Jejakku,ku jejakmu

Friday, October 12, 2012

Hal kelambu!

Mungkin iols terlebih teruja ataupun sebab iols baru kawen pown iols xtahulah tapi iols
bersyukur koz dapat friend,enemy,criminal crime and also husby yang sangat penyayang.
Seriously selama iols kawen dan berkawan nie weols memang jarang bergaduh koz kalau bergaduh
masing-masing mesti guna teknik menggoda antara satu sama lain
 (giler ko xgoda,malam xkan nak peluk bantal pelukkan nie time kawen la..time kawan dulu lain pulak cara)

Tapi bagi orang yang baru rasa nikmat kahwin nie rasa teruja dia lain macam la.Mana taknya iols sangat over ye masak itu ini untuk mr.darl.Kalau iols makan confirm ingat dekat mr.darl dia dah makan ke belum.Mana taknye perut laki harus kena jagakan uols.
Takkan dia nak pergi kerja dalam keadaaan lapar dah tentu2 laki ko cari nafkah keluarga yang wifey2
xbuatkan breakfast.Jangan laki ko iols kalau jadi laki pun angin.Kalau sehari dua takpe kalau hari2 sampai bertahun mahu dapat makan penagan bukan sekali tapi berkali-kali.
(giler tak bake up kaum hawa kan iols nie)

Bukan tu jerk,kalau mr.husby pergi keje uols jangan la xsalam gaduh macammana pun uols salam lah mana tahu uols tak salam pagi tu tetiba tengahari dapat kol kata laki uols mati tengah jalan(giler menyesal uols)Dah xdapat mohon maaf pastu uols mengilai macam kak ponti belum tentu laki uols bangun.Next,sebelum tido uols minta maaf la dekat laki uols kita mana tahu nyawa kita kena ambil time tido mana ko nak minta maaf.(menyesal tak berguna la uols)

Iols bukan nak nasihatkan uols,iols pun kadang2 terlupa nak salam tapi kiss harus ada uols
(dasar kucing parsi memang cenggitu).Iols pun belum layak nak nasihatkan uols koz usia perkahwinan iols masih mentah tapi iols hanya boleh menasihati dan mengingati je uols.Tak semestinya iols muda iols tak boleh nasihatkan uols yang tuakan.

Tapi kalau boleh hal kelambu tak yah la uols nak tayang kat mukabuku malu la kan.
Takut naty yg dok pikiaq nak kahwin cancel last minit koz uols dok tayang perihal kelambu.So iols bercerita secara general dan tidak ada kena mengena antara hidup atau mati so pada silent readers yang kena batang hidung sendiri iols minta maaf la.

As a new bride rumahtangga nie sangat la manis kalau uols pandai handle problem.Apa yang penting komunikasi lagi satu tok para wifey kalo jiran sebelah dok tukar ganti barang perabot ke beli kereta baru ka takyah lah nak tukar jugak.Uols pun tahukan beras semangkuk tak boleh nak makan tok 50 orang,ikut perbelanjaan la uols.

Last but not least,jangan fikir nak kahwin je,nak sedap memalam fikir jugak selepas perkahwinan.Barulah uols bahagia dengan pasangan nie dok hutang keliling pinggang hari2 la uols bergaduh.Kalau ada anak lagi la naya ye uols.Dalam kes nie suami perlu jalankan tanggungjawab yang isteri perlu main peranan.

Sini iols ada 2situasi pasal perkahwinan,so uols ada otak silalah fikir dengan sedalamnya.Janganlah uols fikir perkahwinan nie susah,yang susah sebenarnya manusia koz suka rumitkan keadaan dan buat masalah.

situasi 1.
Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya...
Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum.
Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya)
Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu)
Emmm..Baru manis!!! ^^,


*tengok gile bahagiakan cenggini.

 
situasi  2.
ISTERI : abg ape kte mlm ni kte xpyh tdo sme2.. abg tdo lua, ayang tdo dlm blik

SUAMI : knpe syg..

ISTERI : ha.. ayang ade 1 prmainan, ayang catatkn smue kburukan abg sbyk mgkin dn abg pun catatkn tntg kburukan ayang sbyk mgkin!esok pg kte bace blik tntg ape yg kte dah tulis tu..

