Jejakku,ku jejakmu

Showing posts with label preggy. Show all posts
Showing posts with label preggy. Show all posts

Monday, August 19, 2013

Ragam pak mentua dengan menantu


Nie muka2 kepenatan tunggu iols dekat labour room.
Balik rumah memasing adalah terbungkang.
Kesian tengok depa nie.
Tapi apa boleh buat.
Uols hero iols kans.
Haruslah memasing gagah perkasa.

Yang tak boleh bla depa tido style yang sama.
Tapi irama muzik yang berlainan okay.
Iols balik dari hospital terus mata terbuntang dengan jayanya.
Mana taksnye sempat lelap mata dekat labour room.

Last but not least,i still menunggu "little love"
Yang paling seronok belah iols okay.
Koz dah 3tahun xde baby dalam keluarga weols.
Hope semua dipermudahkan.Amin..

Friday, August 16, 2013

Geram yang melampau!




Bijak sungguh la orang yang buat nie.
Iols terus rasa tak sabar nak peluk cium "little love"
Ya,allah cepatlah KAU keluarkan dia untuk saya.
Doaku semoga kami cepat bertemu.

*main usap perut pujuk suruh cepat keluar :)

Tuesday, August 13, 2013

Breech....berjaya atau tidak?

Saat2 hujung nie tetiba anak iols breech.
Before this iols ada urut.
Tapi little love tetap statik.

Mungkin dah tertulis dugaan ini.
Refer pakar o&g,doktor suruh oprate.
Iols pandang mr.darl terus mata dia bergenang.
Serius weols jadi mental block.

Semua benda menjadi satu.
Yea sayunk,ini kali ketiga mummy tengok walid nangis walaupun walid pandang tempat lain.
1st,mummy tengok walid nangis  time mummy minta putus.
2nd,time weols di akad nikah.
3rd,time decide nak buat operation lahirkan awak.

Bila doktor tanya walid about result.
Walid jawab dengan pertanyaan jugak.
Mummy tahu walid xnak mummy sakit.
So mummy yang decide nak buat EVF.

Walaupun mummy tahu risk yang akan mummy and walid tanggung.
Tepat kol 8.30 mummy dah g labour room.
Walid tunggu mummy dekat luar.
Mummy belagak tenang menuju ke labour room.

Sekali lagi Dr.Nabila dengan Dr.Fadzli terangkan pasal risiko.
Mummy redha dalam terpaksa.
If tak boleh mummy akan digesa bsalin secara c sect.
Bila doktor kata percentage kita adalah 50% berjaya dan 50% adalah gagal.

Kebetulan hari yang sama ada 4orang lagi breech.
Mummy yang ke 2 dimasukkan.
Keluar patient yg 1st,mummy dari jauh dengar perkataan FAILED.

Mummy terdiam terkedu.
Mummy hanya berdoa kita dipermudahkan.
Syukur tak sampai 15minit awak succesfull.

Dengan berterus terang Dr nabila terkejut.
Percentage mummy untuk operation adalah besar.
Ramai yg tersenyum dengan keputusan tersebut.
Dalam diam mummy bersyukur tersenyum gembira.

After 2hour mummy dekat labour room mummy masuk dekat waiting room.
Walid kena panggil dengan nurse.
Mummy ckp succesful EVF.
Terus wajah kerut walid tersenyum riang.

Last but not least,kena balik uma.
Tunggu sakit nak beranak.
Hope awak dengan mummy kuat.
Semoga sakit contraction kita taks lama.amin.


Tuesday, August 6, 2013

Semakin dekat menanti debaran.


Debaran makin terasa,
Hati makin sayu,
Adakah aku dipermudah atau sebaliknya,
Hanya ENGKAU yang tahu,

Dalam diam aku berdoa,
Permudahkan urusanku,
Agar aku dapat menjalani hari mendatang,
Dengan sebuah senyuman,

Ya tuhanku,
Makin dekat makin berdebar hatiku,
Berikan aku kekuatan,
Berikan aku kesabaran,

Ya allah,
Permudahkan aku untuk bau syurgamu,
Supaya aku boleh membimbingnya ke jalan mu,
Supaya aku mampu memikul tanggungjawab yang di amanahkan.

