Jejakku,ku jejakmu

Sunday, October 24, 2010

Bermulanya Disini

Aku bukan la PENULIS terhandal untuk mengarang sebuah cerpen.Aku hanya manusia biasa yang inginkan KEBEBASAN UNTUK MENULIS.Setiap penulisan ada rangka ceritanya sendiri yang bezanya cara penyampaian dan penerimaan pembaca.Tak guna kita riuh sekampung tapi isi yang disampaikan hanya khayalan semata-mata yang penting kita ikhlas untuk luahkan kerana setiap kejujuran merupakan KUNCI kepada KEJAYAAN.Oleh itu,aku tidak perlu TAKUT untuk menulis malahan MEMBENCI kerana setiap penulisan mempunyai kreativiti untuk menarikkan penceritaan kerana setiap penceritaan mengajar kita menjadi lebih KUAT untuk menghadapi KENYATAAN.Siapa kata penulis blog tidak menggunakan otak untuk berfikir??BoOOhONG!!Ianya 1 penipuan kerana setiap yang dilaluinya seharian perlu diceritakan dan diolah untk menjadikan BAHAN BACAAN kepada pembaca SETIA.Hanya penulis BLOG saja yang tahu ape yang mereka rasakan dan laluinya.Kita suka menuding jari jika tersalah langkah tapi kita tak pernah mengakui setiap KESALAHAN yang kita lakukan kerana kita seorang PENAKUT kerana memikirkan apa yang ORANG cakap tapi kita tak pernah sedar malahan bangkit dari setiap cemuhan orang untuk kite BERJAYA mengharungi setiap CABARAN dengan SENYUMAN.Kita hanya menilai setiap penulisan yang ada tetapi kita tak pernah hargai dan terokai kerana kita takut digelar "FOLLOWER".Kita terlalu takut dengan diri sendiri sedangkan kita juga manusia biasa yang inginkan sebuah kehidupan yang penuh dengan KETAWA ria tapi setiap KEGEMBIRAAN pasti ada kisah KESEDIHAN dan setiap KELAHIRAN pasti ada KEMATIAN dan setiap pengakhiran pasti adanya PERMULAAN.Dengan ini,saya tuan blog MERASMIKAN blog ini tanpa rasa khuatir dengan LANGAU yang akan muncul tanpa SEGAN SILU.

No comments:

Post a Comment