Jejakku,ku jejakmu

Thursday, December 30, 2010

2 better than 1.

1.1.03.12.12am.(bukan nombor 4d k :P haram disitu)Yes,i remember that date until now...you know why????????Because it's my relationship day..(sowy englsih i ke laut ckit)When new year genap 8 tahun kita kawan kan :P Tapi yang sedih kita takkan celebrate sama this year because A'an ismail busy.(fyi rite now die ada 2 keje first proton and part time pizza runner)Jangan tanya kenapa die bekerja siang dan malam koz A'an ismail tak bagitaw kat saya (dia ada bgtaw kowank x???)

A'an ismail,saya tak malu mempunyai kamu dan mengaku pekerjaan kamu kerana saya mencintai kamu bukan kerana wang ringgit tetapi saya menyayangi kamu kerana kamu adalah kamu.(kalo tak paham sile la buat2 paham)Malahan saya berbangga menjadi kekasih kamo kerana jatuh bangunnya saya kamo masih lagi disisi saya walaupun pelbagai dugaan dan rintangan mendatang.

First kita kenal until now ramai yang mengatakan saya pengikis duit kamo sedangkan hanya kita berdua je yang tahu apa yang terjadi tapi kamo tak cepat melenting seperti saya malahan kamo tersenyum lagi sedangkan hati saya perit dan remuk.

Tapi kamo bagitaw saya,saya kena kuat hadapi benda2 nie sebabnya mulut orang tak sama seperti mulut tempayan.Lagi bertambah perit bila kamo kerja 2 tempat seolah2 kamo mencari duit untuk saya sedangkan saya pun tak tahu kenapa kamo bekerja.

Setiap kali saya angin satu badan kamolah yang sentiasa mendengar bebelan saya tapi kamo hanya diam sambil tersenyum.Sungguh penyabar kamo.Saya tak pernah puji kamo pown bila berhadapan(tb2 jea da terpuji dlm blog nie...cmnea nak delete???)

Walau apapun terjadi saya sentiasa akan berada disisi kamo dan berjanji akan menjaga hubungan ini sebaik-baiknya.Cinta itu buta tapi jangan kita buta kerana cinta.Kita hanya merancang tuhan yang menentukan."Doakan ikatan ini menjadi satu ikatan yang sah.Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang pandai meminta-minta kepadaMU".

Teropong 2011(",)

Kurang dari 48 jam lagi aku akan menutup lebaran 2010.Kenangan pahit mahupun manis akan tersimpan rapi dlam kotak fikiran.Yang pergi takkan kembali yang ada perlu dihargai.Aku perlukan masa untuk diri sendiri menjalani hari-hari yang bakal aku tempuhi sebagai fresh graduate.Dalam akal fikiran aku(tiba-tiba lagu elyana berkumandang nie apahal???)mampukah aku mendapat pekerjaan membalas segala jasa yang telah kakakku berikan selama ini????Moga allah permudahkan jalan aku untuk 2011 nie.

Dengan usia yang semakin matang(matang ke??)aku perlu berfikir dengan lebih rasional dan perlu bersedia dari segi fizikal dan mental walaupun fizikal aku besar....hahahhaha,mental aku tak berapa center :P

Selain itu,aku harus pandai berpijak di bumi nyata(no more fantasy)kalo tengok cite fantasy tak pe :).Pastu,aku kena pandai menyesuaikan diri serta menyelesaikan masalah sendiri dalam kata yang lain berdikari.(no more mak n my sis n also my dad)kalau mintak duit boleh g kowt.:P(sile lempang saya disitu)cho0p2x jangan kuat-kuat sakit disitu :P

Aku pun tak tahu aku mencarut(mengarut yea) ape harini yang pasti semangat ke 2011 semakin dirasa.Next entry baru bole tulis azam baru yea :P tapi azam tahun nie alhamdullilah(nak cd maher zain tu belum dapat lagi) semua berjaya dengan sukses2x sambil garam jatuh masuk dalam lauk :)

 

Pergi dengan harapan pulang dengan kejayaan.

Setelah berhempas pulas mempertahankan dengan gol dibawa ke INDONESIA akhirnya PIALA itu milik MALAYSIA.(bz nak update sungguh ketinggalan)Sebagai rakyat MALAYSIA saya sangat berbangga dengan keputusan pada malam semalam.Tak sia-sia saya memakai seluar kuning legging bersama shwal kuning.Untuk pengetahuan kowank,PASUKAN MALAYSIA mula digeruni oleh pasukan-pasukan bola sepak dari negara ASIA kerana k.RAJAGOPAL(bukan k.RAJAGOMBAL)mula memgetengahkan (betul ke tak aku eja nie maklum la kamus dewan pustaka tak de)corak permainan baru dan ianya harus dipuji.

