Jejakku,ku jejakmu

Sunday, December 29, 2013

Aisy start Eating.

Kemain iols nak speking spoken today kans.
Hahaha,fyi aisy dah start makan.
Yea,betul org kata tak elok bagi budak makan koz baru 4.
Tapi sian bila tengok aisy asyik pandang tengok org makan.

Tetiba iols rasa sentap.
So iols dah jumpe better food tok aisy dengan usia aisy sekarang.
Uols nak taw makanan apa...
sat ye.......iols bagi up sikit.


Kalo bagi aisy makan nie suka dia.
Mummy saje nak try samaada aisy suka buah ke x.
Sekali lambat bagi melenting2 aisy nak.
So makanya mummy boleh beli blender untuk solid food aisy la pasni.
Demimu anak mummy sanggup membeli.
Kalau orang ckp nak makan benda mahal jerk.
So ada mummy kisah janji aisy kenyang kans.

Tuesday, December 24, 2013

gewdik bersama.


Yeay besok xmas day.
Makanya arini kita ber BBQ with in law family.
Menu dia lorm decide tapi perut dah berbunyi acanor tu.

Papepown meh tengok pic gewdik mummy ngan aisy yea.
Muka kami sama taks.
Ramai kata sama so kita boleh jeling2 walid.
Tapi perangai banyak ikut walid.

T nak g amik gambar bertiga pulak.
Saje nak gewdik2 ngan aisy.

Sebenarnya tak tahu nak merapu apa.
Tapi tetap nak letak gambar.
sekian.

#muntahdisitu#



Monday, December 23, 2013

Tersedak tak baca :)

Sempena Hari Terima Gaji utk orang kerja kerajaan dan swasta (awal bulan) Bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2...

Thursday, December 19, 2013

berfamily day untuk kali ke 2

Harus ada gambar iols kans.
Maklmlah tahun nie meriah sikit koz weols bertiga.
Excited tu lebih banyak dari tahun sebelum nie.
Yang bagus selamat aisy tak meragams.
Elok je pulak dia diam.
Kalau bawak berjalan sangat behave okay.
Sah ikut mummy kalau bab2 berjalan nie.
Baru perasan mata aisy sepet tapi mata hitam sangat membulat.
Tetiba windo ngan awak wahai my son!!
Tahun nie successful okay.
Koz ramai yg join tapi family pak cu still xde.
Busy outstation,last year ke sabah this year singapore katanya.
Tak pe make sure next year family pak cu ada la yea.
See my oncet walid.
Sangat tak malu okay.
Pantang suruh bergambar dia yang over.
Oncet walid nie kalau family day double triple seronok.
Siap request suruh buat 3ari 2 mlm for next year.
I.allah akan dipertimbangkan ye walid.

 Ini sebahagian cicit2 haji zainuddin.
Aisy xde ye dalam gambar nie.
Koz membuta.
Aisy bukan kira panas ke apa janji tido diutamakan.
Itu ikut walid dia.
Asal letak kepala harus berdengkur.
Tengok gambar nie semua dah membesar.
Pasni cik su boleh tenggelam dalam ketinggian uols nie.

 Disebabkan mummy nak berpoco2 aisy dekat walid yea.
Budak nie mummy xde xpe.
Jangan walid dia xde.
Mahu aisy buli mummy seharian.
Kesayangans katanya.
Anak seorang boleh la ditimang2 kalau ramai nanti nan ado.

Yang ado untuk tahun ini.
A few lagi sibuk tengah amik gambar.
Pasnie kena hired 1 photographer untuk family day kita kans.
Baru syo0k bergambar sakan.
Next year punye family day dah boleh fikir dari sekarang dah nie.
Semangat nak berjalan dah ada.

