Jejakku,ku jejakmu

Sunday, June 22, 2014

Sesi mengenal haiwan katanya.


Sekali tengok gambar nie kemain gewdik aisy mami nie
Gen sape lah awak ikut nie anak.

Mami sangatlah pemalukans.
(sambil tutup muka dengan shawl)
Setelah lama tak balik kg nie kali pertama aisy balik selepas kenduri aqiqah.
Mami kemain riso mana taknye kat kg xde buai.
Dalam hati berdoa semoga aisy tido dengan aman.
Alhmddlh aisy macam memahami sangat.
Mami bawak masuk bilik minum susu guling2 terus tido.
Awal pagi bangund engan senyuman dia.
melting mami pandang awak aisy.
Time aisy bangun ayam berkokok.
Kemain tercengang muka dia.
Mami nak gelak lelaju pown yea.
Mana taknya selalu bangun dengan dog menyalak kans.
(jiran sebelah hokey)
Nie bangun2 dengar bunyi ayam.
Siap buat muka.


Pas mkn2 lepak kat depan umah.
Ada pulak kerbau lalu.
Aisy senyum meleret wey.
Macam kenal sangatlah.
Siap melopong2 lagi.
BUkan melopong jer mulut kemain riuh.
Agaknye kemain teruja latew.
Kalo bawak aisy pergi zoo confirm seronok nie.
Koz dia dah explore surrounding.
I.allah nanti kita g ye sayunk.
Pastu kita p aquaria sekali.
Biar aisy kenal fish :)


Time abalik kampung tu belikan basikal.
Kemain bersilat mami dengan aisy kat dalam kereta.
Susah hati koz basikal dekat belakang.
Nak ajak main.
Sekarang pepetang aisy suka buli mami.
Dia ajak main luar.
Selagi tak kuar selagi tu mulut bising.
makanya mami ada alasan tak nak masak.
Baru mami perasan mana mata putih aisy????
Si mata sepet air liur meleleh senyum gigi 2 btg.
Anak siapalah nie.
Geram aih tengok awak nie.!!


Wednesday, June 11, 2014

#JANGAN TIRU AKSI SHAYE#


Mami boleh sakit jantung tengok aisy cenggini hokey!
Alahai anak kemain besar awak sekarang yerk.
#hari berturut2 nak duduk cenggini.
Omak dia bawak kete 20km/j la cenggini.
Sesak nafas.
Nafas mami aisy kalah orang beranak cenggini.
Dah2 nanti kita tukar seat recaro aisy yea.
Mami dah what apps walid style terbaru aisy.
Makanya walid kena ambil tindakan tatatertib.
Aisy kena denda lah cenggini.
Mami tak taw.
Jagan senyum ngan mami nanti mami cair macam aiskrim

with love
aisy mami

Friday, June 6, 2014

BIDADARA SYURGA ITU SEDANG TERSENYUM

Harini ari jumaat,
Dan aku scroll semula cerita tentang arwah izz,
mungkin kebetulan atau hanya khayalan aku,
Arwah izz dilahirkan pada hari jumaat,
Dan arini jugak aku ceritakan rentetan cerita arwah izz.


Ramai yang bertanya arwah izz sakit apa kans.
Ini iols #copy and paste dari laman mukabuku emak dia#

Salam Jumaat..

Ahad, 18 Mei 2014, 12.30am.
Kami bawa izz ke hospital lagi. Batuk izz makin teruk sejak hari jumaat. Nafas kencang. Kahak pun banyak. Tidur pun sekejap2. Kesian abang.. Doc kata abang kena jangkitan paru paru. Kesian abang kena xray ambil darah lagi. Yang entah ke berapa kali nya ambil darah. Oksigen abang turun naik tak stabil. Masa tidur saja ok bila abang bangun batuk2 bacaan tak menentu. Kesian ibu tengok abang batuk2. Ibu tau perit kan sayang. Menyusu pun dah semakin kurang. 5-10 minit saja tiap 3 jam sekali. Abang lemah sebab abang batuk banyak kahak. Abang menangis je bila nurse datang kat abang nak bagi ubat. Ibu tau abang marahkan asyik kene kacau je tidur.

Isnin, 19 Mei 2014
Batuk abang makin teruk. Abang kena pakai pum mcm orang asma tu. Kena pakai satu benda tu tekap kat muka abang untuk bagi gas tu. Kuat abang menangis. Nurse suruh ibu yang buat tapi ibu tak sanggup. Abang kena sedut kahak pun ibu tak sanggup nak tengok tube masuk dalam mulut abang. Ibu tau sakit kan..

Selasa,20 Mei 2014, 12.00pm
Abang kena pindah masuk ke wad PiCU. Jantung abang lemah. Bacaan semua turun naik. Menyusu pun dah semakin kurang. Abang kena menyusu melalui tube. ALLAH luluh hati ibu bila wayar berselirat satu badan abang. Ibu dah tak dapat nak dukung2 abang lagi lepas tu. Doc bagi oksigen yang lagi kuat untuk bantu abang.

Rabu, 21 Mei 2014
Abang terbaring je atas katil. Ibu tak boleh nak dukung2. Cuma boleh usap2 tepuk saja. Abang genggam jari ibu ayah. Kami rindu sangat nak dukung peluk abang.

