Jejakku,ku jejakmu

Tuesday, January 25, 2011

Bila bintang tidak bersinar



Emak,kau bagaikan bintang bersinar diawan kini malap tanpa serinya.Emak,kau pergi meninggalkan semua serta membawa semangat saya bersama.Dimana setiap pagi dan petang saya bangun sediakan makanan serta suapkan emak.Sekelip mata ianya pergi.Tidak pernah terfikir emak pergi secepat ini.Bukan saya tidak meredhai pemergianmu emak,cuma saya terkilan tidak sempat untuk menyambut hari ulangtahun ke 56 emak untuk kali ini dengan duit hasil titik peluh saya. 

Emak,baru seminggu yang lepas saya menyatakan hasrat untuk berkahwin dan berhasrat emak ada bersama-sama meraikan hari perkahwinan saya nanti tapi saya hanya merancang allah lebih mengetahui.Saya redha bila tibanya hari perkahwinan saya emak tiada disisi meraikannya bersama-sama saudara mara.Paling saya akan berasa kehilangan apabila tiada tangan untuk dicium dan dipeluk selepas sah dijadikan sebagai isteri.

 

Emak,mungkin tiba hari tersebut tiada lagi dengar suara orang marah cucu-cucu kerana bermain di tangga.Tiada siapa yang mengingatkan saya tanggungjawab sebagai isteri dan menantu.Sungguh saya tidak dapat merasa semua itu kerana ianya hanya khyalan.Saya tak tahu macammana perasaan saya bila tibanya hari itu.Kuatkah saya hadapi semua ini.


Emak,saya sangat terharu apabila emak sempat berpesan kepada ayah untuk menguruskan perkahwinan saya.Walaupun di saat terakhir pemergianmu,emak masih memikirkan tanggungjawab emak untuk melepaskan saya.Insyallah saya akan turuti segala permintaanmu untuk kali terakhir tapi saya akan berasa kehilangan apabila tiba harinya emak tiada disisi.Hati saya sebak perit pedih mahu saja saya menjerit tapi saya masih ingat allah.
 

Mungkin setiap apa yang dirancang pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Saya tahu walau banyak mana pun airmata mengalir jasad emak pasti takkan bersama saya bila tiba harinya.Cuma roh dan doa emak mengiringi saya pada hari bahagia saya.Cuma saya perlu kuatkan semngat serta tabah menghadapi dugaan ini dan redha pemergianmu.Pada saya,setiap malam ada bintang bezanya bintang itu tidak bersinar seperti selalu kerana bintang itu membawa semangat saya pergi bersama untuk selama-lamanya.Dan tiada lagi panggilan emak untuk saya memanggil..

Al-fatehah untukmu emak.

Monday, January 24, 2011

Kau pergi jua

Ya allah Ya tuhanku...Aku berlindung dengan kalimah laiilahaillallah kau tabahkanlah hati kami sekeluarga untuk menempuh hari mendatang tanpa insan yang tersayang.Kau tempatkanlah emakku di golongan orang beriman.KAU sudah menjanjikan yang semalam arwah meninggalkan kami dan aku meredhai pemergianya.Bohanglah aku tak bersedih dan kowank mesti pelik nape aku dalam situasi begini aku still boleh update.Tiada perasaankah aku?Tapi aku pedih perit sesak menahan segalanya kerana ingin meluahkan apa yang terpendam.Tapi tunggulah keadaan aku stabil.

Mu mum telah menghembuskan nafasnya tepat 10.00am pagi pada 21hb.january.2011(hari isnin).Bersyukur dengan ke hadrat illahi setelah menderita penyakit arwah selama 2 tahun akhirnya arwah pergi dengan sekali lafaz mengucap dua kalimah syahadah dengan mudah.(alhamdullilah)Aku bersyukur arwah meninggal disisi aku dan sempat mengajar beliau mengucap.(bukan nak cakap aku baik)Segala urusan pengebumian beliau amat mudah hanya aku terkilan arwah tak sempat untuk merasa duit gajiku.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Yang pergi tetap pergi tetapi yang pergi tiada gantinya.Doakan aku tabah untuk hadapi kehidupan tanpa arwah.Semoga roh arwah mak dicucuri rahmat.AL-fatehah.

