Jejakku,ku jejakmu

Saturday, May 31, 2014

Arjuna Beta si pelangi.



Puas ak fikir kata2 apa yang harus aku susun.
Untuk mereka membaca  meniti dibibir mulut terpasak terus di otak.
Mungkin aku beremosi lalu ak terdiam seketika.
Dimana kekuatan seorang ibu ini melihat anak kecil ini
Dipenuhi wayar untuk menyabung nyawa yang ada.

Hati aku luruh,
Sesak.
Aku terkapai2 memikirkan kalo ini terjadi kepada aku.
2 3 arini hati aku terdetik.
Ingin berjumpa sang ibu tapi bolehkah aku yang menahan airmata???
Aku manusia cengeng mudah didekati mudah ketawa tapi kalo bab cenggini aku bukan manusia yang kuat untuk memberi kata2 semangat.

Aku memikirkan si ibu melihat anak kecil ini tanpa setitik air mata.
Sungguh kau tabah.
Kau hadapi hari2 yang indah bersama si kecil tanpa ada rasa rungutan.
Tapi hati kau pedih perit untuk meluahkan.
Aku mampu doakan allah bagi kekuatan berganda untuk selesaikan masalah ini.
Permudahkan urusan untuk operate si arjuna tanpa ada halangan.
Ya,itu sahaja yang aku mampu buat.


Entah kenapa aku merasakan baby izz terlalu dekat denganku.
Mungkin sebab aku seorang ibu.
Melihat baby izz tido alangkah aku ingin memeluknya.
Mengucup dahinya.
Tapi aku tiada daya tiada kekuatan.
Sebab aku takut menyakitinya.
Melihat mata ibunya membuktikan semangat si ibu ini kuat.
Cuma ak mampu berdoa si ibu diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga baby izz.
Hanya allah akan memberi keajaiban yang boleh  menyembuhkan penyakit sebab itu aku berdoa kerana DOA mampu ubah semua benda dalam sekelip mata.



Melihat senyuman ini.
Memberi seribu 1 sinar kepada si ibu.
Untuk meneruskan pembedahan demi kesihatan si anak.
Tidakkah uols terdetik andai senyuman ini
juga sedang berlari2 nikmati hari2 mendatang dengan penuh kegembiraan.
Cukuplah dengan huluran bantuan yang sedikit mampu memberi seribu impak kepada si ibu dan anak.
Anggaplah huluran ikhlas uols sebagai hadiah untuk baby izz menjalani pembedahan ini secepat mungkin.
Aku masih teringat kata status si ibu "mendoakan malaysia kalah di piala thomas sedang kita rakyat malaysia berdoa supaya menang"
untuk mendapatkan cuti pada hari isnin.
Tengok betapa bertuahnya izz allah permudahkan urusan beliau
untuk mendapatkan tarikh susulan seterusnya.
Kita sibuk dengan cuti sedangkan hati ibu ini gundah jika malaysia diberikan cuti peristiwa.
Rawatan susulan tarikh akan bertambah sukar jika memasing bercuti
sedang anak kecil ini perlu segera menjalani pembedahan.
Sesiapa yang ingin memberi "hadiah" kepada anak kecil ini.
Ini no akaun si ibu.
Anggap itu rezeki si anak.
Semoga pembedahan dapat dijalankan segera melalui dana ini.
Jika ada sesiapa yang mampu memberi lebihan me ucapkan terima kasih.
Kerana sanggup mengeluarkan sedikit lebihan itu dengan ikhlas.
Semoga allah memberkati uols.
Cuma i is minta uols dokan semoga penderitaan ini berlalu pergi.
Biarlah si kecil izz mampu senyum seperti pelangi.

#baca sambil dengar lagu arjuna beta#
#allah permudahkan urusan mereka#
#dokan si ibu ini kuat hadapi dugaan#







No comments:

Post a Comment