Jejakku,ku jejakmu

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah....

Salam,selamat menyambut maal hijrah.Hari ini aku bersyukur kerana allah s.w.t masih panjangkan usia aku supaya aku boleh memperbaiki diri dari berperangai buruk ke arah kebaikan.Betul la orang kata hijrah merupakan 1 perjuangan untuk diri sendiri.Aku bersyukur kepadaNYA mebuka pintu hati aku untuk memakai tudung.Alhamdulillah,doa seorang bapa dimakbulkan.Pada tahun ini aku mengharapkan ada sinar kebahagiaan kepada aku dan keluarga.Semoga tahun ini lebih bermakna untuk aku memperbaiki kesalahan diri.Selain itu,aku juga mengharapkan allah mempermudahkan dengan apa yang aku rancang dan KAU turunkanlah rezeki yang murah kepada kami,sesungguhnya kami hanya manusia biasa.Ya allah ya tuhanku,hidup dan matiku hanya untukMU.Kau permudahkanlah pekerjaanku,kau makbulkan segala impianku sesungguhNya aku hambamu yang hina.

*sharing is caring...x gitu...

Hari Awal Muharram
atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.(sumber:wiki)

No comments:

Post a Comment