Sunday, January 23, 2011

Kalau itu takdirnya

Sejak akhir nie aku mula kurang update blog,aku baru nak menyesuaikan diri dengan keadaan yang kelam kabut.(alhamdullilah baru dpt keje)So aku juz nak minta kowank yang baca blog aku nie mendoakan rezeki untuk aku pada tahun ini yea.Now baru aku rasa camnea mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.To my sister and A'an ismail thankz also my BIL ko0z banyak bagi sokongan dan dorongan i.allh aku tak lupakan kowank.For my mum&dad doakan perjuagan anakmu ini sesungguhnya setiap langkahku ini diiringi doa kalian berdua :)

P/s:
Ya allah ya tuhanku,KAU murahkanlah rezeki NORHAYATI ABDUL GHAPA pada tahun ini sesungguhNYA KAU lebih mengetahui dengan apa yang dirancang serta KAU lapangkanlah dada serta fikirannya agar setiap pekerjaan yang dilakukan dipermudahkan olehMU.AMIN.

Wednesday, January 19, 2011

Belajar sambil bekerja????

KENAPA EKSEKUTIF DIPLOMA UUM
Program Diploma Eksekutif telah direkabentuk dengan kerjasama Pusat Pembangunan Eksekutif Universiti Utara Malaysia khusus bagi para pekerja yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap kemahiran dalam bidang pekerjaan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan peluang kerjaya dan kenaikan pangkat dengan melatih para perserta supaya layak untuk memegang jawatan yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi.

KEISTIMEWAAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

~ Sukatan Pelajaran berdasarkan keperluan industri
~ Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelulusan
~ Kelas pada hujung minggu
~ Peluang peningkatan dalam kerjaya
~ Penilaian melalui tugasan dan kerja kelas
~ Satu modul dikendalikan di UUM, Kedah

JANGKA MASA KURSUS
~ 15 bulan

SYARAT KEMASUKAN
~ SPM dengan minima tiga tahun pengalaman bekerja*.
~ Kelayakaan akademik lain yang diiktiraf oleh UUM.
   *Tertakluk syarat-syarat ditetapkan

KAEDAH PEMBAYARAN/METHODS OF PAYMENT
~ KWSP /EPF
~ Bulanan / Monthly Instalment
~ Tunai / Cash

Program yang ditawarkan; 
Executive Diploma in Business Management & Leadership
Executive Diploma in Human Resource Management
Executive Diploma in Manufacturing Management
Executive Diploma in Office Administration

Yuran Kursus
PendaftaranRM 250.00 (register)
Yuran kursus RM 7,700.00

Kuliah

Sabtu 9.00 pagi – 7.00 petang
Ahad 9.00 pagi – 7.00 petang


Lokasi Kuliah
 KAJANG SENTRAL near UNIKL 

Pertanyaan dan Permohonan Hubungi:

Hayati Ghapa
Mobile: 012 – 2044552

Bile cerita itu basi

See seyesly aku sekarang sangat la busy tapi aku pown tak tahu kenapa la kan.Sampai nak try tudung yang KAK JEMAH hantar pown tak sempat.(tipo bukan kak vp hantar tapi post kan)For your information,after habis belajar aku duduk KAJANG balik that why aku p amik barang sikit dari KAJANG_SHAH ALAM_KAJANG (tapi ada melencong sikit la sebelum balik kan) so kowank layan la sikit picca time di S.A (perut da lapar so makan dulu la sebelum p IKEA)
 Asal la gambar nie first buat aku terliur jew....(oooH ayam penyet meh datang dalam mimpi aku malam nie meh)




Layan jew r gambar my sister family.Semua tengah kebuluq..hahahhaha(ayat x boleh bla)Yang paling sadis tuan belog amik gambar diaowng ko0z meke tak pandai guna kamera gedang aku nie..huish stressss....Tapi untuk tatapan my follower aku bagi tepek juga.Tak market la cmnie kan..hahahahhaha(matik la aku)

Actually restoran nie terletak di seksyen 7 shah alam so sape2 pernah pergi JAKEL SHAH ALAM wajib pergi koz makanan sangat superb sedap and pedas(memang pedas amaran keras dari kerajaan).Kalo tak tahu gak die sebaris kedai upin dan ipin and very near BUTIK HATTA DOLMAT(bile i bole jumpe u..hahahah).Lastly tak salah aku die juga ada d'bangi tapi tak tahu la fasa berape.Kowank p google sendiri la :)

Monday, January 17, 2011

Busy bee

This week sangat penat ko0z aku sangat busy.(org tak tanya pown)Kowank nak tahu apa aku buat dalam last weekend???


