Jejakku,ku jejakmu

Friday, June 28, 2013

Bila 3 trimester itu berakhir.

Sebaik anda disahkan mengandung, persiapkan diri untuk bergelar ibu dan ayah yang terbaik. Kami menyediakan panduan dari A-Z untuk bakal papa dan mama.

Apabila disahkan positif mengandung, tentu bermacam perkara bermain di fikiran anda. Persoalan bagaimana selepas ini, apa langkah seterusnya dan sebagainya lagi berlegar-legar di kepala.

Bersiap Hadapi Tiga Trimester Kehamilan

Persediaan untuk bergelar ibu seharusnya bermula sejak awal dan sebaiknya bermula sebelum hamil lagi. Bakal ibu perlu mengambil tahu maklumat tentang kehamilan.

Menurut Pakar Obstetrik& Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr Khairiah, wanita yang merancang untuk hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum dan mengamalkan cara hidup sihat.

Jika ada sebarang penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya, mereka perlu berbincang dengan doktor dan pastikan kesihatan pada tahap optimum kerana berisiko mendapat keguguran atau kecacatan bayi.

Beliau membahagikan perubahan yang patut dijangka oleh bakal ibu kepada tiga trimester. Setiap trimester mengambil tempoh tiga bulan. Jumlah masa tiga trimester adalah 9 bulan.

1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.
2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.

Trimester 2
11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).
14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.
17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.

Trimester 3
23. Saiz badan ibu semakin membesar.
24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.
25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

Bersalin Di Mana?
30. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.
31. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil, hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.
32. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik, anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.
33. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
34. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak mahu bersalin dalam kereta.
35. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.
36. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam pakej bersalin.
37. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.
38. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean. Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .
39. dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.
40. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.
41. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.
42. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.
43. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.
44. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.

Persiapan Spiritual
45. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
46. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
47. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
48. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
49. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
50. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.
51. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
52. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
53. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
54. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
55. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.
56. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.
57. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
58. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.
59. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
60. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
61. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
62. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
63. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
64. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.
65. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
66. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :
67. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
68. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
69. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
70. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
71. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
72. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
73. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
74. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
75. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
76. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
77. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
78. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi
79. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar masuk ke wad bersalin.
80. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.
81. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan bantal berkenaan di bahagian belakang badan.
82. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.
83. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.
84. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya, anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.
85. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.
86. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.
87. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju yang anda pakai.
88. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan bayi secara caesarean.
89. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah kaki mengalami kesejukan.
90. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar adalah banyak.
91. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean.
92. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.
93. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.
94. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
95. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
96. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.
97. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam detik-detik manis pelahiran si manja anda.
98. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.
99. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
100. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.

Thursday, June 27, 2013

Newborn checklist for mummy to be.


So pada mummy to be jom kita tick je brg2 yang perlu.
Maklumla kans anak pertama semua benda nak beli kans.
Tapi makesure uols takyah nak membazir sangat taw.

For me selagi boleh cut the cost cut okay.
Sekarang nie yang belum iols beli breast pump sajork.
Tu tengah dok survey breast pump brand apa okay.

Papepown kalau uols nak berjimat cermat uols pergilah warehouse sale.
Memang jimat habis uols.
Time tulah uols rasa gila.
Semua benda uols rasa nak amik.

Fyi,today until nextweek "my dear" ada buat sale,
So uols p la beli apa yg patut ye uols.
Sesiapa yang baik hati untuk bagi gift yang besar2 bolehlah jengah jugak.

Iols pulak memang tunggu sales2 cenggini.
Boleh jadi ketagih taw.
Mahu iols menambah apa yang ada.
Semangat anak pertama nie lain sikit kans.

Papepown sebelum membeli fikir jugak keadaan kewangan ye.
Jangan dok hentam para suami beli itu ini.
(kalau dpt wifey cam iols matik la)
So sesipa yang g mydear this week sila lambai tangan kalo nampak iols ye.
(bajet artis sangat)




Wednesday, June 26, 2013

Hari ke 3 catitan kita dihisab.