Wednesday, December 18, 2013

AISY ALREADY 3 MONTH++


kasi ups gambar budak motak nie maklumlah lama dah mummy taks update blog kans.
Tu dia nampak bujang sangat anak mummy ngan walid nie kans.
Kejap je membesarnya.
Mummy rasa mcm semalam mummy kendong perut bawa kesana kemari.
Nie pown gambar time "Family day" aritu.
Banyak sangat cerita yang tertunggak yang mummy belumm update.
Takpe mummy pelan2 kayuh.


Mata sepet kan aisy nie.
Geram je tengok.
Yang walid aisy sentap koz ramai kata ikut muka mummy.
Nak buat camne walid gen mummy kuat :)
Later kita update gambar aisy time aqiqah dgn cukur jambul ye uols.
Mummy tengah kejar masa nie.

Saturday, November 9, 2013

Dugaan sungguh.

Semenjak ada aisy nifail nie mulalah iols punya blog kelaut.
Asyiklah mengadap aisy kans.
Mukabuku on jerk tapi nak komen2 pown malas.
Nampak sangat keutamaan anak diutamakan.

Uols ada problem anak kembung perut taks.
Aisy nie dalam seminggu confirm 2 atau 3x kali kena wey.
Macam2 dah buat letak minyak,urut,tuam.
Tapi still xboleh gaks.
Orang kata minum grip water.
aisy kalo minum xde pown kentut or berak.

Nak kata masalah susu.
Dia okay je minum pastu siap berak pown okay.
Uols ada petua taks.
Kesian tengok aisy nangis.

Selamat mr.darl ada.
Kalo memalam aisy nagis memang dia turn over la.
Sampai la aisy tido.
Tapi aisy tido paling lambat kol 2.

Now aisy dah pandai tido awal.
Nagis nak susu pown kol 6.30am.
So boleh mummy membuta.

Aisy dah start mengiring taw.
Pastu mulut sangat becok.
Yang penting dah start main air liur buat belon.

Jangan terkejut ye uols,
aisy dah start ejek ketawa kita taw.
Geram je tengok kepandaian aisy.

Kalo walid dia xjumpe sehari gelisah je dia.
Tapi aisy bijak taw,taw je walid dia balik confirm dia bangun dari tido.
Pandang walid dia,pastu senyum.
Dah senyum tido balik.

Papepown hope aisy cepat membesar dengan jayanya.
Mummy tak sabar nak bawak awk g PULAU nie.
Walid dah janji nak g bercuti.
So next year kita bermanis bermadu bertiga ye.

Sunday, October 27, 2013

Aisy Nifail.

Sory arini baru terhegeh2 nak update pasal my "little love".
Maklumlah sat tenet okay sat kelaut.
Pastu dari sibuk dok update baik iols spent time ngan anak kans.

Fyi,iols lahirkan aisy pada hari jumaat tanggal 6/sept/2013/
Tepat pukul 11.15am dengan cara caeser.
Koz iols dah lewat 9ari and aisy baru start bery2 in my tummy.

Bukaan pagi tu pulak baru 4cm.
Disebabkan iols emergency case terus tolak labour room.
Mahu tak cuak wey.
That my first deliver.
Semua perasaan menjadi satu okay.

Time iols dekat labour room.
Iols kesejukan ya amat okay.
Rasa mengigil sangat.
Tengah dok tahan kesejukan tetiba kaki rasa berat.

Iols tanya dekat doktor dia jawab tu anak awak.
Terus dalam hati mak oi semangatnye.
Mana tak semangat 4.18kilo okay.

(nie my little love xslh time nie baru 1 week,gambar fresh kuar dari perut mummy xboleh nak upload plk)
Next iols ceritalagi yerk.
Maklumlah mood tulis blog nie klaut sikit.
Otak berkarat nak sambung2 ayat.
Cuti lama sangat :)


Sunday, September 15, 2013

9 hari sudah.

Blog akan kesepian seketika.
Maklumlah iols ngah berpantang.
Sibuk dok ulit kesayangans sampai terlupa update uols.
Nyways,siapa yg ucap tahniah and bg hadiah sana sini dah mcm kena sponsor tu,
Mr.darl ngan iols ucap terima kasih yang tak terhingga.
Semoga rezeki uols melimpah ruah.
Nie iols update sikit sajork.
Later2,iols story experience bsalin iols.