  • Berjalan sampai tak tahu penat.1 ikea aku pusing nak cari benda yang berkenan dihati.
  • Menyelesaikan masalah peribadi :)
  • Tiba-tiba rajin nak kemas bilik siap alih-alih perabot(ada tak mak-mak baca nie boleh jadi menantu)
  • Minggu asyik kuar makan(patutlah kurus)
P/s:gambar ikea  dan makan2 akan di update puas aku cari kebel mana ntah aku letak...gEEeeeEEEeraaaMMM.!

Saturday, January 15, 2011

Percubaan pertama.

Hari nie tiba-tiba aku nak masak LAKSAM.Nie percubaan pertama aku kowank bole la layan gambar sat g.Bersyukur koz menjadi dan tiba-tiba hati berbunga2.
First ofcoz aku kena sediakan kuah die kan....sowy la kelihatan comot disitu(selekehnya aku uat keje).Da campur semua bahan kasi dia mendidih and biarkan sajork :)
Mee laksam nie sangat lawak koz ada cerita disebalik tabir (aku nak gelak dulu bole....hahahhahahha) nak dijadikan cerita aku uat laksam with my sis so aku aku pown bacalah resipi sampai aku faham(cam study dulu before exam)entah camna aku remind my sis uat mee tu kena atas tudung periuk so my sis gigih la memcari tudung periuk entah camne takde yang kecik semua besar-besar.So0 die usha punye usha nampak la kuali untuk uat roti jala pastu my sis dengan segera amik minyak and buat.For your information,my sis buat sebijik macam lempeng(kowank kenal tak lempeng???kalo tak tahu buat2 faham occay sambil angguk kepala)pastu mysis pandang i kata "pahal lak mee nie cam lempeng setelah digulung"tapi still teruskan uat samapi habis tepung and hancur koz tak jadi.Baca punye baca balik sebenarnya tepung tu kena kukus bukan digoreng gelak besar la kitaowg kat dapur.Sampai sekrang nak gelak.

Da siap mee and kuah so kena ada bahan-bahan seperti di atas untuk nampak lagi sedap.Actually,siapa yang tak pernah makan laksam so i juz boleh bagitaw rasa dia like laksa kedah(dapat bayangkan tak?)Finally da ada semuanya bahan2 seperti tadi boleh la dihidangkan untuk minum petang sangat best wo0.Seriously,laksam ni senang je nak uat bukan susah pown yang rumit time nak kukus untuk dijadikan mee itu(memang menguji kesabaran la koz kena gulung time panas)
 Tadaaa,da siapkan.Nie aku letak dalam Tupperware ko0z nak bagi cousin yang duduk kat hujung jalan simpang rumah aku.

Friday, January 14, 2011

Tiada yang ke dua

Before pakai tudung 2009

Emak,amma,mummy,ibu,mama,ma,mak,mek whatever you call die tetap mempunyai maksud yang samakan??Yes,harini aku and mysis hantar my mum pergi klinik.Aku buat entry nie bukan inginkan simpati tapi hanya ingin berkongsi cerita suka dan duka bersama agar apa yang ada di dalam hati dapat diluahkan dan tidak ada niat untuk memburukkan sesiapa.

Untuk pengetahuan kowank my mum sudah lama menghidap penyakit strok since umur aku 19 tahun but time itu my mum boleh berjalan koz my mum lawan dengan penyakit dia.Yup,semangat my mum sangat kental dia tak nak anak-anak dia risau akan keadaan dia but hati mana yang tak sayu apabila orang yang disayangi menderita dengan penyakit.Betul x???(x tahu la kalau korang hati batu kan

Setelah mendapat nasihat doktor dan unit physiotherapy alhamdullilah my mum boleh berjalan tapi tak sama yang dahulunya cergas kini terdampar dia hanya menunggu anak-anak mengangkat untuk dijadikan penahan untuk berjalan.Selain itu,kalo aku ada kat rumah aku akan suapkan my mum @ mandikan beliau.(before nie aku duduk shah alam study now da habis)  

P/s:aku tak mampu nak habiskan cerita nie.Air mata turun dengan lebat pandangan menjadi kabur sukar untk menaip.
 