Sunday, August 4, 2013

Doaku Untukmu...Permudahkan Urusanku.

36 minggu???
Yea dah cukup 9 bulan iols carry  "little love".
Tapi last week iols dapat tahu bayi berada dalam keadaan songsang.
Hati dok berdebar boleh ker "little love" berpusing semula.

Takut,sedih semua bergolak menjadi satu.
Semua berperang di dalam minda iols.
Mungkin ada hikmah yang diturunkan.
Tapi iols redha.

Tarikh untuk jumpa pakar dekat Hospital Serdang.
Yea iols kena refer hospital tu.
Makanya sempat lagi iols beraya kans.
Boleh makan ketupat,rendang bagai.

Papepown kena tunggu Pakar.
Adakah iols diberi pilihan??
Itu semua akan terjawab next week.
Xkisahlah keluar menggunakan c-zer or normal.
Janji bayi sihat.

Mungkin iols terfikir2 pasal nie.
Sampai berat turun 1 kilo.
Berat mummy turun tak pe.
Jangan awak ye sayunk.

Papepown mummy suruh walid yang decide.
Semoga semuanya diselamatkan olehNya.




Friday, July 26, 2013

Kembarkah????

Statement tak ingat.
Ramai kalau tengok perut semua tanya twins ker.
Nie iols nak habaq mai,iols xde keturunan twins uols.
Makanya dalam tummy nie sorang je lah.

Kalau pegi kk untuk check up ramai suka pegang perut.
Comel katanya.
Iols pulak comel jugaks nak bawa.
Tapi redha je la kans.

Sekarang nie nak dekat hujung2 bersalin iols kuat berjalan la pulak.
kalau dok rumah gelisah jerk.
Hati nie asyik fikir nak kesana kemari.
Kalau dapat kuar tu rasa nikmat sangat.

Orang kata kalau kuat berjlan nie senang bersalin.
Tak tahulah betul ke taks.
Tapi harini iols akan pastikan iols berjalan.
Nak beli jamu uols bukan nak beli brg raya pown.

Tapi kalau ada yang berkenan amik jugak la kans.
Sat iols confused pulak tajuk pasal kembar pastu yang bawah pulak pasal raya.
Mana 1 iols nak cerita pown tak tahu la.

Nie pown dok fikir kalau meleto0p jangalah mlm raya.
Maklumlah time tu busy kans.
Tapi kalau nak kuar jugak teran je lah kans.
Tak sabar nak tengok face anak mummy nie.gerams!

Papepown iols beraya dekat kajang je la.
Pegi rumah mentua pastu pegi rumah ayah.
Paling wajib kena pergi rumah "mak".
Lama dah takg sana.
Hanya doa dapat kukirimkan.

-al-fatihah emak,ampunkan segala dosa2 orang.doakan orang kuat macam emak ye.Amin-

Thursday, July 25, 2013

35 WEEK

Lately kondensi iols tak berapa nak memberangsangkan.
Asyiklah demam.
Dengan little love main surf dalam perut lagi.
Tapi syo0k wo00 tengo0k perut berombak :)

Sekarang nie tengah dok hidu vicks.
Hidung tersumbat.
Rasa nak korek guna ibu kaki jerk.
Nak tido pown payah.

Sekarang nie kalau rasa air kuar je iols dah risau.
Maklumlah anak pertama,xde experiance  lagi.
Rasa macam ada kuar air sikit2.
Tanda pown dah ada.

Makanya iols kena bersedia dari segi fizikal dan mental.
Hope semua dipermudahkan.
Next week check up petang.
Harap2 semuanya okay.

Hati berdebar2 tapi teruja.
Hope iols dapat deliver normal.
Nak rasa kesakitan dia.