Friday, August 23, 2013

Soalan yang dijawab dengan persoalan

1. Tak bersalin lagi ker???

Uols ingat iols taw anak iols nak keluar bila.
Kalau boleh week 37 iols dah paksa "little love" keluar taw.
Kuar time raya atleast boleh collect duit raya dari uols.

2. Nape time raya tak balik bukan beranak lagi kans???

Masalahnye memang weols tak nak balik kg.
Takut terberanak dekat kg.
Patu susahkan uols pulak nanti.
So biarlah weols beraya dekat kajang sajork.

3. Meluat bila tengok husband kau care pasal kau.

Dah namanya dia mr.darl iols.
Haruslah dia care pasal aku.
Dah aku pinjamkan perut iols untuk anak dia.
Confirm2 dia layan iols macam tuan puteri.
Ke uols jeles lebih.
Fyi,sebelum preggy lagi semua benda laki iols dok buat itu ini.
Syukur dapat laki rajin okay.

4.Semua yang kau nak semua dapat.

Syukur mr.darl tak pernah berkira dengan iols.
Mr.darl akan penuhi semua kehendak iols.
Kalau dia mampu dia akan tunaikan.
Kalau tak dia akan berterus terang.

Apapun memasing ada bahagian memasing.

so xyah nak bagi solan yang buat iols rasa annoyed okay.
Maklumlah manusia nie rambut sama hitam tapi hati lain2.
Nie sibuk ckp dekat belakang itu ini.
Depan kemain pijak semut pown tak mati.
Ops,ampun ye uols lupa arini ari jumaat.

Tetiba iols nak share ayat yang iols jumpe kat mukabuku.
Rasanya kita la nie cenggini kans.
Hope keturunan iols tak delah cenggini.
Minta simpang sangat.

jangan nak buat spekulikasi.
Iols dengar belakang2 iols sumbat mulut dengan cili okay!!


Hubungan dengan kawan bukan main rapat,
hubungan dengan kekasih tak boleh renggang.
Tapi hubungan dengan keluarga ke laut.
Ayah nasihat, buat muka masam.
Mak panggil, mula nak marah.
Dengan adik beradik, selalu nak bergaduh.

Mungkin kau lupa,
hubungan utama yang perlu diperbaiki,
bermula dari dalam rumah.

Wednesday, August 21, 2013

Jangan ditanya soalan sensetif.




Lately,a few fwens iols ada buat luahan hati.
Mana taknye dapat soalan2 cenggini time raya.
Motif uols nak tanya soalan cenggini.

Time raya masa tok berkumpul uols.
Bukan bagi soalan yang tak membina nie.
Cuba soalan nie bagi dekat2 anak uols.
Mahu haru uols maki kans.

Kot ye uols nak tanya soalan cenggini.
Berlapik2 la sikit.
Sebelum ckp pandang kiri kanan.
Nie tak,baru selangkah masuk dlm rumah belum sempat duduk bagi soalan cenggitu.

Mahu tak pitams uols.
Dah la ckp kuat2 depan org lain.
Atleast jagalah air muka org lain sikit.
Uols ingat dia xde perasaan ker???

One more thing,if dia dah preggy.
Uols kata dia tak jaga sensitivity org lain.
Acanor tu.
Preggy slh x preggy pown slh.

Susah nak puaskan ati semua orang kan.
Tapi kalau dia dah preggy tak payah la uols ckp dia xfaham isi hati uols yang kesepian tu.
Patutnya uols minta tips tak pown tanya dia mkn ubat apa.
Nie taks uols p kondem dia macam dia xde hati.

Papepown uols benda2 kahwin dan anak nie jangan dibuat main.
Kita pown tak tahu kan sama ada cepat or lambatnya "rezeki" seseorang tu.
So marilah kita beringat antara satu sama lain ye.



