Jejakku,ku jejakmu

Thursday, October 11, 2012

Generasiku OOOOoooOOo

Kalau uols yang add iols kat mukabuka mesti uols nak muntah hijaukan
Koz selang berapa minit confirm iols update status balik
maklum la generasi iols ramai
(subur tak keluarga iols,iols je belum ada rezeki lagi sila doakan disitu!)
Actually,generasi weols nak buat family event tu la iols gigih mencari saudara mara sana sini.
Tapi disebabkan kerjasama(apa yang penting kerjasama)syukur dapatlah create group
"GENERATION HJ ZAINUDIN AND HAJJAH BAEYAM"
Ingat senang nak kumpul family rupanya iman kena kuat ye uols.
Kena bergabung tenaga untuk menjayakan generasi nie.
Untuk generasi-3 yang tak pernah tengok gambar MOYANG uols,kat sini CIK SUE attachkan ye.(ayat nak yahoo mail sajork)
 Nie lah moyang uols okay.Sangat supporting ye uols.Banyak kenangan suka duka dengan arwah so weols yang GENERASI KE-2 memang dapat semua tu.Kalau ingat balik setiap musim durian weols yang generasi ke 2 nie bila mandi sungai tak ingat lapar,nak naik masuk rumah malas makanya arwah atuk akan baling dan hanyutkan durian untuk anak cucu dia supaya tak lapar.Belum masuk lagi,arwah atok buat rakit untuk weols main dekat sungai.Giler superb ada atok macam nie.Yes,weols rindukan arwah sangat.
(Damn,airmata mengalir pulak)
Kenangan manis dengan arwah sangat seronok okay sampai tak boley nak gambarkan tapi my ayah selalu cerita pasal mereka bila eletrik takde.Baru iols tahu kenapa koz kalau cerita pasal kenangan air mata confirm kuar tanpa segan silukan.Nanti iols akan cerita lagi tapi mission kali ini mengumpulkan our generasi untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.Untuk uols yang belum tahu lagi pasal our generasi,sini CIK SU terangkan serba sedikit.
(Kalau nak banyak jom join the family event baru syok!)

1-Paklong family-anak 1orang perempuan 5 lelaki
2-Pak ngah-anak 1orang perempaun 6 lelaki
3-Mak induk-3 orang perempuan 7 lelaki
4-Pak lang(my ayah)- 2 lelaki 2 perempuan
5-Mak tam-1 orang perempuan 3 lelaki
6-Mak teh-3 orang perempuan 1 lelaki
7-Pak dak-3 lelaki 1orang perempuan+1oran perempuan (ecah)
8-Pak cu-2lelaki.

Kagum iols boley ingat lagi berapa orang adik beradik  generasi ke 2(kalau salah jangan marah ye)Masuk generasi ke 3 iols terus tak ingat.Silap haribulan kalo selisih bahu pun belum tentu kenal anak buah sendiri sebab itu kita as a GENERASI HJ ZAINUDIN AND HAJJAH BAEYAM harus follow ke family event.So kerjasama dari semua pihak amat dihargai dan dialu-alukan.terima kasih la uols.
(Undilah iols,motif)

 
Last but not least sila la tagged group or kol sanak saudara kita yang iols tak kenal.Jangan malu jangan segan ini family event lagi ramai lagi meriah.sayang uols la!


No comments:

Post a Comment