Alhamdullilah sangat kans post kali ini.
Sangat islamik okay.
Tetiba rasa insaf kan.
Lupa nak ucap "salam nifsu syaaban"

Dah tak lama lagi kita akan berpuasa kans.
Bahang puasa makin terasa.
Semua orang dok update pasal jualan cookies.
Time2 cengginilah kita beli pastu boleh rasakan.
(acilakan nak tahu sdp ke idak)

Nak cite pasal lain p terpesong cite pasal bulan puasa.
Motif iols kenapa.
Kalau jawab soalan SPM nie mau terpesong nie.
Confirm failed!!hahahaha,keji uo0ls.

Okaylah dr iols dok merapu iols nak straight to the point.
Lately,banyak iols dengar benda2 yang xenak kat telinga nie.
Entahlah kenapalah dok susah hati dengan life weols nie.
Apa xde keje ke uols nak jaga kain sendiri.

Masalahnye iols kesana kemari dengan mr.darl pown dok dipersoal.
Siap cakap iols nie xyah citelah senang nak bercuti kesana kemari maklumlah "anak felda".
Meh iols nak cakap kalau iols "anak felda" sekalipun iols tak pakai duit "ayah" uols pown kans.

Syukur my ayah jenis yang ingat anak2.(uols ada??)
Lagi 1 jangan dok fikir iols nie hadap duit My ayah.
Iols masih ada 4 org adik beradik taw.
Lainlah iols anak tunggal.
Confirm2 milik iols semua.

Tapi iols bukan jenis nak hidup atau belagak dengan kemewahan dari sumber my ayah.
If ada duit iols,iols akan beli apa yang iols naks.
Alhamddullilah,my ayah memang ajar anak2 dia dari kecik belajar hidup susah.
Dan iols tak pernah pown rasa itu 1 kelebihan untuk kami adik beradik.

One more thing,jangan nak libatkan my ayah dalam situasi nie.
Iols tak suka okay!!
(i warn u,iols tahu mesti uols ingat apa yang uols cakap...xkan tak ingat kans)
Nie nak habaq mai ye,jangan putar belitkan cerita ye uols.
Benda yg uols tak buat jgn kata uols dah lakukan.





Saturday, June 22, 2013

Jerebu dan kehamilan anda

Apakah itu jerebu?

Di kebanyakan negara di Asia Tenggara, jerebu merujuk kepada lapisan tebal kabus asap atau asbut yang melitupi rantau ini, selalunya antara bulan Mei dan Oktober. Asbut adalah pekat dengan bahan pencemar udara. Asbut disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor: kebakaran bahan pertanian dan hutan di Sumatera di musim cuaca kering diiringi oleh angin timur yang meniup asap tebal itu ke arah Malaysia, Singapura, Brunei dan ke beberapa lokasi di selatan negeri Thailand dan Filipina. Sejak lewat tahun 1990-an, jerebu merupakan suatu acara tahunan yang tidak diingini. 

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diketahui bahawa terdapat sumber lain yang menyebabkan pencemaran udara di negara ini. Tanah gambut yang dijilat api di Semenanjung juga menyebabkan jerebu melitupi kawasan Lembah Kelang dan kawasan bandar utama yang lain. Jerebu juga berpunca dari pembakaran terbuka bahan sampah, asap dari kilang dan penjana kuasa yang menggunakan arang dan tidak ketinggalan, wasap ekzos dari kenderaan di jalan raya. 

Adakah jerebu menjejaskan saya dan bayi dalam kandungan?

Jerebu boleh memudaratkan kualiti udara sekeliling. Laporan Organisasi Kesihatan Sedunia 2006 mengesahkan bahawa kesan jerebu adalah lebih ketara di kalangan kanak-kanak di bandar, selain warga emas dan mereka ada menghidapi masalah respiratori. 

Banyak kajian di negara asing telah membuktikan bahawa pencemaran udara boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ini adalah sebab bahan pencemar yang disedut semasa ibu bernafas boleh sampai masuk ke dalam rahim melalui tali pusat. 