P/s:Julang  tinggi-tinggi kerana PIALA itu milik kita..Thankz koz bagi penutup 2010 lebih bermakna...:P

Sunday, December 26, 2010

MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU.

 Hari ini lebih penting dari semalam.Semua rakyat Malaysia berdebar menantikan keputusan akhir 1st liga FIFA 2010.Nasib pasukan Malaysia terletak di tangan mereka.Aku tidak menaruhkan harapan yang tinggi pada mereka setiap kali melihat aksi harimau malaya beraksi sebelum-sebelum ini tapi sangkaan aku meleset pada tahun ini apabila anak didik k.Rajagopal menjaringkan gol 3-0 di minit ke 72++.

Semua sedia maklum semasa perlawanan ini dijalankan berlakunya sedikit kekecohan atas sebab peminat sukan bola sepak tanah air.Pada pendapat saya,sepatutnya goalkeeper Indonesia perlu lebih professional dalam menangani masalah ini(bukan ko sowag jea kot yg kena laser tu semua pemain occay!!).Mungkin bagi rakyat Malaysia remeh tapi sedikit sebanyak menganggu konsentrasi pemain lain.

Kepada pasukan Malaysia SYABAS DAN SEKALUNG TAHNIAH saya ucapkan kerana anda berjaya membuktikan yang pasukan Malaysia harus DIGERUNI selepas ini..."HARIMAU MALAYA MENGAUM MULA MENUNJUKKAN TARING"

P/s:mula meluat dengan segelintir penyokong INDONESIA yang wall post kat fb Persatuan bola sepak malaysia.Pergilah usha (",)

Saturday, December 25, 2010

Sebantal sebusuk.

Aku manusia yang bukan pandai bermain kata menyusun ayat untuk jadikan satu karangan.Aku hanya manusia yang penat melawan emosi untuk berjuang dengan satu langkah.Mana arah yang harus kutuju.Kekiri,kekanan atau kehadapan tapi yang pasti bukan KEBELAKANG kerana yang belakang hanya tinggal kenangan pahit mahupun manis dan ianya pasti hanya tinggal SEJARAH (bukan subject yang kita belajar kat sekola tu yea :p)

Bila kita tersenyum pasti ada kesedihan.Bila kita sedih adakah kawan-kawan kita turut menangis bersama-sama.Orang kata memori time sekolah pasti jadi kenangan paling indahkan tapi bagi aku ianya hanya memori duka yang sangat pahit.

Yes,aku takkan lupa apa yang korang uat kat aku.Aku bukan seorang pendendam tapi hati aku terluka dengan kelakuan kowank.Untuk pengetahuan kowank aku da lama maafkan kowank semua tapi hati aku belum terbuka untuk berjumpa bagi aku masa yea.

Allah itu maha adil.DIA takkan turunkan dugaan yang berat kepada umatNya yang tak mampu untuk pikul.Disebabkan itu,tuhan tu bagi aku seorang sahabat tika gembira dan sedih.Jatuh bangunnya aku SAHABATini pasti ada berkongsi tangisan dan ketawa.

Saya panggil azu nie sahabat koz die sanggup mendengar luahan hati,bebelan dan melihat muka hodoh saya nages....hodohkan azu???Tapi time aku nages ko tak gelak pown..Tat y aku sayang kau lebih la....(cik oncet sile jangan percaya...hahaha)

Kesimpulannya bile emosi aku tak stabil or otak aku tak center minah nie aku pakse pose....koz bile pompuan comolot aku nie pose aku bole lepaskan geram amik gambar sebanyak mungkin pastu stress aku hilang...Dan jadi mangsa adalah kowank-kowank yang baca belog aku nie...(masalahnye sue ade kew org nak baca belog ko nie ha???)so kowank layan jew r yea janji aku tak maki hamun orang dan dosa aku pown xdew la banyakkan..(ko taw kew dosa ko tak banyak??)




 

Location:Taman near PICC,Perbandanan Putrajaya (tapi aku suka panggil bangunan transformer) and palace of jusice.

Photographer:Sue ghapa.

Model in dec:Azu ayoub.
Last but not least,makanan orang ber"emosi" untuk bulan ini ialah mee hun soup vs ABC (ati baru chat :P)



*Lupa nak wish Selamat Hari merah+putih yea(XMAS)

 

Friday, December 24, 2010

Mungkin aku perlukan ketenangan itu.