Monday, August 19, 2013

Ragam pak mentua dengan menantu


Nie muka2 kepenatan tunggu iols dekat labour room.
Balik rumah memasing adalah terbungkang.
Kesian tengok depa nie.
Tapi apa boleh buat.
Uols hero iols kans.
Haruslah memasing gagah perkasa.

Yang tak boleh bla depa tido style yang sama.
Tapi irama muzik yang berlainan okay.
Iols balik dari hospital terus mata terbuntang dengan jayanya.
Mana taksnye sempat lelap mata dekat labour room.

Last but not least,i still menunggu "little love"
Yang paling seronok belah iols okay.
Koz dah 3tahun xde baby dalam keluarga weols.
Hope semua dipermudahkan.Amin..

Friday, August 16, 2013

Geram yang melampau!




Bijak sungguh la orang yang buat nie.
Iols terus rasa tak sabar nak peluk cium "little love"
Ya,allah cepatlah KAU keluarkan dia untuk saya.
Doaku semoga kami cepat bertemu.

*main usap perut pujuk suruh cepat keluar :)

Tuesday, August 13, 2013

Breech....berjaya atau tidak?

Saat2 hujung nie tetiba anak iols breech.
Before this iols ada urut.
Tapi little love tetap statik.

Mungkin dah tertulis dugaan ini.
Refer pakar o&g,doktor suruh oprate.
Iols pandang mr.darl terus mata dia bergenang.
Serius weols jadi mental block.

Semua benda menjadi satu.
Yea sayunk,ini kali ketiga mummy tengok walid nangis walaupun walid pandang tempat lain.
1st,mummy tengok walid nangis  time mummy minta putus.
2nd,time weols di akad nikah.
3rd,time decide nak buat operation lahirkan awak.

Bila doktor tanya walid about result.
Walid jawab dengan pertanyaan jugak.
Mummy tahu walid xnak mummy sakit.
So mummy yang decide nak buat EVF.

Walaupun mummy tahu risk yang akan mummy and walid tanggung.
Tepat kol 8.30 mummy dah g labour room.
Walid tunggu mummy dekat luar.
Mummy belagak tenang menuju ke labour room.

Sekali lagi Dr.Nabila dengan Dr.Fadzli terangkan pasal risiko.
Mummy redha dalam terpaksa.
If tak boleh mummy akan digesa bsalin secara c sect.
Bila doktor kata percentage kita adalah 50% berjaya dan 50% adalah gagal.

Kebetulan hari yang sama ada 4orang lagi breech.
Mummy yang ke 2 dimasukkan.
Keluar patient yg 1st,mummy dari jauh dengar perkataan FAILED.

Mummy terdiam terkedu.
Mummy hanya berdoa kita dipermudahkan.
Syukur tak sampai 15minit awak succesfull.

Dengan berterus terang Dr nabila terkejut.
Percentage mummy untuk operation adalah besar.
Ramai yg tersenyum dengan keputusan tersebut.
Dalam diam mummy bersyukur tersenyum gembira.

After 2hour mummy dekat labour room mummy masuk dekat waiting room.
Walid kena panggil dengan nurse.
Mummy ckp succesful EVF.
Terus wajah kerut walid tersenyum riang.

Last but not least,kena balik uma.
Tunggu sakit nak beranak.
Hope awak dengan mummy kuat.
Semoga sakit contraction kita taks lama.amin.


Wednesday, August 7, 2013

Kesal

Diam tanpa kata,
Hanya ada lirikan mata,
Tersenyum tapi hambar,
Mana perginya sebuah senyuman.

Bila hati di uji,
Rasa tersisih,
Seperti perenang yang terkapai,
Tunggu masa untuk ditelan,
Tapi hati masih kental dilambung.

Mungkin perlu untuk berkata,
Tapi enggan untuk bersuara,
Biarlah sinaran mata merungkai rasa,
Hanya DIA yang menemami.