Baru-baru ini, penyelidik-penyelidik di New York telah menemui kaitan antara pendedahan ibu hamil kepada pencemaran udara dengan pencapaian rendah skor IQ anak mereka di usia kanak-kanak, justeru, menguatkan lagi bukti bahawa asbut boleh membahayakan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Kajian di Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Korea Selatan dan Taiwan juga telah membuat kaitan antara asbut dengan berat kelahiran yang rendah, kelahiran bayi pramatangkematian bayi dalam kandungan dan kematian di usia bayi. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap ozon dan karbon monoksida yang tinggi adalah tiga kali ganda lebih cenderung melahirkan bayi yang mempunyai bibir dan lelangit rekah dan kecacatan injap jantung. Risiko yang paling besar berlaku semasa bulan kedua kehamilan, apabila fetus sedang membentuk struktur muka dan organ-organ. 

Bagaimana untuk meminimakan pendedahan saya kepada jerebu?

Jabatan Kesihatan mempunyai satu senarai langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku "kecemasan jerebu" (apabila Indeks Harian Bahan Pencemar Udara melebihi 500). 

Jangan keluar rumah seberapa yang boleh. Semasa anda berada di dalam rumah… 

• pastikan semua pintu dan tingkap ditutup; 
• buka penghawa dingin (jangan buka kipas kalau boleh) dan jika ada bajet, elok jika anda memasang penghawa dingin dengan penapis HEPA (Partikel Halus Kefisienan Tinggi); 
• mop basah rumah dan kawasan dalaman rumah anda (menyapu dengan penyapu biasa TIDAK digalakkan); 
• gunakan dapur elektrik, oven atau ketuhar mikro gelombang untuk memasak (menggunakan dapur kayu, gas atau arang untuk memasak di dalam rumah TIDAK digalakkan). 

Jika anda bercadang untuk menggunakan pembersih udara, Jabatan Kesihatan menyarankan pembersih mekanikal yang menggunakan fiber atau penapis kain – pembersih udara elektronik TIDAK digalakkan sebab alat mengionkan (cas elektik) molekul udara akan mengeluarkan sedikit ozon sebagai produk sampingan (ini sebenarnya akan memburukkan lagi kualiti udara!). 

Secara teknikalnya, alat pelembap bukanlah pembersih udara tetapi bertindak dengan cara melembapkan partikel habuk dalam udara. Kelembapan yang dihasilkan juga membantu mengurangkan gangguan respiratori. 

Jika anda perlu berada di luar rumah, amalkanlah penggunaan topeng N95 (sebab ia sesuatu yang mampu menapis 95 peratus daripada partikel habuk saiz lebih 0.3 mikron). Topeng kegunaan surgeri juga adalah satu pilihan yang baik. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru harus bertanyakan doktor dahulu sebab topeng boleh sedikit sebanyak menyekatkan aliran udara. 

Jangan membuat perjalanan. Perjalanan perlu diminimakan bagi urusan penting sahaja. Tidak menggunakan kereta akan membantu mencegah pengurangan kualiti udara di samping meminimakan risiko kemalangan jalan raya disebabkan kadar penglihatan yang buruk. Jika anda perlu memandu… 

• buka penghawa dingin dan pastikan ia dalam mod "putaran udara dalaman"; 
• pastikan semua tingkap ditutup; 
• buka lampu untuk mencerahkan lagi penglihatan jalan; 
• jangan biarkan anak anda tinggal dalam kereta tanpa pengawasan; 
• jangan merokok dan jangan benarkan orang lain merokok dalam kereta anda. 

Terdapat langkah-langkah keselamatan tambahan yang boleh diambil bagi seorang pemandu maupun penumpang. 

• Anda boleh menggunakan tali pinggang keledar walaupun hamil. Baca dengan lebih lanjut mengenai cara betul memasang tali pinggang keledar semasa hamil. 
• Begitu juga dengan kanak-kanak; pastikan mereka duduk secara terselamat dalam kerusi kereta kanak-kanak. 

Apa lagi yang boleh membantu?

