Jejakku,ku jejakmu

Tuesday, January 25, 2011

Bila bintang tidak bersinar



Emak,kau bagaikan bintang bersinar diawan kini malap tanpa serinya.Emak,kau pergi meninggalkan semua serta membawa semangat saya bersama.Dimana setiap pagi dan petang saya bangun sediakan makanan serta suapkan emak.Sekelip mata ianya pergi.Tidak pernah terfikir emak pergi secepat ini.Bukan saya tidak meredhai pemergianmu emak,cuma saya terkilan tidak sempat untuk menyambut hari ulangtahun ke 56 emak untuk kali ini dengan duit hasil titik peluh saya. 

Emak,baru seminggu yang lepas saya menyatakan hasrat untuk berkahwin dan berhasrat emak ada bersama-sama meraikan hari perkahwinan saya nanti tapi saya hanya merancang allah lebih mengetahui.Saya redha bila tibanya hari perkahwinan saya emak tiada disisi meraikannya bersama-sama saudara mara.Paling saya akan berasa kehilangan apabila tiada tangan untuk dicium dan dipeluk selepas sah dijadikan sebagai isteri.

 

Emak,mungkin tiba hari tersebut tiada lagi dengar suara orang marah cucu-cucu kerana bermain di tangga.Tiada siapa yang mengingatkan saya tanggungjawab sebagai isteri dan menantu.Sungguh saya tidak dapat merasa semua itu kerana ianya hanya khyalan.Saya tak tahu macammana perasaan saya bila tibanya hari itu.Kuatkah saya hadapi semua ini.


Emak,saya sangat terharu apabila emak sempat berpesan kepada ayah untuk menguruskan perkahwinan saya.Walaupun di saat terakhir pemergianmu,emak masih memikirkan tanggungjawab emak untuk melepaskan saya.Insyallah saya akan turuti segala permintaanmu untuk kali terakhir tapi saya akan berasa kehilangan apabila tiba harinya emak tiada disisi.Hati saya sebak perit pedih mahu saja saya menjerit tapi saya masih ingat allah.
 

Mungkin setiap apa yang dirancang pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Saya tahu walau banyak mana pun airmata mengalir jasad emak pasti takkan bersama saya bila tiba harinya.Cuma roh dan doa emak mengiringi saya pada hari bahagia saya.Cuma saya perlu kuatkan semngat serta tabah menghadapi dugaan ini dan redha pemergianmu.Pada saya,setiap malam ada bintang bezanya bintang itu tidak bersinar seperti selalu kerana bintang itu membawa semangat saya pergi bersama untuk selama-lamanya.Dan tiada lagi panggilan emak untuk saya memanggil..

Al-fatehah untukmu emak.

Monday, January 24, 2011

Kau pergi jua

Ya allah Ya tuhanku...Aku berlindung dengan kalimah laiilahaillallah kau tabahkanlah hati kami sekeluarga untuk menempuh hari mendatang tanpa insan yang tersayang.Kau tempatkanlah emakku di golongan orang beriman.KAU sudah menjanjikan yang semalam arwah meninggalkan kami dan aku meredhai pemergianya.Bohanglah aku tak bersedih dan kowank mesti pelik nape aku dalam situasi begini aku still boleh update.Tiada perasaankah aku?Tapi aku pedih perit sesak menahan segalanya kerana ingin meluahkan apa yang terpendam.Tapi tunggulah keadaan aku stabil.

Mu mum telah menghembuskan nafasnya tepat 10.00am pagi pada 21hb.january.2011(hari isnin).Bersyukur dengan ke hadrat illahi setelah menderita penyakit arwah selama 2 tahun akhirnya arwah pergi dengan sekali lafaz mengucap dua kalimah syahadah dengan mudah.(alhamdullilah)Aku bersyukur arwah meninggal disisi aku dan sempat mengajar beliau mengucap.(bukan nak cakap aku baik)Segala urusan pengebumian beliau amat mudah hanya aku terkilan arwah tak sempat untuk merasa duit gajiku.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Yang pergi tetap pergi tetapi yang pergi tiada gantinya.Doakan aku tabah untuk hadapi kehidupan tanpa arwah.Semoga roh arwah mak dicucuri rahmat.AL-fatehah.

Sunday, January 23, 2011

Kalau itu takdirnya

Sejak akhir nie aku mula kurang update blog,aku baru nak menyesuaikan diri dengan keadaan yang kelam kabut.(alhamdullilah baru dpt keje)So aku juz nak minta kowank yang baca blog aku nie mendoakan rezeki untuk aku pada tahun ini yea.Now baru aku rasa camnea mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.To my sister and A'an ismail thankz also my BIL ko0z banyak bagi sokongan dan dorongan i.allh aku tak lupakan kowank.For my mum&dad doakan perjuagan anakmu ini sesungguhnya setiap langkahku ini diiringi doa kalian berdua :)

P/s:
Ya allah ya tuhanku,KAU murahkanlah rezeki NORHAYATI ABDUL GHAPA pada tahun ini sesungguhNYA KAU lebih mengetahui dengan apa yang dirancang serta KAU lapangkanlah dada serta fikirannya agar setiap pekerjaan yang dilakukan dipermudahkan olehMU.AMIN.

Wednesday, January 19, 2011

Belajar sambil bekerja????

KENAPA EKSEKUTIF DIPLOMA UUM
Program Diploma Eksekutif telah direkabentuk dengan kerjasama Pusat Pembangunan Eksekutif Universiti Utara Malaysia khusus bagi para pekerja yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap kemahiran dalam bidang pekerjaan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan peluang kerjaya dan kenaikan pangkat dengan melatih para perserta supaya layak untuk memegang jawatan yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi.

KEISTIMEWAAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

~ Sukatan Pelajaran berdasarkan keperluan industri
~ Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelulusan
~ Kelas pada hujung minggu
~ Peluang peningkatan dalam kerjaya
~ Penilaian melalui tugasan dan kerja kelas
~ Satu modul dikendalikan di UUM, Kedah

JANGKA MASA KURSUS
~ 15 bulan

SYARAT KEMASUKAN
~ SPM dengan minima tiga tahun pengalaman bekerja*.
~ Kelayakaan akademik lain yang diiktiraf oleh UUM.
   *Tertakluk syarat-syarat ditetapkan

KAEDAH PEMBAYARAN/METHODS OF PAYMENT
~ KWSP /EPF
~ Bulanan / Monthly Instalment
~ Tunai / Cash

Program yang ditawarkan; 
Executive Diploma in Business Management & Leadership
Executive Diploma in Human Resource Management
Executive Diploma in Manufacturing Management
Executive Diploma in Office Administration

Yuran Kursus
PendaftaranRM 250.00 (register)
Yuran kursus RM 7,700.00

Kuliah

Sabtu 9.00 pagi – 7.00 petang
Ahad 9.00 pagi – 7.00 petang


Lokasi Kuliah
 KAJANG SENTRAL near UNIKL 

Pertanyaan dan Permohonan Hubungi:

Hayati Ghapa
Mobile: 012 – 2044552

Bile cerita itu basi

See seyesly aku sekarang sangat la busy tapi aku pown tak tahu kenapa la kan.Sampai nak try tudung yang KAK JEMAH hantar pown tak sempat.(tipo bukan kak vp hantar tapi post kan)For your information,after habis belajar aku duduk KAJANG balik that why aku p amik barang sikit dari KAJANG_SHAH ALAM_KAJANG (tapi ada melencong sikit la sebelum balik kan) so kowank layan la sikit picca time di S.A (perut da lapar so makan dulu la sebelum p IKEA)
 Asal la gambar nie first buat aku terliur jew....(oooH ayam penyet meh datang dalam mimpi aku malam nie meh)




Layan jew r gambar my sister family.Semua tengah kebuluq..hahahhaha(ayat x boleh bla)Yang paling sadis tuan belog amik gambar diaowng ko0z meke tak pandai guna kamera gedang aku nie..huish stressss....Tapi untuk tatapan my follower aku bagi tepek juga.Tak market la cmnie kan..hahahahhaha(matik la aku)

Actually restoran nie terletak di seksyen 7 shah alam so sape2 pernah pergi JAKEL SHAH ALAM wajib pergi koz makanan sangat superb sedap and pedas(memang pedas amaran keras dari kerajaan).Kalo tak tahu gak die sebaris kedai upin dan ipin and very near BUTIK HATTA DOLMAT(bile i bole jumpe u..hahahah).Lastly tak salah aku die juga ada d'bangi tapi tak tahu la fasa berape.Kowank p google sendiri la :)

Monday, January 17, 2011

Busy bee

This week sangat penat ko0z aku sangat busy.(org tak tanya pown)Kowank nak tahu apa aku buat dalam last weekend???


  • Berjalan sampai tak tahu penat.1 ikea aku pusing nak cari benda yang berkenan dihati.
  • Menyelesaikan masalah peribadi :)
  • Tiba-tiba rajin nak kemas bilik siap alih-alih perabot(ada tak mak-mak baca nie boleh jadi menantu)
  • Minggu asyik kuar makan(patutlah kurus)
P/s:gambar ikea  dan makan2 akan di update puas aku cari kebel mana ntah aku letak...gEEeeeEEEeraaaMMM.!

Saturday, January 15, 2011

Percubaan pertama.

Hari nie tiba-tiba aku nak masak LAKSAM.Nie percubaan pertama aku kowank bole la layan gambar sat g.Bersyukur koz menjadi dan tiba-tiba hati berbunga2.
First ofcoz aku kena sediakan kuah die kan....sowy la kelihatan comot disitu(selekehnya aku uat keje).Da campur semua bahan kasi dia mendidih and biarkan sajork :)
Mee laksam nie sangat lawak koz ada cerita disebalik tabir (aku nak gelak dulu bole....hahahhahahha) nak dijadikan cerita aku uat laksam with my sis so aku aku pown bacalah resipi sampai aku faham(cam study dulu before exam)entah camna aku remind my sis uat mee tu kena atas tudung periuk so my sis gigih la memcari tudung periuk entah camne takde yang kecik semua besar-besar.So0 die usha punye usha nampak la kuali untuk uat roti jala pastu my sis dengan segera amik minyak and buat.For your information,my sis buat sebijik macam lempeng(kowank kenal tak lempeng???kalo tak tahu buat2 faham occay sambil angguk kepala)pastu mysis pandang i kata "pahal lak mee nie cam lempeng setelah digulung"tapi still teruskan uat samapi habis tepung and hancur koz tak jadi.Baca punye baca balik sebenarnya tepung tu kena kukus bukan digoreng gelak besar la kitaowg kat dapur.Sampai sekrang nak gelak.

Da siap mee and kuah so kena ada bahan-bahan seperti di atas untuk nampak lagi sedap.Actually,siapa yang tak pernah makan laksam so i juz boleh bagitaw rasa dia like laksa kedah(dapat bayangkan tak?)Finally da ada semuanya bahan2 seperti tadi boleh la dihidangkan untuk minum petang sangat best wo0.Seriously,laksam ni senang je nak uat bukan susah pown yang rumit time nak kukus untuk dijadikan mee itu(memang menguji kesabaran la koz kena gulung time panas)
 Tadaaa,da siapkan.Nie aku letak dalam Tupperware ko0z nak bagi cousin yang duduk kat hujung jalan simpang rumah aku.