Rezeki itu DIA turunkan,
Aku  bersyukur dengan nikmatNya,
Bila tiba masanya,
Sampai masa tertulis untukku...

Tuesday, August 6, 2013

Semakin dekat menanti debaran.


Debaran makin terasa,
Hati makin sayu,
Adakah aku dipermudah atau sebaliknya,
Hanya ENGKAU yang tahu,

Dalam diam aku berdoa,
Permudahkan urusanku,
Agar aku dapat menjalani hari mendatang,
Dengan sebuah senyuman,

Ya tuhanku,
Makin dekat makin berdebar hatiku,
Berikan aku kekuatan,
Berikan aku kesabaran,

Ya allah,
Permudahkan aku untuk bau syurgamu,
Supaya aku boleh membimbingnya ke jalan mu,
Supaya aku mampu memikul tanggungjawab yang di amanahkan.

Monday, August 5, 2013

Ucapan dari Us :)



Selamat Hari Raya uols,
Iols tak sempat nak amik gambar baru makanya kita re use je mana yang ado :)
Nampak taks permainan dekat situ,

Takkan perut iols 9 bulan still maintain cenggitu kans.
Xpe raya haji nanti kita amik gambar bertiga pulak,
Time tu kita tayang "little love",
Raya pown dah boleh sakan kesana kemari,

So uols sedialah apa yang patut yerk,
Maklumlah kans,
Lupa pulak iols sibuk dok tukar duit raya opis,
Last2 iols punye tak de,
Uwaaa,naseb bdn la uols wahai anak buah,

After raya gamaknye kena bagi,
Kuih raya pown tak beli nampak taks???
Bukan tak bagi datang rumah iols,

Badan iols sekarang tengah berat,
Makanya hanya iols je dibenarkan melawat uols,
Tunggulah buat kenduri nanti iols ajak,
Bukan takat beraya makan kuih raya je,
Uols makan nasi terus,

Papepown raya nie buat iols dalam debaran,
Debaran menunggu our "little love",
Hope semua dipermudahkan,
Tak sabar nak peluk cium dia,
Maklumlah haritu scan tengok pipi dia debab,
Ikut siapakah mukanya....kita tunggu yea...

Disini iols menyusun 10 puluh jari,
Memohon ampun andai ada saya terkasar bahasa.
Doakan iols semoga uols diberkati olehNYA.Amin.

Sunday, August 4, 2013

Doaku Untukmu...Permudahkan Urusanku.

36 minggu???
Yea dah cukup 9 bulan iols carry  "little love".
Tapi last week iols dapat tahu bayi berada dalam keadaan songsang.
Hati dok berdebar boleh ker "little love" berpusing semula.

Takut,sedih semua bergolak menjadi satu.
Semua berperang di dalam minda iols.
Mungkin ada hikmah yang diturunkan.
Tapi iols redha.

Tarikh untuk jumpa pakar dekat Hospital Serdang.
Yea iols kena refer hospital tu.
Makanya sempat lagi iols beraya kans.
Boleh makan ketupat,rendang bagai.

Papepown kena tunggu Pakar.
Adakah iols diberi pilihan??
Itu semua akan terjawab next week.
Xkisahlah keluar menggunakan c-zer or normal.
Janji bayi sihat.

Mungkin iols terfikir2 pasal nie.
Sampai berat turun 1 kilo.
Berat mummy turun tak pe.
Jangan awak ye sayunk.

Papepown mummy suruh walid yang decide.
Semoga semuanya diselamatkan olehNya.




Friday, July 26, 2013

Teknik Pernafasan

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama
Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.
Teknik pernafasan peringkat kedua
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.
Teknik Meneran
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa teknik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.
“Overwhelming Urge“
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat. 
“so-so urge“
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).
“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.
Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.
Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

Kembarkah????