Mood raya adalah kelaut okay.
Xde pown kms2 rumah.
Selamat lah mr.darl dah cat rumah awal2 lagi.
So nampaklah beraya sikit.

Kalau harap iols xde maknanye.
Tak larat taw.
Tapi gigih berjalan sana sini.
Baju raya tak yah cakap la kans.

Sekarang mr.darl sibuk cakap ngan little love.
Namo nakal2 dalam tummy mummy.
Cepatlah kuar koz walid tak sabar nak berjaga malam katanya.
Tak pe2,mummy tengo0k siapa yang jaga "little love"

Nama "little love" dah ada.
Hanya weols je yang taw nama dia.
Kalau pegang perut sambil panggil nama siap gerak2 lagi.
Tak sabar mummy nak gigit awak nie sayang oit.

Papepown iols memohon ampun jika iols terkasar bahasa.
Doakan iols dipermudahkan ketika bersalin.
Mr.darl pulaks dah sedia air selusuh.
Tunggu masa je lah nie.

Wednesday, July 24, 2013

Deliver oh Deliver

<5 cara pendekkan proses bersalin>
1. Jauhkan diri dari katil. Berdiri atau melutut ketika proses bersalin berlangsung menggalakkan bayi ‘turun’ ke saluran peranakan. Perbuatan ini menambah tekanan kepada serviks untuk merangsang ia merega
ng dengan lebih cepat.

2. Elakkan epidural. Tahukah anda bahawa epidural sebenarnya hanya memanjangkan lagi tempoh proses kelahiran.

3. Kekalkan tenagan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengambil snek berkhasiat yang kaya karbohidrat dan jus buah-buahan segar.

4. Tenangkan diri. Jika panik, proses kelahiran akan lambat bermula.

5. Berjalan-jalan. Jangan hanya berbaring di atas katil. Sebaliknya lakukan pergerakan dengan berjalan-jalan kerana ia boleh merangsang bayi bergerak ke saluran peranakan.

Wednesday, July 17, 2013

34 weeks

Syukur dah masuk ke 34 minggu iols preggy.
Dan semalam my little love bagi sweet reminder sajork.
Dia buat budak opis iols menggelabah seketika.
Mana taksnye rasa cecair keluar sedikit.

Pergi check doc beritahu kemungkinan sebab iols puasa.
So disebabkan takut effect dekat "little love" iols berbuka.
Takpe,demimu anak mummy sanggup ganti puasa.
Dah tak boleh nak buat camne kans.

Mengandung di bulan puasa pada fasa ke-3 sangat mencabar.
Sekejap2 uols akan rasa perut mengeras.
Belum lagi dia bergerak2.
Tapi selagi mummy larat mummy tahan ye sayunk.

Sekarang antara 34-36 baby akan songsang.
Ye little love sekarang sedang sonsang.
Tengah usap2 perut supaya bila tiba masanya "little love" berada di kedudukan sebenar.
Nak elak caesar,kalau boleh.
(papepown kuasa tuhan)

Tapi doc dah remind tanda2 hampir bersalin sudah ada.
Iols harus bersedia dari segi fizikal dan mental.
Papepown mummy dengan walid dah bersedia dan tak sabar nak jumpa awak.

Sekarang mummy memang stay dekat rumah my ayah.
Koz tok ayah risau dengan keselamatan iols.
Makanya mr.darl terpaksa ulang alik sama ada ke rumah kami or rumah my ayah.
Redha je la kans.

Papepown hope keadaan "little love" baik2 sahaja di dlm tummy mummy nie.
Mummy berdoa 2 minggu dari sekarang awak janganlah sonsang ye sayang.
Mummy taw awak kans anak yang baik.
Nanti bila kuar walid ajak pegi bercuti ye.
Walid tak sabar nak berjalan bertiga as a complete family :).i.allah.
 


Saturday, July 13, 2013

Doaku untukmu.


