Jejakku,ku jejakmu

Sunday, April 28, 2013

1st anniversary.



Bila asar semalam berkumandang terdiam iols seketika.
Mana taknye tahun lepas iols masih lagi dalam debaran untuk mendengar lafaz nikah dari mr.darl.
Dan hariini iols sedang kandung our "little love".
Rasa semua bagaikan mimpi.

Bersyukur iols dikurnaikan husband yang banyak mengalah dengan wifey kepala angin nie.
(maklumlah,letak tangan kedada uols)
Iols rasa semua ini bagaikan mimpi kerana diberi suami yang penyayang serta bertanggungjawab untuk mengendalikan bahtera rumahtangga kami.
Setiap keperluan dan kehendak iols dipenuhi dengan senyuman.
Mr.darl tak pernah mengeluh walaupun ada tikanya kecundang dengan api kemarahan.

Kini iols baru tahu erti sebuah kebahagiaan.
Dipenuhi dengan bunga-bunga cinta sambil berpegangan tangan nikmati pemberian dariNYA.
Setiap kesabaran yang diuji masih ada ganjaran yang perlu weols nikmati.


Untuk mr.darl,


MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa

Akulah isteri yang baru terjaga

Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!



2 comments: