Jejakku,ku jejakmu

Thursday, November 8, 2012

I will be with you.

(kredit to mr.google)
Hamboi kemain lagikan pepagi nie speaking mat sallehkan.Disebabkan pagi besok mr.darl xde maka iols kena update romantik2 bagi mr.darl xkeruan kat kursus tu.
(niat jahat disitu,sila gelak syaiton)
Mr.darl pergi kursus 3hari dekat Perak so iols boleh berjimba sakan dengan memegang status isteri org ye.Iols dan mr.darl akan berjumpa semula on monday.First time okay,iols ditinggalkan.(nages pretend sat)

Dalam hati sangat seronok okay,boley kuar tanpa rasa serba salah.Iols suka berjimba dengan kengkawan nie tapi dah married nie getting slow sikit tapi tetap maintain la kuar sebulan 3kalikan dengan kengkawan takkan lah nak menatap mr.darl 24/7 kans.Berbalik pada cerita "serba salah" koz kalau keluar time mr.darl ada kat rumah iols kena fikir mr.darl dah makan ke,kalau msage bunyi terus fikir mr.darl suruh balikkah.
(mithali sangat,letak tangan ke dada).

Walau usia perkahwinan weols belum masuk setahun tapi banyak yang iols pelajari.kalu dulu boley kuar masuk rumah suka ati now,kena minta izin mr.darl dulu.Kalau dulu lapar tahan je perut sambil tertido tapi sekarang kena masak untuk mr.darl koz mr.darl ada gastrik so no excuse okay bab masak memasak.Mr.darl pencinta makanan rumah so wajiblah iols masak.
(Kalau sesekali tapau dari rumah my akak tak dikira ye.)

Papepown kehidupan bujang and married nie banyak yang pro dan kontra tapi yang perlu bijak mengawal adalah diri kita sendiri.Takkan lah laki nak kuar lepak dengan kawan2 dia kat mamak tak boley kowt.Giler ko xde life.Muak okay menatap muka masam mencuka dekat rumah 24/7 tak menjana minda langsung.Ada masa pasangan perlu lepak dengan kengkawan buat aktiviti yang mereka minat tanpa ada sekatan pasangan barulah life colourful.

Sebagai isteri,uols perlu tahu apa tanggungjawab kita.Kalau uols nak pasangan uols bertanggungjawab uols pun perlu jalankan tanggungjawab kepada pasangan dengan hati ikhlas.Sesekali masak lauk yang best2 untuk pasagan membuat pasangan menyayangi kita tanpa ragu.Sambil masak tu cuba uols selawat bagi pasangan lembut hati semuakan.Confirm pasangan akan gila dengan "air tangan" seorang isteri.Kalau uols tak pandai masak uols goreng telur dadar pown okay,janji air tangan.Nak pikat suami perlu ikat perut dia dulu uols.Kalau suami dah kenyang,uols minta lah apa confirm dapat.(itu tips,sila praktikkan)

Sebagai penutup,sambutlah suami dengan senyuman.Untuk para suami,bagilah salam sebelum masuk rumah.Kalau salam anda disambut baru masuk koz syaitan akan meragukan pasangan anda.Kalau dah bagi salam lari lintang pukang lah syaitan tu.Tak sempat nak bisik keburukan pasangan.So takde lah kita bertekak sesama sendirikan.Semoga hubungan uols and iols sampai ke akhir hayat and jannah.amin.

No comments:

Post a Comment