Jejakku,ku jejakmu

Friday, March 29, 2013

Hati seorang wanita.

   Wah2,semenjak nie iols nie kena sampuk hantu ke apa yerk koz asyik fikirkan pasal perjuangan wanita2.
(wow wanita sangat okay)
Mungkin semenjak iols jadi isteri orang nie iols mula fikirkan pasal perasaan wanita.
(okay faktor umur meningkat la nie)
Kadang2 kita nie bila jadi isteri,anak,menantu,ibu dalam satu masa banyak membuatkan kita jadi lebih dewasa kans.
Mana taknye walaupun ada masalah still tersenyum sampai ke telinga dan pejamkan mata dengan apa yang berlaku.
Mungkin wanita nie takut nak kecilkan hati orang sekeliling sebab tulah dia suka pendamkan perasaan untuk mengelakkan pergaduhan betul tak??

Kalau uols perasan perempuan nie kalo bergaduh dia mesti diam je.
Malas nak melawan ke apa kans.
Nampak sopan tapi bertempat lah.
Tak kan uols dah kena sepak terajang still nak bersopan santun.
Itu penyakit namanya.

Entah kenapa iols emosional sangat pentang2 nie sebab arini iols baru terbaca 1 artikel pasal seorang isteri.
Kalau uols baca powns rasa sedih.
Bagi yang masih bujang silalah hargai bakal isteri anda.
Bagi para suami hargai isteri anda yang sanggup mengendong perut 9bulan 10 hari ke sana kemari.
Uols bayangkan kalau uols yang mengandung baru uols rasa camne perasaan itu kans.
Kalau wifey minta tolong or rasa nak makan itu ini xyah la nak ngamuk2 bukan dia yang minta tapi anak uols.
(ops,ini bukan situasi iols ini sebagai contoh ye uols)

so marilah kita baca cerita nie sebagai teladan ye uols :)

Kisah Teladan Suami Isteri - Sebelum Semuanya Terlambat...

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.



Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

No comments:

Post a Comment