Thursday, January 13, 2011

Bukan ku pinta

Tarik nafas,
Aku rasa perit,

Tarik nafas,
Aku rasa pedih,

Diam dalam kegelapan,
Diam dari kehidupan,

Mana satu harus kuluahkan,
Mana satu yang harus kuhebahkan,

Makin sempit bila difikir,
Makin sempit bila dipendam,

Aku makin sakit,
Sakit dengan kehidupan,

Sakit dengan bayangan,
Sakit melawan emosi,

Tapi aku perlu yakin,
Masanya akan tiba.


notakaki:Sue ghapa

Jadi tatapan :)

Hari yang membuatkan saya tersenyum riang dan akibatnya kandungan gula dibadan makin meningkat :P
Nak bagitaw yang semalam tiba-tiba rajin uat cupcake siap ngan whipping.For your information nie first time saya uat topping so menjadi.Tiba-tiba nak melompat.Nak nyanyi lagu semyum la.(over disitu )

Tuesday, January 11, 2011

Tolong ingatkan aku

 Time pergi cari kasut anak buah aku my sis offer nak sandal tak so aku pun rembat la.Actually aku tak nak but my sis beria-ria suwoh pilih so0 aku pown pilih la.Bukan isu kasut nak aku bangkitkan tapi kasih sayang seorang kakak.Yup,aku mempunyai seorang kakak.Dia banyak berkorban untuk aku dan aku tak tahu nak ungkapkan betapa pentingya akak aku dalam daily life until now.Dia sanggup membeli apa sahaja keperluan aku walaupun die lebih memerlukan.Today aku baru perasan die punya sandal sudah rosak but dia still pakai bukan dia tak dea duit but macam aku cakap dia lebih pentingkan hal aku.Actually,aku tak tahu nak balas jasa dan pengorbanan yang kau curahkan kat aku but i.allah aku akan tolong dan berusaha untuk membantu kau ketika susah.Ini janji aku.Walau apa yang berlaku kau tetap kakak aku dunia dan akhirat.Aku akan tunaikan segala permintaan kau selagi aku mampu.I LOVE U SIS (:

Monday, January 10, 2011

semua adalah pemenang tiada pengalah (:

Senyuman ini ada kena mengena dengan tajuk diatas.

Kowank boleh teka tak nape aku senyum lebar jew :).Ada sesape yang terjah belog cik angelic jemah aka VP??? (http://www.viruspadu.com/)    
Beliau sudah memgumumkan siapa pemenang (http://www.viruspadu.com/2010/12/contest-sh0p-pink.html) so rezeki berpihak kepada aku.(sangat teruja lebih)Ini merupakan hadiah opening 2011 dan pembukaan blog aku yang tak sampai 3 bulan.Bak kata pepatah tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.(eceh terus berperibahasa pulak)Thankz again tok kak jemah koz memilih saya sebagai pemenang dan saya sangat terharu(macam menang award..Ada Aku Kesah?)Ini membuatkan hari-hari mau...baca belog kak jemah(bodek kea ape nie???)Papepown peserta2 lain pun tidak kurang hebatnya dengan cerita mereka semua terbaik.So kepada peserta-peserta yang menyertai jom kita tukar link and follow each other.(macam ayat kesian lah pulak)Untuk pengetahuan kowank aku nie tak sampai setahun jagung mencebur dalam bidang belog nie before this aku hanyalah SILENT READER sajork.Anyway aku nak ucapkan tahniah kepada peserta lain kerana harapan untuk menang masih terbuka koz ada undian pilihan pembaca secara vote kerana http://coloufulmorefun.blogspot.com/2010/12/pengalaman-pertama-saya-memakai-tudung.html and http://nini3posen.com/?p=10182 adalah pemenang pilihan juri.So0 peluang kowank masih terbuka luas malahan aku pown da vote (undi adalah rahsia).Lastly siapa yang belum mengundi pergilah undi sebelum cerita pilihan anda tidak menang.Disini aku juz nak ucapkan semua peserta adalah pemenang tiada pengalah yea (asal aku tiru ayat VINCE AF 1)

Bangun pagi gosok gigi (:

 Starting ofcos gambaq i kan :P.Mood malas update aku da mai nape yew.Adakah emosi aku masih terganggu.Entah yang penting hati masih sayang untuk mencoret nukilan sebagai satu kenangan yang manis dan takkan dilupakan (:

Sebenarnya after tengok wayang,Cik A'an nak p cuci gigi.Da lama plan tapi asyik tergendala so0 pas pulang dari JJ xdew keje so aku suggest kat dia p cuci gigi.Gigi aku next time ongkos lari this month(kau ada anak kew sampai duit lari nie @ duit kau ada kaki?)