Jangan salahkan diri anda jika anda merasakan tak tahu bagaimana hendak bertindak apabila jerebu semakin teruk. Sebenarnya anda masih boleh mengawal kesihatan antenatal anda. 

• Jauhi diri dari perokok tetapi jika anda sendiri seorang perokok, berhentilah dengan segera. Terdapat banyak tip dari kami yang boleh membantu anda. 

• Banyakkan minum air - Kementerian Kesihatan, melalui portal myHealth menyarankan bahawa apabila keadaan jerebu teruk, anda harus minum dua liter air sehari. 

• Cuci tangan dan muka anda sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah. 

• Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan kronik yang memerlukan anda memakan ubat, pastikan anda mempunyai bekalan yang mencukupi. 

• Pastikan anda kekal sihat dan cergas sebab masih ada pelbagai aktiviti dalaman yang boleh anda lakukan seperti senaman Pilates atau aerobik impak rendah. Baca dengan lebih lanjut mengenai senaman dan kecergasan semasa kehamilan di sini. 

• Pastikan anda mengikuti diet yang berkhasiat dan seimbang. Cuci atau kupaskan buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, adalah baik, buat masa ini, jika anda menjauhi pasar basah atau pasar tani dan sebaliknya memanfaatkanlah kemudahan membeli-belah secara terlindung di pasar raya yang berhampiran. 

Apakah tindakan yang sedang diambil mengenai jerebu?

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) telah bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau pada tahun 1997, yang akan menjalankan usaha sama untuk mengawasi, mencegah dan mengurangkan pencemaran jerebu merentasi sempadan antarabangsa. 

Pada tahun 2002, satu perjanjian lanjutan, Perjanjian Mengenai Jerebu Merentas Sempadan, telah dimerterai. Langkah-langkah diambil berdasarkan perjanjian ini yang melibatkan pelaksanaan Strategi Pengurusan Kawasan Tanah Gambut Asean, menguatkuasakan satu polisi pembakaran sifar dan amalan pembakaran terkawal dan menggemblengkan satu panel pakar-pakar Asean bagi Penilaian dan Penyelarasan Kebakaran dan Jerebu. 

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai situasi jerebu setiap hari melalui laman web khas yang ditubuhkan oleh Sekretariat Asean, HazeOnline. 

Dalam pada itu, segala usaha, betapa kecil, dapat membantu. Jika anda ternampak mana-mana pembakaran terbuka, laporkan ia kepada Jabatan Alam Sekitar: 
• Talian Aduan, 03-88891972; 
• Talian Penting, 1-800-88-2727. 

Anda juga boleh mengawasi kualiti udara di kawasan tempat tinggal anda (dari Baik, Sederhana, Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat hingga ke Berbahaya!) di Indeks Harian Bahan Pencemar Udara. 
Semakan terakhir: April 2010 

http://www.babycenter.com.my/a1036967/jerebu-dan-kehamilan-anda#ixzz2X16iHfl8

Wednesday, June 19, 2013

Di hari Ke"jadian".

Today is my day.
Senyum sampai ke telinga okay.
Jangan tanya kenapa mood iols baik sajork.
Pehlis jangan rosakkan ye uols.

Actually malam tadi mr.darl buat suprise dekat iols.
Tapi semenjak iols preggy nie waktu tidur adalah awal ye uols.
Mana taknye mr.darl balik iols nak bukak mata pown payah uols.
Mak yong sangat kans.

Lately kalau iols tido semua kipas kena pasang okay.
kipas syiling tak yah ckp sentiasa terbuka je.
Belum masuk kipas dekat kaki dengan kepala uols.
Maklumlah rumah iols xde air cond.

Nak dekat pukul 12 mr.darl p switch off iols punye kipas.
Dalam hati "xtaw ke aku nie panas" boleh pulak ko off kans.sigh.
Sebab mengantuk punye pasal tak suarakan pown just ckp dalam hati je taw.

Tetiba dengar orang berlari anak dalam rumah.
Dalam hati iols "org tua nie kurang tebiat ke hapa" tapi mata maintain tutup okay.
Khelas sangat kans.

