Jejakku,ku jejakmu

Thursday, April 18, 2013

Back pain menyerang.

Adoyai,inilah penyakit yang menyerang iols seharian nie.
Semua serba tak kena.
Nak duduk sakit,berdiri sakit,berjalan pown sakit.
Camne nie.
Benda nie normal ke iols jerk ye.

Terima kasih sangat kepada mr.google koz bagi gambar2 tersebut.


Tapi if tanya kakaks yang mengandung semua cakap benda nie normal.
Tapi nak tanggungnya ya ampun.
Baru iols rasa camne lah arwah mak carry iols kesana kesini.
Subhanallah,hebatkan kekuatan yang dibagi olehNYA kepada para ibu.

Tetiba rasa insaf sangat.
Nak nagis pown ada.
Tapi iols bersyukur koz dapat rasa kehebatan dan dugaan semasa mengandung.
Ye lah bukan semua orang dapat rasa kans.
I.allah rezeki uols akan dapat cuma beza cepat dengan lambat jerk.
Ynag penting kita berusaha.

Terima kasih sangat kepada mr.google koz bagi gambar2 tersebut.

Sebenarnya tempat yang paling sakit dekat bahagian yang digelapkan.
Serba salah nak buat keje wey.
Mungkin faktor salah tidur jugak kowt.
Sekarang nak bangun pown susah.
Kena minta pertolongan...hiks2.

So iols pown googlelah cara2 untuk mengatasi masalah sakit belakang semasa mengandung nie:

  • Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
  • Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
  • Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
  • Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
  • Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
  • Elakkan berdiri terlalu lama.
  • Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.(ini faktor jugak nie koz check up baru nie 5kg naik)











1 comment:

  1. Great tips regrading back aches. You provided the best information which helps us a lot. Thanks for sharing the wonderful information.

    ReplyDelete