Statement tak ingat.
Ramai kalau tengok perut semua tanya twins ker.
Nie iols nak habaq mai,iols xde keturunan twins uols.
Makanya dalam tummy nie sorang je lah.

Kalau pegi kk untuk check up ramai suka pegang perut.
Comel katanya.
Iols pulak comel jugaks nak bawa.
Tapi redha je la kans.

Sekarang nie nak dekat hujung2 bersalin iols kuat berjalan la pulak.
kalau dok rumah gelisah jerk.
Hati nie asyik fikir nak kesana kemari.
Kalau dapat kuar tu rasa nikmat sangat.

Orang kata kalau kuat berjlan nie senang bersalin.
Tak tahulah betul ke taks.
Tapi harini iols akan pastikan iols berjalan.
Nak beli jamu uols bukan nak beli brg raya pown.

Tapi kalau ada yang berkenan amik jugak la kans.
Sat iols confused pulak tajuk pasal kembar pastu yang bawah pulak pasal raya.
Mana 1 iols nak cerita pown tak tahu la.

Nie pown dok fikir kalau meleto0p jangalah mlm raya.
Maklumlah time tu busy kans.
Tapi kalau nak kuar jugak teran je lah kans.
Tak sabar nak tengok face anak mummy nie.gerams!

Papepown iols beraya dekat kajang je la.
Pegi rumah mentua pastu pegi rumah ayah.
Paling wajib kena pergi rumah "mak".
Lama dah takg sana.
Hanya doa dapat kukirimkan.

-al-fatihah emak,ampunkan segala dosa2 orang.doakan orang kuat macam emak ye.Amin-

Thursday, July 25, 2013

35 WEEK

Lately kondensi iols tak berapa nak memberangsangkan.
Asyiklah demam.
Dengan little love main surf dalam perut lagi.
Tapi syo0k wo00 tengo0k perut berombak :)

Sekarang nie tengah dok hidu vicks.
Hidung tersumbat.
Rasa nak korek guna ibu kaki jerk.
Nak tido pown payah.

Sekarang nie kalau rasa air kuar je iols dah risau.
Maklumlah anak pertama,xde experiance  lagi.
Rasa macam ada kuar air sikit2.
Tanda pown dah ada.

Makanya iols kena bersedia dari segi fizikal dan mental.
Hope semua dipermudahkan.
Next week check up petang.
Harap2 semuanya okay.

Hati berdebar2 tapi teruja.
Hope iols dapat deliver normal.
Nak rasa kesakitan dia.

Mood raya adalah kelaut okay.
Xde pown kms2 rumah.
Selamat lah mr.darl dah cat rumah awal2 lagi.
So nampaklah beraya sikit.

Kalau harap iols xde maknanye.
Tak larat taw.
Tapi gigih berjalan sana sini.
Baju raya tak yah cakap la kans.

Sekarang mr.darl sibuk cakap ngan little love.
Namo nakal2 dalam tummy mummy.
Cepatlah kuar koz walid tak sabar nak berjaga malam katanya.
Tak pe2,mummy tengo0k siapa yang jaga "little love"

Nama "little love" dah ada.
Hanya weols je yang taw nama dia.
Kalau pegang perut sambil panggil nama siap gerak2 lagi.
Tak sabar mummy nak gigit awak nie sayang oit.

Papepown iols memohon ampun jika iols terkasar bahasa.
Doakan iols dipermudahkan ketika bersalin.
Mr.darl pulaks dah sedia air selusuh.
Tunggu masa je lah nie.

Wednesday, July 24, 2013

Deliver oh Deliver

<5 cara pendekkan proses bersalin>
1. Jauhkan diri dari katil. Berdiri atau melutut ketika proses bersalin berlangsung menggalakkan bayi ‘turun’ ke saluran peranakan. Perbuatan ini menambah tekanan kepada serviks untuk merangsang ia merega
ng dengan lebih cepat.