Sekali iols terkejut sangat bila ada kek my favorite dekat depan mata siap pasang lilin.
(usap2 mata ingatkan mimpi)
Motif mr.darl letak depan muka nape.
Boleh terbakar bulu hidung iols taw.
Siap pandang senyum2 lagi.

Jangan tanya mana gambar okay.
Iols dengan rambut mengerbang mengalahkan hantu kak limah okay.
Kalau kak limah ada mau dia pown lari sebab confused.

Mr.darl suruh tiup lilin,iols tiup.
Macam budak kecik dapat gula2.
Apa orang suruh buat iols buat.
Nampak sangat ngantuk.

Semua benda dah depan mata.
Tunggu nak ngap je.
Dah xde nak kumur2 mulut terus telan kek dengan air liur basi.
Itukan perasa tambahan.
(jangan tiru aksi tersebut.sekian)

Sekali "little love" pown bergerak dalam perut mummy.
Nak wish bufday latew.
Pandai complate dengan walid yerk.
Koz semalam iols tido,"little love" diam je.
Walid balik dia pown mulalah berenang2 sambil buat aksi kuak lentang kans.

So mummy dah kenyang semua, "little love" still xmo tido.
Kenalah mummy usap2 perut kans.
Walid pulak makan nasi dengan tomyam yang mummy masak.
Sanggup tahan lapar semua semata2 nak sambut bufday mummy.
Terharu sangat.

For walid,
Terima kasih menjadi suami iols,
Terima kasih koz masih lagi romantik macam dedulu,
Terima kasih sebab layankan iols macam puteri,
Terima kasih menjadi suami,kawan,musuh,serta pengkritik terhebat iols.

Semoga ikatan yang kita bina ini until ke jannah.
Walaupun pelbagai dugaan yang diterima dari "org luar"
Kita masih erat berpegang tangan menghadapi dugaan tersebut dengan senyuman.
Apapun mummy sentiasa menjadi tulang belakang walid ketika susah mahupun senang.
Mummy sayang both of you.

Doa mummy tahun ini,semoga menjadi wife yang terbaik untuk walid serta menjadi seorang mummy yang tabah dan sabar melayan karenah "little love".Last but not least,nanti bila "little love" kuar kita g bermanis bermadu betiga ye.Next destination we go to.........!!can't wait walid :)



Tuesday, June 18, 2013

Fasa ke 3 dalam 30 minggu.

Okay sekarang dah masuk fasa ke 3.
Dan iols mulalah kecut perut.
Giler tak kecut perut dah dekat nak deliver uols.
Tapi hati iols gigih nak berjalan.

Selamatlah ada mr.darl yang nak layan.
Bak kata my ayah,xyah nak manja sangat la si busu nie kans.
Semua kau layan karenah dia dari tak preggy sampai preggy nie pown sama.
Kalau ayah xde maknanya nak layan..hahahha,keji taw ayah nie!

Now,baby sangatlah aktif.
Bukan setakat aktif jerk,kuat makan pown ye.
Mana taknye baru lepas mentedarah nasi cari pulak biskut.
Kalo tak buah janji mulut mengunyah.

Selamatlah check up for monthly "nurse cakap diet seimbang"
Terus rasa nak kembang hidung yang sedia kembang dikala ini taw.
Tang mana diet seimbang pown iols tak tahu.
Dah rasa macam tekak gajah asyik makan jerk.

Paling best,badan adalah super dupper tried tapi xboleh nak tido.
Puas dok pusing kiri kanan still xboleh jugak.
Kena makan biskut dulu baru dok diam.
Tapi sekarang tak jalan okay.

Wahai "little love",kasi chance la mummy tido dulu.
Nanti "awak" kuar mummy kena jaga malam.
Tapi kalau "awak" buli walid mummy lompat bintang.
Barulah mummy boleh berkepak kans.

Papepown,mummy dengan walid xsabar nak jumpe "awak"
Nak kissing mouth "awak" yang tomei tu.
Takpe2 bulan 8 nanti kita ketemu ye sayunk.
Jangan lupa jadi anak kebanggan mummy dengan walid nanti.

xoxo
mummy kamo :D