Jejakku,ku jejakmu

Saturday, September 29, 2012

Perasaan.

Perasaan,
Kenapa kau terlalu subjektif,
Kenapa kau selalu libatkan hati,
Kenapa kau ada.

Perasaan,
Kini aku marah dengan kamo,
Dengan keadaan yang melibatkan perasaan,
Yang tiada penghujung tapi sentiasa ada permulaan.

Perasaan,
Kini baru aku erti bahagia,
Kini aku gembira dengan kehidupan,
kini aku mula tahu bersyukur.

Perasaan,
Mengapa kau hadir,
Kau buat aku berdebar dengan keadaan,
Kau buat aku makin keliru.

Perasaan,
Aku semakin hormat dengan kau,
Kau mengajar aku berdikari,
Kau pemberi inspirasi.

Perasaan,
Kini aku gembira kerana kau bagi aku pelbagai rasa,
Sakit itu semangat,
Suka itu unik,
Sedih itu keliru,
Tapi adanya perasaan membuat aku menghargai kehidupan.

sincerely,
hyatt ghapa.

No comments:

Post a Comment