SUAMI : ok.. mlm tu si isteri senaraikan tntg kburukan suami die smpai xtdo.. suami die di ruang tamu pun x tdo.....
.hgga ...ke pg wktu sarapan,,

ISTERI : ha, mcm mne, spe nk mulakn dlu???

SUAMI : ayang dlu mulakn..

ISTERI : ok abg dgr tau.. (sambil mngeluarkn 2,3 helai kertas yg dicatat nya mlm td)

ISTERI : abg x romentik... abg x pndai pujuk.. abg bla bla bla.. bla bla bla.. ok dah, skang abg plak..!

SUAMI : (die mngeluarkn 3,4 helai kertas yg kosong...) abg mntak maaf.. abg takde ape yg abg dpt senaraikn tntg kburukan ayg.. sbb abg trima ayg seadanya dan sgala kburukan ayg abg sentiasa maafkn.. dn abg mntak maaf klau abg xsempurna di mata ayang..

 
ISTERI : * dgn rasa terharu & brsyukur sgt kat Allah sbb dah bgi die Suami yg baik, dtg kpada suami dan peluk suami *
 
*tengok kadang2 wifey nie suka imaginasi laki dia tu perfect sedangkan diri sendiri ada keburukan tak nampak.
 
 
nota senyum:
gambar tak de kena mengena dalam cerita tapi sekarang topik husby & wifey so weols nak nyelitlah.Doakan rumahtangga weols sampai ke jannah.amin

Thursday, October 11, 2012

Generasiku OOOOoooOOo

Kalau uols yang add iols kat mukabuka mesti uols nak muntah hijaukan
Koz selang berapa minit confirm iols update status balik
maklum la generasi iols ramai
(subur tak keluarga iols,iols je belum ada rezeki lagi sila doakan disitu!)
Actually,generasi weols nak buat family event tu la iols gigih mencari saudara mara sana sini.
Tapi disebabkan kerjasama(apa yang penting kerjasama)syukur dapatlah create group
"GENERATION HJ ZAINUDIN AND HAJJAH BAEYAM"
Ingat senang nak kumpul family rupanya iman kena kuat ye uols.
Kena bergabung tenaga untuk menjayakan generasi nie.
Untuk generasi-3 yang tak pernah tengok gambar MOYANG uols,kat sini CIK SUE attachkan ye.(ayat nak yahoo mail sajork)
 Nie lah moyang uols okay.Sangat supporting ye uols.Banyak kenangan suka duka dengan arwah so weols yang GENERASI KE-2 memang dapat semua tu.Kalau ingat balik setiap musim durian weols yang generasi ke 2 nie bila mandi sungai tak ingat lapar,nak naik masuk rumah malas makanya arwah atuk akan baling dan hanyutkan durian untuk anak cucu dia supaya tak lapar.Belum masuk lagi,arwah atok buat rakit untuk weols main dekat sungai.Giler superb ada atok macam nie.Yes,weols rindukan arwah sangat.
(Damn,airmata mengalir pulak)
Kenangan manis dengan arwah sangat seronok okay sampai tak boley nak gambarkan tapi my ayah selalu cerita pasal mereka bila eletrik takde.Baru iols tahu kenapa koz kalau cerita pasal kenangan air mata confirm kuar tanpa segan silukan.Nanti iols akan cerita lagi tapi mission kali ini mengumpulkan our generasi untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.Untuk uols yang belum tahu lagi pasal our generasi,sini CIK SU terangkan serba sedikit.
(Kalau nak banyak jom join the family event baru syok!)

1-Paklong family-anak 1orang perempuan 5 lelaki
2-Pak ngah-anak 1orang perempaun 6 lelaki
3-Mak induk-3 orang perempuan 7 lelaki
4-Pak lang(my ayah)- 2 lelaki 2 perempuan
5-Mak tam-1 orang perempuan 3 lelaki
6-Mak teh-3 orang perempuan 1 lelaki
7-Pak dak-3 lelaki 1orang perempuan+1oran perempuan (ecah)
8-Pak cu-2lelaki.