*gambar 2009 in pulau perhentian kecil*
Tenang????
Mana kau pergi,
Semakin aku fikir semakin kau menjauh,
Perlukah aku mengejar kau...

Tenang????
Aku ingin sekali perasaan itu untuk masa ini,
Puas aku mencari,
Tapi tiada satu pun tanda yang ada..

Tenang???
Adilkah kau dengan perasaan aku,
Adilkah engkau dengan diriku,
Fahamkah kau dengan sikapku,
Satu soalan pun kau tak menjawab.....

*Aku mahukan ketenangan itu atau aku yang tak nampak akan kewujudan engkau...

Wednesday, December 22, 2010

Pengalaman Pertama Saya Memakai Tudung.

Untuk pengetahuan korang shawl colour hitam ini sangat bermakna kepada aku.Mungkin pada korang ianya hanya sepasang selendang berwarna hitam tetapi selendang inilah yang membuat keinginan aku untuk memakai tudung semakin berkobar-kobar.Untuk pengetahuan korang selendang nie berasal dari Madinah,aku masih ingat lagi selendang ini dihadiahkan oleh IBU ANGKAT aku semasa FORM 4(16thn) and now umur aku 21st..(eceh kalo nak terbalik jd 12thn ape slhnye..:p)so usia tudung tu kowank kire sendiri bole???Masih elok dan dijaga rapi walaupun aku seorang PEMALAS(mati la aku kalo mak2 baca terus reject jd menantu)

One more thing,aku memang tak pernah memakai tudung kecuali time sekolah..(sekolah aku wajib pkai tudung bagi pelajar islam).So nak jadikan cerita akulah pelajar perempuan yang paling USTAZAH aku anti.Asal sport check jew aku mesti kena tangkap la,kalo tak kena tangkap bukan Hayati Ghapa la.Yang paling best bile aktiviti sukan memang CONFIRM tudung aku melayang so0 Ustazah tu harus la jelingan manjakan mahu tak hangin 1 badan...hahahhaha...

So after aku  menyambung pelajaran ke UNISEL SHAH ALAM,aku still lagi FREE HAIR.Bohong la kalo ayah aku tak tegur tapi ayah aku tegur umpama "MENCURAH AIR DI TEMPAYAN"(ini contest tudung or peribahasa yew...confused sat)sambung balik yea.Maybe aku da set kat kepala otak perlu kew pakai tudung baru nampak kita nie baik???

 After semester 3,aku diwajibkan mengambil subject PENGAJIAN ISLAM bukan sebab SPM aku failed 
yew koz subject under LAN.For your information,tudung pertama yang aku pakai adalah shawl hitam nie dan secara kebetulan tudung nie tengah HOT so aku pun sarung la tapi ala2 artis baru keluar mahkamah time cerai tu cuma bezanya aku tak pkai SPEK MATA jew kalo tak sebijik aku cakap :P
(walaupun muka bukan cam Dato siti.Dari kiri:aku and nani time pengajian islam)
Entah kenapa after aku habis sem tersebut hati aku jadi tak tenang dan gelisah.Puas aku pikir tetapi fikiran aku totally zero occay.Aku tak tahu kenapa lepas abis cuti sem yang tak seberapa tu aku mula menilai diri aku.Sampai bila aku tak nak pakai tudung.Mak,ayah aku da potpetpotpet aku still pekakkan telinga seolah2 macam aku nie hidup untuk selama-lamanya..(kalo mati sbelum aku pakai tudung sape nak jawab???)
Setelah aku bermuhasbah diri(ayat nak sopankan) start new semester aku terus pakai tudung tapi selendang.Ramai budak2 kelas aku terkejut tapi seriously u guys,aku pakai jew tudung alhamdullilah perasaan aku lebih tenang.Masalah seberat mana pun aku boleh handle ngan senyuman.Sebelum aku pakai tudung akula manusia yang hati kering mulut kalo tak celupar tak sah la kan..tapi tak tahu kenapa totally different la semenjak aku bertudung.
Setakat mulut-mulut longkang membuat andaian tak yah cerita la kan.Sampai aku kena perli kaw2 punye macam iklan kopi kapal api tu...Baru betul2 kaw..ahahahahaha...Yang paling aku ingat until now bile member aku tanya "kenapa kau pakai tudung","Ko da bertaubat kew?"Tapi aku diam ko0z sekali aku da uat keputusan aku takkan berpaling yang paling penting time nielah aku tahu sape kawan dan sapa musuh..Semenjak aku pakai tudung nampak kawan2 yg HOT-HOT jauhkan diri dari aku.Dan aku bersyukur setiap kejadian yang allah turunkan kepada kita pasti ada himahnya.Lastly,aku bersyukur sekurang-kurangnya pintu hati aku terbuka lebih awal untuk memakai tudung dan sekurang-kurangnya aku bukan manusia yang memakai tudung sejak azali pastu buka sebab kezutan budaya...(baru la hot kat kg2 x bole pakaikan)
Bukan aku mengutuk malahan mencaci tapi bagi aku sebelum mamakai tudung hati dan perasaan kita perlu telus bukan dalam paksaan.Bagi yang mendoa and support aku untuk memakai tudung aku ucapkan thankz banyak2 koz doa kowank dah termakbul.

