Jejakku,ku jejakmu

Monday, November 26, 2012

Petua mengeratkan suami isteri.

Ramai yang iols dengar para suami/isteri merungut bila angka perkahwinan mereka berganjak setiap tahun.So amrilah kita share information nie untuk mengeratkan perhubungan agar semekar dan seharum di awal perkahwinan.Nie bukan untuk yang orang2 lama sajork yang baru berkahwin pown boley praktikkan.Marilah kita lakukan bersama-sama dengan hati yang gembira.

 Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

 Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.


 Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

 
Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

 Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..


 Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.


 Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

 Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

 Solat bersama dan berdoa bersama.

Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.


Bila dia memasak, pujilah masakannya.


 Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.


 Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

Psst:para suami,sila alert dengan iols highlight tu yer.So make sure after this uols ubah la sikit2 yang mana patut kans.!

No comments:

Post a Comment