Kagum iols boley ingat lagi berapa orang adik beradik  generasi ke 2(kalau salah jangan marah ye)Masuk generasi ke 3 iols terus tak ingat.Silap haribulan kalo selisih bahu pun belum tentu kenal anak buah sendiri sebab itu kita as a GENERASI HJ ZAINUDIN AND HAJJAH BAEYAM harus follow ke family event.So kerjasama dari semua pihak amat dihargai dan dialu-alukan.terima kasih la uols.
(Undilah iols,motif)

 
Last but not least sila la tagged group or kol sanak saudara kita yang iols tak kenal.Jangan malu jangan segan ini family event lagi ramai lagi meriah.sayang uols la!


Tuesday, October 9, 2012

Lessword for this week.

 

 

 


Bantuan bantuan Bantuan

Today iols baru nak try petua yang nabil and wifey dia gunakan iaitu buah kurma dengan susu.Uols dah try,ke iols lambat dari uols nie(sungguh x IT iols nie)So iols perlukan doa dari uols untuk weols.Hope allah akan perkenankan doa weols.Yang baik datang dari DIA,yang buruk datang dari iols sendiri.Bagi yang mahu mencuba sini iols share macammana nak buat.So marilah kita berusaha bersama-sama.Amin.


Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran
kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

Saturday, October 6, 2012

Rahsia Bulan Kelahiran

Semalam iols tidur rumah my sis koz my ayah xsihat kebetulan semalam weols ada celebrate birthday mr.darl with my niece.Mr.darl belum habis majlis dah tersungkur depan tv koz hari jumaat malam sabtu mr.darl merajuk dengan iols koz tak wish birthday dia makanya dia tengok tv sampai la kepagi.Khelas penangan merajuk mr.darl,kalau iols tangankan baru taw.hehehe
(iols memang sengaja okay!)

So pagi tadi bangun2 my ayah cakap
"nuar nie perangai macam sebijik ayah,xkeras hati.jenis fikir masa depan dan keluarga.one more thing,xcakap meninggi(kalo mr.darl cakap meninggi bukan my ayah reject iols pun okay!)"
Terus iols rasa nak muntah hijau time tu jugak okay.Tapi dalam hati syukur dengan jodoh yang diberikan olehNYA.Amin
Mana taknye dulu before weols kahwin my ayah punya ego tak yah cerita lah tinggi mengalahkan KLCC tapi rupa-rupanya after we decide nak married ayah boleh menerima keadaan dengan hati terbuka.
Uols jangan tak caya mr.darl terima dugaan dari my ayah banyak sangattttttt.
(xsoh nak cite okay,terlampau)
Bagus jugak ayah iols uji ketahanan mr.darl atleast dugaan yang mendatang mampu mr.darl handle.
(i.allah,baiknye iols arini)

So apa kena mengena bulan kelahiran dengan cerita dekat atas yerk,iols pun confused sat.
That why,uols perlu baca perwatakan orang kesayangs serba sikit untuk menambahkan pengetahuan.
(orang lembs pown nak tambahkan ilmu inikan kita kan.)

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Sentiasa berfikir. (mr.darl cakap iols memang  kuat berfikir)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera. (my sis confirm vote yg nie)
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.(memang cerewet)
  • Cepat marah & cepat sejuk.(iols seorang yang cool)
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.(mr.darl mesti setuju 150% nie)
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal. (arwah mak cakap iols dengar kata tapi sikit degil je)
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
*tulisan biru itu memang sebati dalam diri iols la :)
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.(sangat manja!)
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.(mr.darl akan cerita dari A to Z kat iols)
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.(xyah akui memang okay!)
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.(teknik kena pandai ye )
  • Cepat marah.( Sepanjang bkwn jarang mr.darl marah tapi kalo marah org lain iols diam la :)
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.(nie satu kelebihan untuk iols ye,xmo jeles)
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.(sangat that why jadi kesayangans)
  • Romantik dalam percintaan.(xyah cerita la,shy2 cat iols)
  • Mudah terusik hati & cemburu.(dasar kening cantum okay)
  • Ambil berat tentang orang lain.(orang lain je iols tak,tapi mr.darl memahami)
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.(suka berkongsi kalau ada extra money)
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.(tengok wifey la boros tak boros)
  • Mudah patah semangat
*yang merah je tu memang la perangai mr.darl.

NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

So mana satu uols punye bulan kehiran tak banyak sikit mesti ada dalam diri kita yang kita tak nampakkan.Jangankan orang lain,diri sendiri confused dengan perangai kita koz kita suka cover line sebab manusia nie suka tipu diri sendiri.Pesanan yang tak ada penaja dari mana-mana pihak jadilah diri sendiri ,xyah nak jadi orang lain ke uols memang suka berlakon.lariks!

Friday, October 5, 2012

Enam Sepuluh Duabelas

Pada tadi iols taip title padam tulis padam last kali dah macam iols bagi no ekor pulak.(judi adalah haram ye uols)Today bufday my beloved friend,my musuh,my crime partner,my housemate, and last but not least my husby!!Yea sekarang umur dah bertukar ye mr.darl jangan dok perasan muda,kalau iols perasan muda xpe(keji disitu).Lupa lah entry nie memang khas entry untuk mr,darl dengan my niece ye.Yes,diaorang berkongsi tarikh bufday yang sama.Kak,anak kau confirm perangai macam mr.darl tak lari okay.(tetap iols sayangkan)


 
Dear mr.darl,
 
If I could sing, I’d sing a song
Filled with love and praise,
Using notes and melody,
Musical bouquets...


If I could paint, with brush strokes I
Would show you how I feel,
The colors, light and texture
My love for you reveal...

If I could fly, I’d soar so high
Grazing heaven above,
Trailing a giant banner:
Anuar Ismail is the one I love!

I can’t do those, but I can do this:
I can hug you tight and say
I hope your birthday is the best,
A joy-filled pleasure buffet!







Dear Batrisya,
My niece, My love,
The one I adore,
A aunt at eighteen,
I love her so much more,
Someone to play with,
Someone to cheer up,
I watch over her through good times and rough,
She makes me happy,
She makes me smile,
She makes me want to stay with her for a while.
I know I cant stay I must go home,
Its so hard, to let her go,
Even though its for a short time,
I count the days till' I see her again,
My niece, My love
The one I adore!
 
For both of you
.

Tuesday, October 2, 2012

5 bulan sudah

Syukur dah masuk 5bulan iols menjadi isteri kepada mr.darl dan 3bulan juga iols membeli pregnancy test yang hasilnya -ve(period iols teratur if lambat iols check okay).Tapi iols bersyukur ada ramai friend dibelakang iols yang sentiasa menyokong dan memberi kata semangat agar tidak berputus asa.Mungkin belum "rezeki" kami dalam masa terdekat nie.Doakan untuk weols.

Lately,iols sedang berfikir +ve agar nikmati kehidupan suami isteri.Kadang2 fikiran jahat sentiasa berbisik di telinga iols tapi iols perlukan extra kekuatan supaya iols tidak tergelincir dengan bisikan syaitan.

Biasalah orang melayu kita punya soalan semua mencengakam jiwa.Memang panas hati tapi buat apa nak balaskan sebab golongan yang selalu bertanya nie jeles dengan life kita koz boleh kita yang lamabat dapat "rezeki" pergi honeymoon sana sinikan di awal perkahwinan tanpa ada sekatan.
(ayat jaga hati)

Tapi sebelum uols nak tanya apa-apa berfikir la dahulu.Jangan buat iols menjadi tertekan dari uols sibuk cakap itu dan ini lebih baik uols berdoa untuk weols agar cepat dapat "rezeki" dariNya.I.allah if weols 'ada" weols akan inform khabar gembira agar semua happy.

Bohong kalo iols tak stress dengan soalan-soalan yang diberi tapi iols lagi stress kalau iols asyik memikirkan benda yang tak kunjung tiba dan mengabaikan mr.darl.So iols perlu enjoy dan sentiasa berfikir +ve agar anasir jahat itu tidak ada di dalam fikiran.

*kalau ada tips,inbox la.Setiap tips amat dihargai.