Cik A'an yang drive jangan tanya nape??(aku sangat pemalas nak drive bila kuar ngan cik A'an)Yup kami akan rotate etc:sometime use my car sometime her car(takot langau kata cik A'an menumpang tuah pulak)
 
Muka adalah excited koz bawu pas tengo0k THE TOURIST.Cik A'an masih cool lagi this time.Masih senyum-senyum and ketawa.Tapi dalam hati dia sangat takut.(sumpah nak gelak bila muka ganaz+kawah nie jadi cuak gelak syaito0n disitu)


 Nie first time Cik A'an nak cuci gigi.So her brother suggest kat sini koz the price very reasonable(lagi murah lagi bagus).So aku rasa tempat nie nampak jew biasa tapi hiasan sangat cantik bukan rasa kat klinik tapi macam rumah.Kalo tak caya sile layan gambarsebentar lagi.(kau ingat ade commercial break kew??)


 See suasana die sangat diffrent seriously tak macam some clinic.Kowank jejak kaki tak bau pown ubat-ubatan bawu sangat best(kea aku yang yang xtaw klinik gigi camni)






After registration Cik A'an duduk sat.This time aku sakat dia kata cuci gigi sangat sakit.Doc akan cungkil plak-plak gigi yang dah sebati sampai berdarah-darah(sound like scary)Pastu yang tak boleh bla Cik A'an said boleh cancel tak?? meaning that dia terlalu takut so aku juz cakap aku main-main yang kelakar muka die sangat22x cuak.Tahu pown takut kan.After 6minit tunggu Cik A'an masuk so aku pun baca novel yang baru dibeli "SELAGI ADA DIA"Aisya Sofea.Lepas 30 minit siap.Kowank boleh imagine muka cik A'an after kuar tak??(sila bayangkan)


 Sumpah tak macho tol la kamo nie..hukhukhuk..yang paling tak boleh bla dia boleh suruh aku drive koz die kata cam nak demam.Very mengada-ngada.I like (:


P/s:sile buat rawatan gigi 6 bulan sekali :P.so next month aku lak...wink2x...

Saturday, January 8, 2011

THE TOURIST

Today aku pergi ke JJ Cheras Selatan sajork semata-mata nak twngok SI PELANCONG YANG KACAK AND CANTIK ini.Cerita die sangat seronok so sape-sape yang belum pergi tengo0k better pergi sebelum terlambat.Permulaan cerita yang sangat menarik,mempunyai klimiks dan pengakhiran yang kowank rasa di awangan.That part yang paling best when Elise pergi cari AP sedangkan AP berada di depan mata.
Obviously,when AP give mail kat Elise supaya mencari seorang yang bernama FRANK untuk mengaburi pihak berkuasa kerana AP telah mencuri asset kepada seorang gengster sebanyak 74.4 juta.So si Elise akur dengan kehendak si AP mencari seseorang untuk dijadikan kambing hitam semasa perjalanan ke VANICE.
Setelah mengaburi pihak berkuasa Elise membawa Frank dan dia mula jatuh cinta.Sedangkan beliau keliru dengan perasaan.Adakah Elise mencintai AP lagi atau Elise sudah menaruh harapan terhadap FRANK.Untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut anda semua kena pergi melihat di panggung yg berdekatan :p

Thursday, January 6, 2011

Akal kau sempit @ otak kau sempit??????




GAMBAR BEFORE PAKAI TUDUNG IN 2008

P/s :BILA 1 JARI KAU MENUNDING KE ARAH AKU,SEPERTI KAU MENUNDING 4 JARI KE ARAH DIRI SENDIRI..SO TEPUK OTAK KAU KASI GEGAR SUPAYA BOLEH BERFIKIR DENGAN WARAS YEA..FOR YOUR INFO,AKU TAHU SIAPA ENGKAU SI MULUT LONGKANG BERHATI BUSUK!!

