekerja nie bawa makanan 30kg hingga 35kg barang untuk dibawa naik ke bukit taw.
Gigih diaorang mencari rezeki yang halal.


So weols tanyalah boleh masuk ke sampai lereng bukit.
Diaorang cakap boleh.
Apalagi weols berjalanlah kehadapan.
Iols pown gigihlah nyibuk nak kat tepat permulaan pendakian Mount Kinabalu tu.


Finally,weols ada gambar bertiga.
Our little love dalam perut iols lah ye.
Membulat dan mengembang dengan jayanya.
Sangat hebat kans.
Mr.darl pown sama naik jugak perut dia.
Siapa yang meletop dulu pown xtaw.
(terus tahan nafas 4harakat)


Cantik jugak figure iols time preggy nie kans.
Sila muntah biru disitu.
Mana yang tak kembang,segala2nya okay.
Include my hidung.
Mekar mengembang sangat :)


Tak sempat nak amik gambar reramai.
Maklumlah my niece dah kedepan.
So amik lah gambar yang ado jerk.
Jadilahkan dari xde.

*nanti iols update yang dekat kundasang war,arini perut rasa tak best.
little love mengeras pulak so redha jelah.




Saturday, May 11, 2013

Bermanis Bermadu Season 2 part 1

Tetiba nak update pasal 3,4,5 dan 6 may 2013 haritu.
Uols sibuk mengundi PRU13,iols sibuk berjalan ke negeri dibawah Bayu.
Ofcos la Sabah.
Maaf xdapat mengundi koz tiket flight book awal.
Nak cancel rasa sayang...Eeceh!




1st day,
sampai je dari airport kereta sewa weols dah tersedia.
Disebabkan 50rg dewasa adalah gemuks2 dan 2 kanak-kanak weols decide sewa exora.
Entah camne tuan kereta bagi murah koz dia kata sebab election.Katanyaaaaa.

Dekat airport iols terus capai segala macam map.
Terasa foreigner di negara sendiri.
Yes,we all decide nak drive sendiri.
Setakat Sabah tak sesat wey. Seriously.

So after makan sebab kebulur dekat atas awan.
We all decide mencari fast food restaurant.
Anak iols dalam perut dah menendang2 nak makan taw.

So lepas memasing kekenyangan weols terus p Kundasang.
Perjalanan sangat la bengkak bengkok uols.
Kalah jalan Bukit Putus Negeri sembilan.
Paling syok adalah sejuk!!

Perjalan amik masa dalam 2 jam.
So sampai je situ dalam pukul 4pm something.
Weols tido di J.residence.
Memang terbaik la resort nie.
Dibawah lereng Mount kinabalu uols.



Gambar nie pukul 5.52am taw.
Suhu dia 25'c,camne la yg stay oversea tu kans.
Mahu duduk depan api nak panaskan badan.
Iols pown xtahan dgn kesejukan nie taw.
If uols g Kundasang nie better tapau apa yang patut yer.
Koz sini susah nak dapat makan.
Tapi ada sebiji kedai betul2 depan Mount Kinabalu Park tu bukak.
Weols decide tapau makanan kat situ.
If uols nak makan sayur yang fresh2 uols boleh beli di sepanjang perjalanan tulah.
Xsalah iols ada 1 kawasan jualan nama BALUNAN..(kalau ada org sabah baca boleh betulkan kalo salah)

Next entry iols akan update secepat mungkin ye.
Sabah memang best la kalo uols nak bermanis bermadu xpown holiday time dengan family.