p/s:thankz jugak kepada tuan contest http://www.viruspadu.com/ at least saya boleh berkongsi pengalaman saya walaupunnnnnn...ahakz..last sekali kalo saya menang entry nie harus la nak menjobokan diri koz dapat tudung yang cantik2 dari http://sh0ppink.blogspot.com/(ayat aku nie cam nak kipas tuan belog jew...sowy la k.jemah yea)



Dimana perasaan itu.

Aku menyendiri,
Berpaling tapi tidak bersuara,
Memerhati tapi tak dihargai,
Mana letaknya perasaan itu???

Hinakah aku???
Bencikah kau denganku???

Ya,aku tidak mempunyai apa-apa,
Yang aku ada sekeping hati,
Tapi kau telah robekkan,
Hancur dan besarnya lebih kecil dari kuman.

Aku bukan manusia yang tiada perasaan,
Tapi patutkah kau menyumpah dengan kata-kata kesat,
Mana pergi keimanan kau,
Mana perginya kesabaran.

Jika aku ini dikatakan sial,
Lebih baik kau buang aku dari darah kau,
Jika aku kau panggil bala,
Layakkah kau dipertanggungjawab,

Hanya 1 persoalan yang aku ingin katakan,apa yang kau katakan hari ini ianya takkan padam dari hati dan perasaan aku...Bukan aku membenci tapi aku hanya mahu kau hargai..

Monday, December 13, 2010

tahniah :)


tahniah both of u ko0z da bertunang...hup may allah give a lot of happiness and bless that relationship...amin..

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah....

Salam,selamat menyambut maal hijrah.Hari ini aku bersyukur kerana allah s.w.t masih panjangkan usia aku supaya aku boleh memperbaiki diri dari berperangai buruk ke arah kebaikan.Betul la orang kata hijrah merupakan 1 perjuangan untuk diri sendiri.Aku bersyukur kepadaNYA mebuka pintu hati aku untuk memakai tudung.Alhamdulillah,doa seorang bapa dimakbulkan.Pada tahun ini aku mengharapkan ada sinar kebahagiaan kepada aku dan keluarga.Semoga tahun ini lebih bermakna untuk aku memperbaiki kesalahan diri.Selain itu,aku juga mengharapkan allah mempermudahkan dengan apa yang aku rancang dan KAU turunkanlah rezeki yang murah kepada kami,sesungguhnya kami hanya manusia biasa.Ya allah ya tuhanku,hidup dan matiku hanya untukMU.Kau permudahkanlah pekerjaanku,kau makbulkan segala impianku sesungguhNya aku hambamu yang hina.

*sharing is caring...x gitu...

Hari Awal Muharram
atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.(sumber:wiki)

Saturday, December 4, 2010

Ku ada kamu.....


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora

Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu...

*bb windo0 b sangat2.....lagu nie adira af8 punye aku suka dengar koz maksud dia mendalam and ada kena mengena...eceh2x

Wednesday, December 1, 2010

Satu Rasa Dalam Hati.

Mana manisnya senyuman???
Mana perginya kasih sayang???
Mana hilangnya kepercayaaan???
Mana pedihnya hati???

Mana itu semua......??????????kelirukah aku...????Aku bagaikan patung yg bernyawa boleh bersuara tapi tidak pandai untuk meluah...Adakah aku takut dengan bayang-bayang sendiri?????

Sue,mana kau punya semangat kental melawan semua dugaan yang diturunkan olehNYA.Mana kau sue......?????Kau terima hakikat kau akan lalui semua ini dengan hati yang tenang..I.allh..Mugkin kau perlukan masa untuk diri sendiri,mungkin juga kau perlu lari dari semua masalah tapi setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian...kau mampu melawan...kau perlu ada semangat yang kental walaupun jiwa kau kosong seperti tin kosong di jalanan....