Khamis, 22 Mei 2014, 4.00pm
Doc bagitahu ibu satu lagi berita buruk. Ada salur darah abang ke badan yang sempit. ALLAH.. ibu rasa nak ambil je abang peluk abang kuat2. Doc bagitahu lagi ada risiko untuk alami kegagalan jantung. Ibu rasa nak pitam waktu tu. Terkedu sorang2. Macam2 ubat doc bagi untuk bantu kawal jantung abang yang lemah. Jangan risau ye sayang. Ibu ayah pun akan bantu abang dengan doa kami. Ibu terpaksa bagi abang susu campur sekarang. Susu ibu semakin kurang. Mungkin ibu kurang rehat dan penat. Tapi ibu akan cuba juga bagi susu ibu supaya antibodi abang kuat untuk lawan sakit.

Jumaat, 23 Mei 2014, 10.00am
Pagi tadi ibu dapat dukung abang  ada nurse baik hati tengok abang nangis2 dia pun bagi ibu nak dukung abang. Rindunya ibu pada abang. Dah 2 hari ibu tak dapat dukung abang. Dah 3 malam juga kita tak dapat tidur sama. Ibu ayah rindu sangat. Tengahari tadi ibu tengok oksigen abang nurse buka sekejap untuk tengok sama ada dah stabil atau tak. Lega sikit ibu rasa bila oksigen buka sekejap. Batuk abang pun dah kurang. Isnin nanti kita akan jumpa doktor pakar jantung di ijn. Doctor akan cek abang dgn lagi teliti. Harapan ibu ayah kalau boleh tak nak abang dibedah. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk abang kami redha. Tentang kos perubatan dan pembedahan ibu ayah akan usaha minta bantuan mana yang mampu. Kita di uji bersebab sayang.. InsyaAllah ibu yakin Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita. Kita minta orang doa kan abang ya. Bertahan ya..

Maaf tak bagitahu saudara2 yg sekarang izz ada di ward PICU. Kami cuma tak nak merisaukan kalian.. doakan izz ya semua.. #prayforizz
 — feelingsad with Nizam Kasim and 2 others at Hospital Tunku Jaafar Seremban.




Dengan buku ini bermula segala-galanya.
Makanya ianya hanya menjadi kenangan terindah untuk ibubapa.
Hanya mampu untuk mengingati segala kenangan terindah 
tanpa ada tangisan untuk diesakkan.


Iols tak pernah kenal siapa ibunya,
Tapi hati ibu iols terdetik andai ini takdir jalan hidupku.
Bolehkah aku tempuhinya tanpa ada airmata???
Tapi ak yakin dia juga tidak tabah kalau tiada kata2 semangat2
dari kita semua.

Hilangnya si pelangi dalam sekelip mata yang belum puas untuk dikucup dan dibelai.
Dan hadirnya manusi bodoh ungkapkan "dah taw kecik kenapa oprate'
#ajal maut ditangan tuhan#parent arwah izz berusaha untuk mengubati sakit anaknya#jangan jadi bodoh sebab uols tak duduk di kaki mereka#

Bayangkan anak kecil uols sakit dan diberi pilihan.
Mesti kita akan harapkan sinaran pelangi menanti.
Tapi pelangi itu tidak hadir hanya ribut yang muncul.
Makanya kita harus tawakal dan berusaha untuk meniti hari mendatang tanpa ada sebuah sesalan.








See bukan mudah mereka melepaskan si kecil ini bersendirian di LR.
Tanpa mereka disisi ditemani wayar2 sambil menunggu di hadapan pintu masuk LR dengan ketabahan.
Setiap detik jarum jam diperhatikan.
Mengharap sebuah senyuman si doktor dan mengatakan "operation ini successful"
Me taw kalau boleh si ibu gantikan tempat si anak,confirm si ibu itu sanggup.
Asalkan si anak tidak diskaiti dengan jarum.

Setelah 4jam penantian,(tak salah saya)
Akhirnya si ibu dapat melihat tubuh si anak dengan sebuah senyuman.
Dan alhamdullilah operation itu berjaya.
Walaupun doktor mengatakan ini bukan operation terakhir untuk bidadara syurga itu.

Tapi allah sebaik-baik perancang.
Allah tak nak si kecil ini menderita dengan kesakitan dengan itu bidadara kecil ini dijemput mengahadap penciptaNYA.
Tepat pukul 10 lebih izz pergi meninggalkan cerita sedihnya.
Tamat sudah penderitaan yang ditanggung.
Tiada lagi wayar berselirat di badan oksigen untuk meneruskan kehidupan.
Maka itulah operation terakhir untuk arwah izz.
Allah bagi arwah izz berehat dengan tenang sambil menanti ibubapa mereka di sana.
Arwah izz boleh bermain tanpa ada keletihan tanpa ada sakitan.






Dan harini mereka menghadapi hari mendatang tanpa senyuman arwah izz.
Yang ada kenangan yang tersimpan di lubuk hati paling dalam.
Walaupun pahit untuk ditelan.
Tapi masih ada manisnya kerana allah bagi ibubapa ini sebuah dugaan yang hebat.
Bukan unntuk diratapi tapi untuk dihargai antara 1 sama lain.
Dan arwah izz juga merapatkan silaurrahim antara kita supaya kita mengingati sebuah kematian.


Tidurlah dengan tenang si bidadara syurga.
Doa kami sentiasa mengiringimu.
I.allah ibubapa pasti akan merasa nikmati yang diberi.
Kerana arwah izz adalah tiket mereka ke syurga.
I.allah.

#alfatihah#IZZrizzqi#senyuman manis#