Jejakku,ku jejakmu

Saturday, September 6, 2014

Mungkin ini dinamakan cinta



Masih mami ingat saat ini.
Tak mungkin pernah terpadam sebuah memori.
Mami menunggu awak di katil.
Walid pandang mami tersenyum.
Betapa indah saat ini.
Hanya airmata mengalir betapa kami bersyukur dengan kehadiran awak.
Dan hari ini awak cukup setahun.
Mami masih lagi menangis kegembiraan.
Kerana allah izinkan mami menjadi seorang ibu.
Allah,banyak benda mami belajar dari awak.
Sungguh awak anugerah yg sempurna AISY NIFAIL BIN ANUAR.

Cepat sungguh masa berlalu.
Mami rasa mami perlu lakukan sesuatu untuk kita.
Mami jeles dengan ibu2 yang lain membesarkan anak di depan  mata.
Bukan mami kolot tapi mami puas kalo awak sentiasa ada depan mami.

Mami tak akan janjikan kemewahan sepanjang pembesaran awak.
Bukan mami berkira.
Mami takut andai mami tak mampu untuk bagi "sesuatu" yang awak dambakan nanti.
Cukuplah mami bagi sebuah kebahagiaan.
Mami taknak andai satu masa awak terbiasa mendongak.
Sebab mami takut jika awak tersungkur mami tiada disisi.

Mami taktaw nak cakap betapa mami sayang awak.
Yang mami taw kalo mami berkedip mata walaupun sesaat awak yang mami bayangkan.
Mami boleh bau awak kadang2 kat opis.
See betapa hebatnya aura awak dekat mami.
Mami tak kisah haih walaupun perut mami masih ada parut.
Melihat sebuah senyuman dari awak membuat mami agau okay.

Doa mami,
semoga allah mampu hadap segala liku hidup.
mampu menjaga bakal adik2 awak dengan baik.
menjadi anak yang bijak pandai dari semua aspek.
mengikut amalan sunnah rasulluah.
terhindar dari anasir2 jahat.
diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.


#yang buat mami terharu,membesar awak sangat mudah#tak banyak ragam#



No comments:

Post a Comment