Semenjak iols preggy naluri mummy iols semakin kuat.
Mr.darl pulak tak yah cakap la.
Asyik la usap2 perut kata ngan "little love" cepat kuar.
Nak ajak g jengjalan katanya.

Tapi yang best if walid "dier" pegang mulalah diam jerk.
good job sayang.
Walid boleh tengok perut mummy gerak2 sajork.
Itu yang buat walid jealous.

Hope weols boleh jadi parent yang terbaik untuk anak weols.
Weols dah decide how to manage our children in daily life.
Harap2 berkesanlah kans.
Koz weols mempunyai background yg berlainan ketika pembesaran.
So weols decide nak combine dan practice untuk anak weols nanti.

Maybe camnie lah parent kita dulu kans.
Mula2 dah terfikir untuk perkembangan bayi mereka.
Kita sekarang nie asal boleh jerk.
Naik tangan tak yah cakap la kans.

Papepown memasing ada cara tersendiri untuk mengajar anak2.
Kalau boleh if ada org tegur kesalahan anak kita tak yah nak kecik hati.
Kita as a parent sayangkan anak sampai tak nampak kesalahan yang dibuatnya.

Finally,as a parent to be kita harus banyak membaca untuk tambahkan ilmu.
Maklumlah semangat nak "manja" kan anak tu terlebih sikit kans.
Papepown uols harus back to basic untuk ajar anak2 kita.
Bak kata orang "lentur buluh biar dari rebungnya"

Friday, July 12, 2013

Puasa Dan Hamil

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. 

Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:

Bagaimana dengan wanita-wanita lain?

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa. 

Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu. 
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul. 

Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui. 

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin. 

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?

Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan. 


http://www.babycenter.com.my/a1029032/berpuasa-semasa-hamil#ixzz2YoXQfqOd

Thursday, July 11, 2013

tanda-tanda nak bersalin

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Rmadhan yang ke-3.

Alhamdullilah,masih kuat lagi untuk menunaikan kewajipan sebagai umatnya.
Tapi tahun nie tak g terawih pown.
Maklumlah bila kaki dah bengkak kemalasan melanda.
Makanya kita duduk dekat rumah sajork.

Bila buka puasa je mr.darl dok jeling2 suruh makan kurma.
Iols bukanlah jenis pemakan kurma dengan kismis.
Tapi semenjak preggy nie iols boleh telan dengan jayanya.
Siap boleh makan 3 hingga 4 biji okay.

FYI,iols memang berbuka dengan bersahur dekat rumah my MIL.
MIL dengan FIL suruh berbuka je sana.
Katanya tak yah masak,makan berdua je kowt.
Iols dengan "little love" boleh lompat bintang disitu.
(little love confirm menari2 dlm tummy mummy kans)

Selalunya iols akan tanya my MIL masak apa.
Maklumlah bila orang berbudi biarlah kita berbahasa pulak.
Walaupun uols punya family in laws kans.
Bukan my mil berkira tapi kesianlah semua benda my mil dah buat tak kan iols just balik makan jerk.(mahu kena panah petir)

Time sahur taw2 semua dah sedia.
Nak tolong pown my mil kata tak yah.
Tapi harus jaga hati kans.
Ringan2 kan tangan tolong angkat pinggan ke hapa.
(jangan nak guna alasan preggy ye uols)

Pas bersahur semua iols akan balik ke rumah weols semula.
Makanya iols lepas berbuka puasa akan transit bermalam dekat rumah my mil.
My mil takut iols meletup koz mr.darl sekarang busy dok bengkel tolong member dia.
(side income,dasar bini mata duitan)

Papepown my adik2 ipar sangat bekerjasama okay.
Diaorang pown macam xsabar nak tunggu anak buah dia keluar.
Hope semua berjalan lancar.
Sekarang nie pown sikit2 ke toilet walaupun baru 34week.
Harus berjaga2 kans.
sat2 kalo rasa "air" kuar harus check.