Monday, January 3, 2011

Kami turuti kemahuanmu

Title nak gempak jea.Actually,aku just nak cerita koz my niece da masuk kindie 4 year.So aku teruja lebih nak tengok die pergi skewl.Before nak register besoknya my sis n BIL bawu nak prepare beli kasut koz my sis malas nak sopink awal2.

(muka ada senyum sampai tak ingat nak pilih kasut.)
But my niece lebih tertarik dengan toy nie.Layankan jew r janji die nak pergi skewl but tiba-tiba dia demam panas.So my sis ingat juz nak register after that baru bawak balik rumah.Yang paling kelakar die tak nak balik rumah :P.
  
I think die ok jew kowt koz my sis cerita dia tak nages pown so aku terus teruja nak jemput dia so boleh la amik gambar sekali.(semenjak ade blog)Malangnya samapi sana nampak dia da cry muka dia sangat lawak.(sumpah nak gelak)Tanya teacher my niece dia cakap baru je nages tanya kenapa dia teringat nak glukos die koz my sis lupa nak bawak :p.Untuk tatapan my niece sile gelak bila kamo da besar tengo0k muka tisya first time g kindie.

31.12.2010


Bawu sekarang terhegeh-hegeh nak cite about our relationship celebrate.Just celebrate kat secret recipe and menonton wayang jew.But I'm still happy because he always give good commitment walaupun A'an ismail sakit :(.A'an ismail still sibuk nak kuar koz setahun sekali katanya that why i luv u....(tipu dsitu)

A'an ismail mengalami gastric attack maybe die makan tak on time.Aku pulak malas nak bebel nanti uat sakit hati(bukan selalu membebel kea????)But kitaowg sangat lawak sambut relationship tengok wayang cite hantu(Damping Malam)koz A'an ismail beriya-riya nak tengo0k.Nie first time aku tengok cite hantu sambil gelak and bercakap koz memang tak takut and tak best aku kasi markah like 2.5/5 that my opinion.

Sebelum tengok wayang kami makan RENDANG OPAH after tengok wayang perut A'an ismail lapar balik terus terjah secret recipe koz A'an ismail nak makin benda manis(bukan darah manis occay)Itu bukti orang gumuk makan :P(sile kutuk disitu)
Dua-dua appy pas makan.Yang paling tak suke sebelah meja aku nie sangat kepochi buat kedai macam keluarga die punye.Panggil waiter macam waiter orang gaji die.Pas2 asyik panggil dekat 20x koz tak faham-faham walaupun waiter tu penat terangkan.Kalo boleh siap nak bagi hipotesis.Anyway thankz belanja saya and paling suprise dengan your present naty aku update apa A'an ismail bagi yang penting jimat koz dua-dua dapat so tak de adegan sentap menyentap disitu.Korang teka la dulu clue:musim

Sunday, January 2, 2011

AZAM 2011 (",)

Asal time aku nak update time tu la line ko slow nak matikan.Boleh jadi haru camni taw.Last entry aku da promise nak uat azam 2011 kan so aku nak uat la nie.Atleast bole guide aku untuk this year

  • Firstly aku nak p melancong kalo boleh ngan family this year.
  • Second,aku nak g bercuti ke pulau...tak kisah pulau mana janji pulau(jangan pulau ketam n pulau meranti suda la :P)
  • Next,aku idam2kan nak fish eye lens tok my baby DSLR..tunggu ye syg naty mummy belikan tok kamo0 :P(mummy la sangat kan)
  • Kalo boleh aku nak beli IPAD...(sambil uat2 suara sedih kalo ada duit lebih lakan..mana la tahu :)
  • Make sure sambung study degree for this year :P
  • Kalo dapat keje nak bagi mak n ayah duit (2 janji orang mak koz mak n ayah da besarkan orang bagi orang belajar so orang nak balas jasa mak n ayah)bagi besar sikit font kasi aku nampak...haahahaha
  • Try jadi lebih baik dari last year(rajin2 solat namo rongak2 da) and sentiasa bersabar denga setiap dugaan :P
P/s:sile ingatkan saya yea kawan.Setiap nasihat or any komen dierima dengan hati terbuka..kalo x jumpe pintu sile tekan bell...lalallala...