2. Elakkan epidural. Tahukah anda bahawa epidural sebenarnya hanya memanjangkan lagi tempoh proses kelahiran.

3. Kekalkan tenagan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengambil snek berkhasiat yang kaya karbohidrat dan jus buah-buahan segar.

4. Tenangkan diri. Jika panik, proses kelahiran akan lambat bermula.

5. Berjalan-jalan. Jangan hanya berbaring di atas katil. Sebaliknya lakukan pergerakan dengan berjalan-jalan kerana ia boleh merangsang bayi bergerak ke saluran peranakan.

Wednesday, July 17, 2013

34 weeks

Syukur dah masuk ke 34 minggu iols preggy.
Dan semalam my little love bagi sweet reminder sajork.
Dia buat budak opis iols menggelabah seketika.
Mana taksnye rasa cecair keluar sedikit.

Pergi check doc beritahu kemungkinan sebab iols puasa.
So disebabkan takut effect dekat "little love" iols berbuka.
Takpe,demimu anak mummy sanggup ganti puasa.
Dah tak boleh nak buat camne kans.

Mengandung di bulan puasa pada fasa ke-3 sangat mencabar.
Sekejap2 uols akan rasa perut mengeras.
Belum lagi dia bergerak2.
Tapi selagi mummy larat mummy tahan ye sayunk.

Sekarang antara 34-36 baby akan songsang.
Ye little love sekarang sedang sonsang.
Tengah usap2 perut supaya bila tiba masanya "little love" berada di kedudukan sebenar.
Nak elak caesar,kalau boleh.
(papepown kuasa tuhan)

Tapi doc dah remind tanda2 hampir bersalin sudah ada.
Iols harus bersedia dari segi fizikal dan mental.
Papepown mummy dengan walid dah bersedia dan tak sabar nak jumpa awak.

Sekarang mummy memang stay dekat rumah my ayah.
Koz tok ayah risau dengan keselamatan iols.
Makanya mr.darl terpaksa ulang alik sama ada ke rumah kami or rumah my ayah.
Redha je la kans.

Papepown hope keadaan "little love" baik2 sahaja di dlm tummy mummy nie.
Mummy berdoa 2 minggu dari sekarang awak janganlah sonsang ye sayang.
Mummy taw awak kans anak yang baik.
Nanti bila kuar walid ajak pegi bercuti ye.
Walid tak sabar nak berjalan bertiga as a complete family :).i.allah.
 


Sunday, July 14, 2013

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan menciumm kamu??

Saturday, July 13, 2013

Doaku untukmu.


Semenjak iols preggy naluri mummy iols semakin kuat.
Mr.darl pulak tak yah cakap la.
Asyik la usap2 perut kata ngan "little love" cepat kuar.
Nak ajak g jengjalan katanya.

Tapi yang best if walid "dier" pegang mulalah diam jerk.
good job sayang.
Walid boleh tengok perut mummy gerak2 sajork.
Itu yang buat walid jealous.

Hope weols boleh jadi parent yang terbaik untuk anak weols.
Weols dah decide how to manage our children in daily life.
Harap2 berkesanlah kans.
Koz weols mempunyai background yg berlainan ketika pembesaran.
So weols decide nak combine dan practice untuk anak weols nanti.

Maybe camnie lah parent kita dulu kans.
Mula2 dah terfikir untuk perkembangan bayi mereka.
Kita sekarang nie asal boleh jerk.
Naik tangan tak yah cakap la kans.

Papepown memasing ada cara tersendiri untuk mengajar anak2.
Kalau boleh if ada org tegur kesalahan anak kita tak yah nak kecik hati.
Kita as a parent sayangkan anak sampai tak nampak kesalahan yang dibuatnya.

Finally,as a parent to be kita harus banyak membaca untuk tambahkan ilmu.
Maklumlah semangat nak "manja" kan anak tu terlebih sikit kans.
Papepown uols harus back to basic untuk ajar anak2 kita.
Bak kata orang "lentur buluh biar dari rebungnya"